Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Penyebab gigi kuning yang anda wajib tahu

 

gigi kuning penyebab gigi kuning
Photo by Diana Polekhina on Unsplash

Penguningan gigi berkait rapat dengan gaya hidup anda deri segi pemakanan dan penjagaan gigi anda, Selain dua faktor itu , Faktor peningkatan usia anda juga antara penyebab gigi semakin kuning.

Gigi kuning boleh menyebabkan seseorang itu kurang keyakinan diri  bergaul  dalam masyarakat. Jika anda tersenyum, pastinya orang lain akan terlihat gigi anda yang kuning.

Berikut adalah mungkin penyebab gigi anda menjadi kuning. Jika anda ada mengamalkan salah satu dari sebab itu , bolehlah di tinggalkan dengan segara dan mulahlah proses memutihkan gigi anda kembali.


ANDA SEORANG PEROKOK

Selain tidak baik untuk organ pernafasan anda dan kesihatan keseluruhannya , Tar dan Nikotin pada rokok juga boleh menyebabkan gigi menjadi kuning. Lama-kelamaan kedua zat ini akan menumpuk tebal di gigi anda dan kuning gigi akan lebih lebih tebal dan sukar untuk di hilangkan.


MINUM TEH DAN KOPI

Kopi dan teh mengandungi bahan yang di sebut zat tanin . Zat tanin ini boleh mengubah warna gigi ,ini kerana zat ini akan menampal di gigi anda sehinga lama-kelamaan mengubah warna gigi menjadi kuning.


KEROSAKAN ENAMEL GIGI

Enamel adalah lapisan luar gigi anda yang berwarna putih itu . boleh di katakan kulit bagi gigi anda  . 
Seiring pertambahan usia pastinya enamel akan melemah dan rosak .Tapi kamu boleh mengelakkan kerosakan enamel ini dengan mengurangkan makan dan minum makanan yang mengandung zat asam.

GIGI YANG TIDAK BERSIH 

Gigi yang tidak bersih berlaku kerana kurangnya penjagaan gigi . Timbunan plak akan terjadi jika gigi kurnag di bersihkan. hal ini bukan sahaja menyebabkan gigi anda menjadi kuning malah merapuhkan gigi anda, boleh menyebabkan gigi anda berlubang jika di biarkan . Di sarankan mencuci gigi 2 kali sehari untuk membuang plak.

MINUM ARAK

Jika anda seorang yang meminum minuman beralkohol dan mendapati gigi anda menjadi kuning . Bolehlah sudah anda menghentikan aktiviti anda itu  .

UBAT ANTIBIOTIK

Jenis ubat tetracycline dan doxycyline adalah ubat yang boleh menyebabkan gigi anda kuning . 


Catat Ulasan for "Penyebab gigi kuning yang anda wajib tahu"