Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Sebab-Sebab Datang Haid (period) Tidak Teratur

 

peridod menstruation haid darah tuala wanita
Photo by Natracare on Unsplash

Haid yang tidak teratur adalah apabila terjadi  kitaran haid yang singkat atau kitaran haid yang lama . Tanda anda mengalami kitaran haid yang tidak teratur apabila bilangan haid kurang dari enam hingga lapan kali setahun .

Berikut adalah punca-punca yang memungkinkan haid datang lambat.

1)KESIHATAN FIZIKAL DAN MENTAL

Kesihatan fizikal yang tidak baik seperti kenaikan dan penurunan berat bdan , pengambilan diet ,mengambil makanan tidak seimbang dan penyakit boleh menyebabkan kitaran haid tidak teratur. Ini di sebabkan kesihatan fizikal dan mental yang tidak baik mempengaruhi keseimbangan HORMON juga boleh menggangu fungsi haid.


2)PERANCANG KEHAMILAN

Jika anda mengambil pil perancang kehamilan ,ia boleh menggangu tempoh haid anda .selalunya period akan kembali normal selepas bebrapa bulan anda mengunakan pil perancang.


3)SINDROM POLISISTIK OVARI

Sindrom Polisistikovari adalah keadaan sista kecil di penuhi cecair yang berkembang di ovari .Simptom yang biasa muncul jika seseorang menghadapi sindrom ini adalah kehadiran haid yang tidak menentu,haid sekejap dan tidak datang haid langsung.


4)PENYAKIT KERADANGAN PELVIK

Antara satu punca menyebabkan kitaran haid tidak teratur. Penyakit ini adalah berpunca daripada jangkitak bakteria yang menjejaskan sistem pembiakan wanita .Bakteria ini biasanya memasuki faraj ketika hubungan seks dan kemudian merebak ke rahim dan seluran kelamin. Jadi di sarankan sebelum mengadakan hubungan seks. pastikan penis laki anda bersih agar jangkitan bakteria ini dapat di elakan.




Catat Ulasan for "Sebab-Sebab Datang Haid (period) Tidak Teratur"