Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tips cara agar rambut cepat panjang

 

rambut sihat dan panjang
Photo by Baylee Gramling on Unsplash
Selepas mengunting rambut pastinya anda mahu rambut anda tumbuh panjang mencapai panjag yang anda inginkan untuk membantuk gaya-gaya rambut yang anda inginkan. Biasanya budak-budak sekolah kerap menghadapi masalh ini kerana mereka selalu memotong rambut.

Namun tiada jalan pintas untuk menjadikan rambut anda panjang  tanpa usaha dari diri anda  . Untuk membuatkan rambut tumbuh dengan sihat dan panjang anda harus memanjakan rambut anda . Berikut ada beberapa tips agar rambut anda panjang dengan cepat.


1)JANGAN TERLALU KETAT MENGIKAT RAMBUT

Jika anda seorang yang gemar mengikat rambut , di sarankan jangan ikat rambut anda terlalu ketat . mengikat rambut terlalu ketat akan menarik rambut dari permukaan kulit, ini membuatkan akar rambut melemah dan pori-pori rambut boleh tersumbat.

Pengaliran darah ke akar rambut juga menjadi tidak lancar. Seterusnya mengakibatkan pertumbuhan rambut anda menjadi perlahan .


2)JANGAN SERING SYAMPU RAMBUT

Syampu mengandungi sulfat yang dapat menghilangkan minyak alami pada kulit kepala.Fungsi minyak ini adalah untuk memperbaiki dan menyihatkan rambut secara semula jadi . jika minyak alami rambut ini tiada maka pertumbuhan rambut juga akan terganggu.

Di sarankan menggunakan rambut hanya 1 kali sehari ketika anda mengharapkan untuk mendapatkan rambut yang panjang dengan cepat.


3)URUT KULIT KEPALA

Boleh di lakukan setiap hari sebelum anda tidur. Urut kepala selama 3-5 minit dengan perlahan-lahan. Mengurut kepala dapat membantu melancar dan merangsang peredaran darah di kulit kepala dan akar rambut . Ini membuatkan akar rambut menjadi kuat dan ini bagus untuk proses mempercepat pemanjangan rambut.


4)JANGAN WARNA RAMBUT

Ketika menunggu rambut anda panjang. Tangguhkan dahulu niat anda untuk mewarnakan rambut anda .Kerana pewarna rambut mengandungi bahan kimia yang amat tinggi yang membuatkan rambut anda rosak dan pertumbuhan menjadi terlalu perlahan .

5)JANGAN MENGGUNAKAN PENGERING RAMBUT

Sebaiknya biarkan rambut anda kering secara semula jadi atau lapkan dengan tuala. Menggunakan pengering untuk mengeringkan rambut dapat merosakkan akar rambut dan rambut menjadi kering kusam .

Catat Ulasan for "Tips cara agar rambut cepat panjang"