Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cadangan Makanan Untuk Ibu Menyusui Agar Bayi cerdas , Sihat dan Pintar

 

baby cergas pintar
Photo by Lubomirkin on Unsplash

Satu kajian telah di lakukan yang berhasil , bayi yang di berikan susu ibu  lebih dari satu tahun selepas di lahirkan lebih pintar ,cergas dan sihat berbanding bayi yang hanya di beri susu sekejap dan selepas itu di beri susu buatan .

Ini menunjukkan susu ibu memainkan peranan penting dalam pertumbuhan kecergasan , kesihatan dan perkembangan otak bayi .

Sabab itulah , pentingnya ibu yang menyusui mendaptkan nutrisi yang tepat dan seimbang 
untuk menghasilkan susu yang berkualiti ,yang dapat membantu perkambangan bayi.

Apakah jenis makanan yang bagus untuk mendapatkan susu berkualiti itu? Silakan baca di bawah ini .



1)PROTEIN
Protein boleh di perolehi dari telur, tanusu, kancan-kacang ,biji-bijian dan gandum . Selain itu ikan juga termasuk dalam ketagori ini, ikan bukan sahaja mengandungi protein yang tinggi  malah mengandungi DHA,EPA dan  omega 3 yang penting untuk perkembangan pesat  mata dan otak bayi. Salmon,tuna,udang dan kerang adalah jenis makanan ikan yang di sarankan. tetapi perlu di ingat , perlu mengambil secara seimbang. Jangan berlebihan .


2)KARBOHIDRAT KOMPLEKS
Gandum asli,sereal,oat dan beras merah adalah makanan yang mengandungi kerbohidrat kompleks . Berbeza dengan karbohidrat , Kerbohidrat kompleks dapat menghasilkan tenaga yang tahan lama . 
Makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks juga sangat bermanfaat kepada si ibu yang menyususi kerana dapat membantu pencernaan dan menjaga kadar gula dalam darah si ibu . 


3)LEMAK SIHAT 
Sebut sahaja lemak ,pasti anda terfikir Daging,minyak sawit ,mantega dan susu berlamak bukan? Tidak. makanan yang di sebutkan tadi mengandungi lemak tepu yang tidak sihat,Perlu di elakan di ambil dalam kuantiti banyak ketika menyusui bayi.
Makanan yang mengandungi lemak sihat adalah , Alpukat,zaitun,kacang-kacangan,biji-bijian dan minyak zaitun.


4)ZAT BESI 
Susu ibu yang mengandungi zat besi yang tinggi dapat membantu perkambangan otak bayi dengan lebih cepat . Makanan yang mengandungi zat besi adalah seperti kacang-kacangan,hati ayam dan sayuran hijau . Adalah lebih baik jika si ibu memakan juga makanan yang mengandung vitamin c seperti jeruk dan tomatu untuk penyerapan zat besi yang lebih baik oleh bayi .



5)KALSIUM
Sumber kalsium boleh di dapati dari produk-produk yang di perbuat dari susu dan sayuran berwarna hijau . Antara makanan yang mengandungi kalsium termasuklah tauhu,susu keldai dan jus .


Catat Ulasan for "Cadangan Makanan Untuk Ibu Menyusui Agar Bayi cerdas , Sihat dan Pintar"