Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pahala Yang Berterusan Setelah Meninggal Dunia

 

berdoa , pray
nega on Unsplash

Setelah seseorang itu meninggal dunia maka Terputuslah ia dari hubungan dunia ,Taubat tidak lagi akan di terima , perhitungan dosa dan pahala juga akan terhenti . tetapi jika seseorang itu meningalkan sesuatu yang menyusahkan kepada orang yang masih hidup maka ia akan mendapat dosa dari apa yang ia tinggalkan itu, jika perkara itu menyusahkan dalam waktu yang lama maka lama jugalah dosa itu akan mengalir kepadanya, kesimpulannya berhati-hatilah ketika berbuat sesuatu ,mungkin anda tidak sempat menghapusnya ketika anda hidup.

Begitu juga Pahala, jika orang yang meninggal itu meninggalkan perkara-perkara yang membawa kebaikan dan manfaat kepada manusia yang masih hidup maka ia akan mendapat pahala dari apa yang ia tinggalkan itu .

BERIKUT ADALAH PAHALA YANG AKAN BERTERUSAN SELEPAS MATI:

  1. Sesiapa yang mendirikan rumah ibadah seperti masjid maka pahalnya adalah kekal selagi ia di gunakan dan bermanfaat kepada mereka yang hidup.
  2. sesiapa yang menulis mushaf(lambaran al-quran) pahalanya tetap selagi ada yang membaca dan menggunakan.
  3. orang yang menggali perigi selagi ada yang menggunakannya dan memanfaatkannya.
  4. sesiapa yang menanam tanam-tanaman,selagi ada yang memakannya maka pahalanya akan tetap . tidak kira manusia atau binatang .
  5. sesiapa yang mengalirkan air selegi air itu di gunakan dan bermanfaat kepada manusia mahupun binatang.
  6. anak yang di ajari ilmu al-quran . selagi ia mengamalkan ilmu itu maka selagi itu kamu akan mendapat pahalanya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Catat Ulasan for "Pahala Yang Berterusan Setelah Meninggal Dunia"