Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tips elak Pergaduhan Dalam Rumah Tangga dan percintaan


bahagia rumah tangga
Photo by Foto Pettine on Unsplash

























Setiap rumah tangga yang di bina pasti akan berlaku pergaduhan. itu adalah asam garam dalam hidup berumah tangga, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan suami isteri. Namun kawalah pergaduhan yang berlaku dengan bijak agar tidak membawa kemudaratan kepada rumah tangga yang di bina. Mungkin tips ini berguna untuk elak pergaduhan dalam rumah tangga.


TETAPKAN WAKTU UNTUK BERDUA

Walaupun anda sibuk , anda perlu adakan satu hari dalam sebulan masa untuk saling berdua-duaan . agar hubungan anda semakin akrab dan pasangan anda tidak berasa jauh dari anda akibat kesibukan anda.

ABAIKAN HAL REMEH-REMEH

Jangan perbesarkan hal yang kecil dan tidak penting. jangan biarkan hal remeh dan kecil ini menggangu hubungan anda. Belajar untuk maafkan kesalahan pasangan . jangan ego.

JANGAN MENIPU

Beritahu perkara sebenar kepada pasangan anda . Di khuatiri jika perkara yang anda tipu itu terbongkar akan terjadi pergaduhan , dan mungkin pasangan anda sukar untuk melatakkan kepercayaannya kepada kamu lagi selepas peristiwa itu.

TUNJUKAN KASIH SAYANG

Pastikan dalam sehari ,anda mesti mencium atau memaluk suami/isteri anda ,memegang tangan atau memeluknya juga boleh . untuk memaksimumkan hubungan fizikal antara pasangan.


UTAMAKAN PASANGAN

Melatakan keutamaan kepada pasangan anda amatlah penting . ini membuatkan pasangan anda berasa berharga dan di hargai.



Catat Ulasan for "Tips elak Pergaduhan Dalam Rumah Tangga dan percintaan"