Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Merawat Haid Yang Tidak Teratur Dengan Mudah

 

period , darah haid tidak teratur
Photo by Monika Kozub on Unsplash

Masalah haid yang tidak teratur ini adalah apabila apabila kitaran haid sentiasa berubah dan tidak tetap .Umumnya kitaran haid yang normal bagi wanita adalah 28 hari. Tetapi setiap individu memiliki kitaran yang berbeza .Anda di katakan mengalami haid yang tidak normal adalah apabila kitaran haid menlebihi 35 hari dan kitarannya pula tidak menentu.

Berikut adalah kaedah yang anda boleh gunakan untuk merawat haid yang tidak teratur ini.

1)KAWAL BERAT BADAN

Kondisi fizikal badan anda dapat menggangu kitaran haid anda jika anda obesiti atau terlalu kurus, sedikit sebanyak mempengaruhi kitaran haid anda. Anda harus memastikan berat badan anda berada pada tahap yang seimbang tidak kurus dan tidak juga obesiti.

Amalkan gaya hidup yang sihat, kawal pemakanan dan sekali sekala lakukan senaman . Pastinya berat badan anda akan berada pada tahap ideal.

2)MEMAKAN VITAMIN D

Vitamin D dapat membantu mengawal proses ovulasi dan menjadikannya lebih teratur. Terdapat satu kajian menyatakan masalah haid tidak teratur menpunyai hubung kait dengan masalah kekurangan vitamin D. Anda boleh mendapatkan suplemen vitamin di farmasi . Anda juga boleh mendapatkan vitamin D dengan berjemur dibawah cahaya matahari di padi hari antara jam 7 sehingga 9 pagi .

3)RAWAT MASALAH KESIHATAN

Jika masalh haid tidak teratur di sebabkan oleh masalah kesihatan cubalah merawat penyakit yang di hadapi untuk melancarkan haid .

4)REHAT YANG SECUKUPNYA

Jangan biarkan diri anda dalam keadaan keletihan dan fikiran yang tertekan , ia boleh menjejaskan kitaran haid anda . Tekanan boleh menyebabkan anda mengalami haid dua kali dalam sebulan atau haid langsung tidak muncul dalam sebulan .

Tidur yang cukup pastinya dapat mengatasi masalah ini , dengan tidur , ia dapat membantu merelekskan badan anda dan fikiran menjadi tenang . 


Catat Ulasan for "Cara Merawat Haid Yang Tidak Teratur Dengan Mudah "