Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Penyebab Kulit Kering Dan Mengelupas Yang Anda Perlu Ketauhi

 

atasi kulit kering , dry skin
Photo by Sharon McCutcheon on Unsplash


Kulit kering adalah keadaan di mana lapisan kulit yang di sebut epidermis kehilangan kelembapan .Ini Kerana lambatnya kelenjar sebasea menghasilkan minyak semulajadi kulit. 

Kulit yang kering bukan sahaja mendatang ketidakselesaan kepada anda malah , kulit yang kering itu biasanya menimbulkan rasa gatal,bersisik,timbul ruam dan mengelupas.

Mari kita ketauhi antara penyebab kulit kering.


1)USIA

Seiring bertambahnya usia ,ada di antara organ akan kurang berfungsi dengan baik .Kulit kering terjadi apabila turunnya penghasilan sebum . Sebum adalah minyak semulajadi yang berfungsi sebagai pelembap kulit. Jika penghasilan sebum dalam keadaan normal, kulit akan setiasa lembap dan tidak akan mengelupas , kecuali di sebabkan oleh persekitaran.


2)UDARA PANAS DAN SEJUK

Faktor udara juga mempengaruhi terjadinya kulit kering , udara yang terlalu panas dan terlalu kering menyebabkan ,suhu dan kelembapan udara menurun,menyebabkan kelembapan pada kulit anda tersejat. Akibatnya kulit anda akan menjadi kering.


3)MANDI AIR PANAS

Jika anda seorang yang gemar mandi air panas di waktu pagi , percepatkan waktu mandi itu, jangan terlalu lama. Mandi air panas terlalu lama menyababkan kulit anda kering.


4)PENGGUNAAN UBAT

Penggunaan ubat-ubatan juga boleh menyebabkan kulit anda kering .Contohnya ubat jerawat , yang memberi effect sampingan seperti kulit kering dan kulit mengelupas .

Penggunaan ubat  statin dan diuretik juga menyebabkan kulit menjadi tersangat kering.


5)PENGGUNAAN UBAT TERTENTU

Sabun mempunyai zat kimia yang boleh menghilangkan minyak alami kulit , Jika  zat kimia ini tidak di cuci bersih ia akan melakat di tubuh badan dan minyak alami kulit akan hilang .


6)MASALAH KESIHATAN YANG DI HIDAP

Jika anda mempunya penyakit , mungkin penyakit itulah penyebabnya . Penyakit yang boleh menyebabkan kulit anda kering adalah seperti DIABETES,Penyakit buah pinggang dan gangguan tiroid.

Catat Ulasan for "Penyebab Kulit Kering Dan Mengelupas Yang Anda Perlu Ketauhi"