Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tips penjagaan rambut agar rambut lebat,sihat dan bersinar

 

tips rambut segar dan lebat
Photo by Oladimeji Odunsi on Unsplash

Memiliki rambut yang lebat, sihat dan bersinar adalah sangat di impikan,tidak kira wanita atau lelaki .Penilaian taham kekamasan seseorang itu dapat di lihat melalui rambut mereka, kalau serebai mestilah seseorang itu kurang terurus dan kurang menjaga penampilan . 

Memiliki rambut yang sehat,lebat dan bersinar juga dapat meningkatkan keyakinan dan ketrampilan anda di khalayak ramai . 

Tetapi bagai manakah untuk mendapatkan rambut yang sihat,lebat dan bersinar ini? Di sini kami ada berkongsikan amalan ataupun tips untuk mendapatkan rambut yang sempurna . 


1)BASUH RAMBUT DENGAN SANTAN ATAU KELAPA MUDA

Boleh memilih mengunakan santan atau kelapa muda , Umum mengatauhi bahawa buah kelapa kaya dengan pelbagai vitamin seperti protien, kalium dan zat besi, yang dapat membantu menguatkan akar dan mempercepatkan pertumbuhan rambut.

Sebaiknya Terapi ini di lakukan dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang sempurna. Caranya, Ratakan santan atau air kelapa di kulit kepala dan rambut. Biarkan  selama dua atau tiga jam . Setelah itu barulah di bilas dengan air .


2)TERAPI MINYAK ZAITUN 

Terapi rambut menggunakan minyak zaitun ini membatu anda yang mempunyai rambut yang kasar dan kusam . Dengan terapi menggunakan minyak zaitu ini rambut anda akan berkilau dan lembut .

Jika anda seorang yang mempunyai masa lapang yang banyak, Bolehlah lakukan terapi ini setiap hari. Selepas mendapatkan hasil yang anda inginkan bolehlah anda melakukan terapi ini satu mingu sekali agar rambut tidak kembali kusam dan kasar.

Caranya .Sapu rata minyak zaitun pada kulit dan rambut anda sehingga merata ke seluruh bahagian rambut dan kulit kepala . Biarkan selama 30 minit kemudian bilas.


3)TERAPI TEH HIJAU 

Teh hijau memiliki antioksida yang tinggi ,ia bagus untuk melancarkan pengaliran darah menuju bahagian akar rambut . Membantu mempercepat proses melebatkan rambut , selain itu teh hijau juga terbukti dapat memberikan anda rambut yang sihat 

Caranya . Bancuh teh dengan air , kemudian sediakan tuala yang telah di rendam dengan air panas . Lumur ratakan teh di kepala dan rambut kemudian balut kepala dengan tuala panas tadi. Biarkan selama 10 hingga 20 minit untuk mendapatkan hasil yang bagus.


4)TERAPI TELUR PUTIH

Telur memang selalu di gunakan untuk kecantikan muka . tahukah anda telur bukan sahaja boleh di gunakan di bahagian muka, tetapi juga di bahagian rambut .
putih telur mengandungi protein yang tinggi yang membantu proses pertumbuhan rambut yang sihat .

Carannya. ratakan putih telur pada pada  ,Biarkan selama 15 minit . Kamudian basuh dengan air .Telur putih juga boleh di campurkan dengan minyak zaitun untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.




Catat Ulasan for "Tips penjagaan rambut agar rambut lebat,sihat dan bersinar"