Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

12 Cara mudah meluruskan rambut menggunakan bahan alami

 

cara meluruskan rambut
cara meluruskan rambut. Photo by Jonathan Borba on Unsplash


Cara Mudah Meluruskan Rambut - Memiliki rambut yang lurus adalah impian untuk setiap wanita, Selain apabila rambut lurus ia akan mudah di gayakan , Rambut yang lurus juga sangatlah indah apabila orang memandangnya . Tidak hairanlah wanita di luar sana sanggup membelanjakan sejumlah wang hanya untuk meluruskan rambut mereka seperti melakukan rebonding dan smoothing di salon.


Ada juga sesetengah wanita di luar sana yang menggunakan jalan ringkas dengan menggunakan alat perlurus rambut untuk mendapatkan rambut yang lurus . Penggunaan jika menggunakan alat pelurus rambut ini jarang-jarang tidaklah mendatangkan dampak yang buruk kepada rambut walaupun ada sedikit , Tetapi yang menjadi masalah apabila alat pelurus rambut ini menjadi kegiatan yang wajib di lakukan setiap habis mandi hari-hari.


Tahukah kamu jika terlalu kerap menggunakan alat pelurus rambut boleh memburukan lagi keadaan rambut kamu dalam jangka waktu yang panjang. Penggunaan berterusan membuatkan hujung rambut terbelah ,bercabang ,mengeriting dan akhirnya membuatkan rambut kamu rosak dan tidak sihat .Rambut akan  terlihat kusam dan tidak bersinar . 


Sebenarnya ada cara-cara mudah meluruskan rambut dengan mudah dan berkesan yang kamu boleh amalkan selalu yang tidak memberikan dampak yang buruk dalam jangka waktu yang panjang dan tidak akan merosakkan rambut kamu. 


Baiklah apa saja cara-cara untuk meluruskan rambut ini, Lanjutkan baca artikel di bawah ini . Butang share ada di bawah juga, jika artikel ini mendatangkan manfaat kepada anda bolehlah share ok. 


Tips Meluruskan Rambut


1) SANTAN KELAPA 

Santan kelapa kaya dengan vitamin dan zat-zat yang di perlukan oleh rambut kekal sihat dan bersinar  . Santan kelapa sangatlah berkesan untuk meluruskan rambut yang keriting dan cenderung bergelombang . Santan yang di gunakan haruslah santan original , bukan santan siap sedia yang jual di supermarket itu ya .

Cara-cara menggunakannya :

  • Sediakan 1 kelapa tua kemudian parut.
  • Sesudah isi kelapa sudah di parut , perahlah isi kelapa itu sehingga santanya habis keluar.
  • letakkan santan tersebut dalam gelas atau bekas , dan biarkan selama 2 jam .
  • Setelah itu bolehlah sapukan santan tersebut ke rambut kamu.
  • Untuk memastikan santan terkana ke semua bahagian rambut , gunalah sisir untuk meratakannya.
  • Kemudian biarkan santan itu kering dan khasiatnya merasap ke rambut kamu.
  • Sesudah sapuan santan itu kering, bolehlah bersihkan rambut itu dengan air bersih. 
  • Kemudaian keringkan  rambut menggunakan tuala
  • Dan sisir lah rambut kamu dan lihatlah hasilnya.
  • Lakukan 1 kali dalam 3 hari . Jika sudah berkesan bolehlah jerakkan rawatan rambut ini seminggu sekali atau 15 hari sekali.





2) MINYAK KELAPA 

Kelapa memang banyak mendatangkan kebaikan yang banyak kepada luaran dan dalaman tubuh manusia . Minyak kelapa boleh di gunakan sebagai bahan yang berkesan meluruskan, menyihatkan dan  membuatkan rambut berkilau.


Perlu kamu tahu ini, selain berkesan untuk meluruskan rambut , minyak kelapa juga sangat berkesan untuk mencegah jerawat,merawat kulit,meningkatkan fungsi otak,mempercepatkan penyembuhan luka dan banyak lagi manfaat lain yang kamu boleh cari tahu sendiri.


Baiklah bagaimana untuk menggunakan minyak kelapa untuk meluruskan rambut . baca di bawah ini.

Cara-cara menggunakan:

  • Dapatkan secukupnya minyak kelapa yang kamu ras cukup untuk menyapu keseluruan rambut.
  • Kemudaia panaskan minyak kelapa selama 20 saat
  • Dan sapukan minyak yang sudah di panaskan itu di rambut sehingalah kulit kepala , singkatknya seluruh bahagian yang berkaitan rambut.
  • Bungkus rambut dengan  shower cap atau tuala juga boleh.
  • Biarkan selama 30 hingga 1 jam.
  • Setelah itu , bersihkanlah rambut kamu menggunakan syampo untuk hilangkan kesan minyak.
  • Dalam keadaan rambut masih basah sikatlah rambut kamu.






3) SUSU

Cara ke tiga untuk meluruskan rambut adalah dengan menggunakan susu, Banyak jenis susu yang boleh kamu dapatkan di pasaran dan semuanya kamu boleh gunakan untuk rawatan meluruskan rambut tetapi kalau ada susu segar lebih baik untuk mendapatkan hasil yang terbaik.


Susu sangatlah kaya dengan nutrisi. Antara nutrisi yang terdapat pada susu adalah kalsium,protien,vitamin A,D,B12,riboflavin,fosforus,potassium,zink ,magnesium dan selenium . Banyaknya kandungan nutrisi ini membuatkan merawat rambut menggunakan susu adalah cara yang amat berkesan bukan sahaja meluruskan rambut malah menyihatkan rambut dan akar rambut . Perlu di ingat kesihatan akar rambut juga perlu di jaga untuk mendapatkan rambut yang panjang dan bersinar .


Cara-cara menggunakan:
  • Sediakan 1 gelas susu .
  • Kemudian sapukan susu itu ke rambut dan kulit kepala sehingga merata.
  • Ratakan menggunakan sikat rambut jika susu kurang merata.
  • Biarkan selama 1 jam sehingga susu kering.
  • Sesudah kering, cuci bersih rambut dan keringkan dengan tuala.
  • Lakukan 1 kali sehari jika inggin mendapatkan hasil yang cepat.





4) MINYAK ZAITUN

Minyak zaitun adalah minyak yang kaya dengan pelbagai khasiat, oleh sebab itu ia sudah di gunakan secara tradisi dari zaman dahulu lagi untuk kesihatan dalaman dan luaran manusia .
Salah satu khasiat minyak zaitun adalah membantu rambut segar,sihat, bersinar dan mampu meluruskan rambut jika di gunakan secara harian.


Untuk menambah pengetauhan kamu mengenai minyak zaitun, Khasiat lain minyak zaitu adalah mengatasi penyakit diabetes, mencegah strok,menurunkan berat badan ,mencegah keradangan pada usus dan banyak lagi .Oleh itu memang tidak sia-sia jika anda menggunakan minyak zaitu untuk meluruskan rambut, memang sudah terbukti keberkesanannya.


Cara-cara menggunakan:
  • Sediakan minyak zaitun secukupnya
  • Sapukan pada rambut dan biarkan selama 1 jam , agar segala khasiatnya dapat di serap oleh rambut.
  • Membersihkan rambut adalah tidak perlu, jika kurang selesa bolehlah bersihkan .
  • lakukan 1 kali sehari 
  • Biasanya rambut akan kelihatan lurus dan bersianar dalam 2 hari penggunaanya saja.





5) LIDAH BUAYA

Tips meluruskan rambut yang kelima adalah dengan menggunakan lidah buaya , Lidah buaya memilik fungsi untuk memulihkan,membina dan mejaga kesihatan sel-sel oleh itu sangatlah sesuai untuk di gunakan untuk meluruskan dan menyihatkan rambut . Selain itu lidah buaya juga bahan alami yang mudah di dapat dan dapatlah anda berjimat.

Cara menggunakan:

  • Sediakan potongan daun lidah buaya secukupnya untuk rambut.
  • Perah gel yang terdapat pada daun lidah buaya itu sampai habis.
  • Lalu,sapukanlah pada rambut dan kulit kepala .
  • Biarkan sehingga meresap dan kering.
  • Bersihkan dengan air bersih dan sikat rambut ketika masih basah.
  • Lap rambut anda sehingga kering.


Catat Ulasan for "12 Cara mudah meluruskan rambut menggunakan bahan alami"