Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Petua Mempercepatkan Penurunan berat badan dengan meningkatkan Kadar metabolisme

 

Metabolisme
metabolisme
Apa itu metabolisme ? ia adalah kadar jumlah kalori yang di bakar oleh badan untuk mengekalkan fungsi dan nyawa  ,dangan kata lain metabolisme adalah proses perubahan tindak balas kimia di dalam badan kita . segala aktiviti di tubuh kita bergantung kepada proses metabolisme ini . dan kalori adalah sumber  tanaganya ,tubuh badan kita seperti kereta yang memerlukan minyak untuk hidup dan berfungsi, begitu juga badan kita memerlukan kalori untuk mengekalkan fungsinya.

Apabila Metabolisme seseorang itu stabil dan tinggi , Proses pembakaran kalori akan stabil , dan tidaklah lemak yang berlebihan tidak akan terjadi ,berat badan juga tidak meningkat .

Baiklah mari kita ketauhi cara untuk meningkatkan kadar metabolisme untuk menurunkan berat badan yang berlebihan .

  1. Bersenam Aerobik Atau Berjoging-Bersenam dan berjoging bukan sahaja dapat membina otot namun mampu meningkatkan kadar metabolisme .
  2. Bina Otot-otot- Sebenarnya walau kita berehat ,walaupun kita tidak melakukan apa-apa aktiviti badan kita terus menerus melakukan pembakaran kalori . dan bagi mereka yang berotot kadar pembakaran adalah lebih tinggi berbanding mereka yang tidak berotot.
  3. Campurkan Ais Dalam Air- air yang di campur dengan ais sebenarnya mampu mengalakkan badan membakar lebih kalori dangan syarat air berais itu perlulah kosong tanpa campuran gula/benda lain.
  4. Minum Teh Hijau- dengan meminum teh hijau 2-4 cawan sehari dapat membantu badan membakar 50 kalori sehari , dalam setahun jika anda amalkan cara ini , anda dapat menurunkan 5 pound berat dalam setahun.
  5. Makan Makanan Pedas - kajian menunjukkan, makanan pedas bahan kimia yang dapat membantu badan meningkatkan metabolisme.
  6. Lebihkan Memakan Makanan Berprotien- Berbanding lamak dan karbohidrat, badan dua kali lebih cepat membakar protien , sumber protien yang sihat adalah daging merah,ayam yang di buka kulit,susu rendah lemak,tauhu dan telur.
  7. Kopi- Kopi boleh meningkatkan  metabolisme , tetapi apabila ia di minum tanpa mencampur gula/susu .
  8. Minum Banyak Air- Badan memerlukan air untuk memproses kalori . apabila air kurang dalam badan , kadar metabolisme badan anda akan menurun.

Catat Ulasan for "Petua Mempercepatkan Penurunan berat badan dengan meningkatkan Kadar metabolisme"