Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara mengatasi dan menyelasaikan masalah kulit kering dengan betul

 
Kulit Yang kering menyebabkan ketidakselesaan pada tubuh badan , biasanya kulit kering menyebabkan rasa gatal,ruam dan mengelupas .Boleh juga meninggalkan parut pada tubuh badan jika kita mengaru kawasan yang kering itu kerana rasa gatal sangat dan menyebabkan luka . 

Berikut adalah cara mengatasi kulit kering.


GUNAKAN SABUN PELEMBAP

Elakan menggunakan sabun yang mengandungi bahan kimia yang tinggi. bahan kimia yang kuat ini mampu merosakkan kulit dan mengeringkan kulit.

 Sebaiknya gunakanlah sabun yang membantu melembapkan kulit jika kamu mempunyai kulit yang kering. Sabun yang mempunyai pelembap mampu menutralkan kulit anda dari luar sehingga kulit menjadi lembap dan kelihatan sihat.


JANGAN MANDI AIR PANAS

Air panas mampu menghilangkan minyak semulajadi kulit , jika minyak semulajadi kulit ini hilang kulit anda akan menjadi kering dan sensitif kepada persekitaran . Jika keadaan mendesak untuk mandi air panas , usahakan jangan berlama-lama , mandi sebentar sahaja .


JANGAN MANDI TERLALU LAMA

Elakan mandi terlalu lama , mandi terlalu lama membuatkan kulit anda kering.ini kerana semakin kering air di kulit kamu ia akan menguap dan menyebabkan kulit kering . usahakan mandi tidak melebihi 10 minit.


MENGGUNAKAN LOTION BADAN

Terdapat banyak lotion badan yang kamu boleh dapatkan dengan mudah di pasar raya , Tapi pastikan lotion itu sesuai untuk kulit kamu , jika tak sesuai akan menyebabkan rasa getal ata ruam nanti . Mungkin kamu boleh lakukan dahulu uji cuba sesuatu lotion terhadap kulit kamu, jika tak sesuai dan menimbulkam elergik berpindahlah ke lotion lain.


MENYAPUKAN MINYAK KELAPA PADA KULIT

Minyak kelapa dapat meningkatkan hidrasi dan jumlah lemak pada permukaan kulit. Minyak kelapa mengandungi asam lemak jenuh yang bersifat emolian ,yang berfungsi sebagai pelembap kulit dan membuatkan kulit menjadi halus.






Catat Ulasan for "Cara mengatasi dan menyelasaikan masalah kulit kering dengan betul"