Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tips Memikat Wanita Dengan Mudah Terbukti Berkesan

 

memikat wanita , suka, women love
Photo by Frederick Medina on Unsplash

Jika kamu bertemu dengan seorang wanita yang menarik pada pandangan kamu, Pasti kamu ingin memilikinya dan bercinta dengannya jika waktu itu kamu masih single dan belum berpunya.  Tetapi untuk meluahkan rasa cinta kamu padanya amatlah  berisiko , kemungkinan untuk anda ditolak adalah tinggi . 

Di sini kami ingin kongsikan tips memikat wanita sebelum anda mengajaknya bercinta . Terpulang kepada kamu mahu mengamalkannya atau tidak.


1)SENTIASA AMBIL BERAT

Sekiranya si dia seperti menghadapi masalah , tanyalah masalahnya dan sekiranya boleh di bantu carilah penyalasaian untuk masalah itu . Mengambil berat kepada si dia akan membuatkann si dia terasa di hargai , seterusnya si dia akan tertarik kepada anda . jika si dia sudah tertarik kepada anda, mudahlah anda meluahkan rasa cinta anda.

2)PENAMPILAN DIRI

Wanita sangat suka kepada lelaki yang kemas, kerana ia mengambarkan personaliti anda .Tidak perlu memakai kemeja cukup memakai pakaian yang biasa anda pakai , Tetapi pakaian perlulah tidak kotor , keadaan rambut dan wajah juga kemas.

3)HADIAHKAN SESUATU YANG UNIK

Untuk mendapatkan perhatian dari si dia , Berikan si dia hadiah . Berikan si dia hadiah barang yang akan selalu bersamanya seperti rantai atau cincin . Mungkin setiap kali si dia memandang hadiah yang kamu beri itu, si dia akan teringat kamu.

4)ROMANTIK

Romantik dalam kata-kata adalah suatu kelebihan kepada anda jika anda memilikinya. Pastinya si dia akan tertarik dengan anda kerana wanita selalunya menyukai lelaki yang romatik.

5)MEMBUAT LAWAK DAN BERGURAU

Wanita amat suka lelaki yang pandai membuat lawak dan bergurau , kerana membuatkan mereka ketawa dan gembira . Pastikan tidak membuat lawak bodoh ,nanti lain jadinya .

Catat Ulasan for "Tips Memikat Wanita Dengan Mudah Terbukti Berkesan"