Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

12 Tips Cara berjaya berkebun di rumah, sangat MUDAH

 

tips berjaya berkebun di rumah
Tips berjaya berkebun di rumah. Image by PierreGilbert from Pixabay 




Cara Berjaya Berkebun Di Rumah - Memulai kebun di kawasan halaman rumah anda adalah hal yang sangat mudah jika anda tahu apa yang anda perlu persiapkan sebelum memulakan kebun rumah anda .


Berkebun di rumah bukan sahaja dapat mengisi masa lapang anda tetapi anda juga boleh menjimatkan duit membeli sayur di pasar , Sayur di pasar tidaklah murah sekarang ni satu bungkus sayur sudah rm 2.00 beli tiga sudah 6 ringgit . Dan pembelian sayur selang 2 hari . 


Bayangkan berapa penjimatan wang yang dapat kamu lakukan jika kamu mempunyai tanaman sayur sendiri di rumah?.


Baiklah, berbalik kepada tajuk artikel kita pada hari ini iaitu tips untuk berjaya berkebun di rumah,Kami akan kongsikan tips-tips untuk anda berjaya memulakan kebun anda. 

Terusakan membaca dan jangan lupa share ke media sosial , button share ada di bawah artikel ini ,Agar lebih banyak yang mendapat manfaat dari artikel yang kami tulis ini.


Cara Berjaya Berkebun Di Rumah





1) PEMILIHAN KAWASAN

Tips pertama untuk menjayakan kebun kamu adalah dengan pemilihan kawasan . Untuk memulakan kebun, pilihlah kawasan rumah kamu yang terdedah kepada sinar matahari yang cukup dari pagi hingga ke petang .



Tumbuhan sayur sangat memerlukan cahaya matahari yang cukup agar sayur yang kamu tanam tumbuh dengan baik dan subur . 



Sayur sangat memerlukan minimum tiga hingga enam jam sehari untuk tumbuh subur , Oleh itu pemilihan kawasan yang tidak terlindung oleh objek ataupun pokok adalah penting untuk menjayakan kebun kamu.





2) PASTIKAN SUMBER AIR 

Untuk memulakan kebun, pastikan juga sumber air yang akan kamu gunakan untuk kebun kamu,Jika di halaman rumah kamu ada tangki air yang tidak lagi di gunakan, kamu boleh gunakan tangki itu untuk menakung sumber air untuk kegunaan kebun kamu nanti.



Penyediaan air di peringkat awal ini adalah untuk memastikan sumber air tanaman kamu tidak terputus apabila kebun kamu sudah membesar. Menggunakan air paip boleh juga, tapi bil air kamu akan melambunglah.






3) BERSIHKAN KAWASAN

Sebelum kamu memulakan kebun di rumah, haruslah bersihkan kawasan yang kamu mahu membuat kebun . Ini adalah untuk menghalau dan menghapuskan segala hama dan serangga penggangu yang akan menggangu pertumbuhan kebun kamu di kemudian hari .



Pembersihan kawasan juga adalah untuk mengelakkan binatang-binatang berbisa seperti ular berlindung di dalam kebun kamu .






4) KAWAL PEROSAK

Hal yang membuatkan orang yang mula berkebun putus asa dan membatalkan niat mereka untuk berkebun adalah apabila anak pokok sayur yang mereka baru tanam sehari sudah habis pucuk muda di makan perosak yang mengakibatkan anak benih sayur mati .



Oleh itu untuk elakkan kamu pula mempunyai nasib yang serupa . Haruslah kawal makhluk perosak seperti belalang . Kamu boleh membunuh belalang dengan racun serangga dan meracun sumber makanannya iaitu rumput untuk mengelakkan belalng berada di kawasan ladang kamu sebelum kamu menanam anak benih sayur.



Siput juga jangan kamu lupa untuk hapuskan, Siput sangat gemar memakan pucuk dan batang sayur. Kalau terjumpa siput di kawasan yang bakal kamu buat kebun, pijak terus . Jika kawasan rumah kamu mempunyai banyak siput . Kamu boleh membeli racun siput di kedai pertanian atau hardware berhampiran kamu.





 
5) PEMILIHAN TANAMAN

Pemilihan kesesuaian jenis tanaman adalah amat penting untuk tanaman anda berjaya. Selalunya di kawasan rumah, area-area tertentu hanya akan menerima cahaya matahari yang dalam beberapa jam kerana ada objek yang mennghalang cahaya . 


Oleh itu pemilihan tanaman dengan berapa jam keperluan cahayanya dalam sehari adalah penting. Takan kamu mahu menanam sayur yang memerlukan 6 jam cahaya sehari di kawasan yang hanya mendapat sinaran matahari 2 jam sahari kan.


Berikut adalah tanaman dengan berapa jam cahaya yang di perlukan dalam sehari.

Tanaman dan berapa jam keperluan cahaya :


Cahaya Matahari 2-4 jam

  • Salad
  • Lobak
  • Sawi
  • Pudina
  • Bok Choy
  • Chard
  • Arugula
  • Bayam


Cahaya Matahari 4-5 jam

  • Kubis
  • Kubis Brussel
  • Brokoli


Cahaya Matahari Penuh 6 jam


  • Tomato
  • Jagung
  • Kacang
  • Labu
  • Kentang
  • Timun
  • Daun bawang
  • Halia
  • Bawang putih
  • Serai
  • Saderi
  • Semangka
  • Basil
  • Selasih thai







6) PERALATAN

Dapatkan peralatan untuk berkebun seperti tanah,bekas semaian,baja,biji benih, baja( Baja organik sangat baik), cangkul ,sudip tangan dan tali( jika kamu menanam sayur kekacang) .


Penyedia bahan-bahan ini adalah agar tiada halangan dan tanguhan dalam kerja-kerja kebun kamu .







7) MEMBUAT SEMAIAN

Setelah kamu melakukan langkah pemilihan tanaman(5) dan penyediaan peralatan(6) tibalah masa untuk kamu menyemai biji benih kamu .


Lakukan semaian di bekas semaian caranya:

  • Isi bekas semaian dengan tanah( bekas semaian boleh menggunakan  bekas makanan yang sudah tidak di gunakan)
  • Siram tanah di dalam bekas semaian dan semailah biji benih sayur
  • Tutup bekas semaian selama semingu dan buka selepas seminggu (biasanya biji benih akan mula tumbuh selepas seminggu di semai)
  • Setelah biji benih tumbuh ,biarkan dahulu sehingga anak sayur mengeluarkan daun 3-5 helai dan membesar sedikit.
  • Setelah itu bolehlah kamu pindahkan anak sayur ke kebun kekal


Kaedah penanaman di dalam bekas semaian ini adalah untuk mengelakkan anak sayur di makan oleh serangga perosak seperti semut dan belalang .Rata habis anak sayur kamu jika 2 serangga ini menyerang.







8) PINDAH ANAK SAYUR

Setelah anak sayur tumbuh daun 3-5 helai , bolehlah kamu pindahkan di tapak kebun kamu. Pemindahan anak sayur haruslah di lakukan pada pagi sekitar 6-7 pagi dan petang 4-5 petang ketika cahaya matahari kurang panas. 


Tutup kawasan tanaman dengan net hitam untuk elakkan sinaran cahaya matahari menyinar terus ke anak sayur selama 7 hari.


Jangan pindahkan anak benih pada tengah hari , panas cahaya matahari secara tiba-tiba akan membuatkan anak benih sayur layu dan mati .






9) SIRAM SAYUR


Setelah tanam anak sayur, bolehlah kamu terus siram anak sayur  . Dan seterusnya siraman boleh di lakukan secara rutin sebanyak dua kali sehari iaitu pagi dan petang . Jangan lakukan siraman pada tengah hari , Akan membuatkan sayur layu.







10) PEMBAJAAN

Jika kamu menggunakan baja organik, kamu boleh membaja terus sewaktu kamu menanam anak benih ke tapak kebun kekal dengan jarak 5 cm dari batang pokok. 


Untuk pengunaan baja kima NPK pula di sarankan membaja selepas tiga hari kamu menanam di tapak kebun kakal .


Proses pembajaan lakukan sebanyak 2 minggu sekali . Jangan terlalu kerap membaja . Terlalu kerap membaja tidak akan mempercapatkan kematangan anak sayur melainkan akan mengakibatkan kematian sayur.







11) RACUN ORGANIK

Gunakan racun organik untuk mengawal serangga yang menggangu sayur kamu, Penggunaan racun organik sangatlah selamat dan tidak berbahaya . Kamu boleh gunakan cuka kayu untuk pencegahan dan boleh juga menggunakan bawang putih sebagai racun organik (kisar bawang putih dan campurkan dengan air lalu semburlah di tanaman).







12) MENUAI

Akhir sekali, tibalah masa untuk anda menuai hasil kebun kamu,  berikut adalah tempoh kematangan sayur keluar hasil .

  1. Bendi- 140-155 hari
  2. Sawi hijau- 4-6 minggu
  3. Bayam- 28 hari
  4. Terung- 10 minggu
  5. Timun batang- 4-6 minggu
  6. Cili- 10 minggu
  7. Kacang panjang- 6-8 minggu
  8. Bayam- 3-4 minggu
  9. Petola segi- 45 hari
  10. Daun pandan- 12 bulan
  11. Serai- 6-8 bulan
  12. Selom- 3-4 bulan
  13. Brokoli- 8 minggu
  14. Kailan- 6 minggu
  15. Kangkung- 3 minggu
  16. Kubis bulat- 7-8 minggu
  17. Kubis bunga- 8 minggu
  18. Kubis cina- 8 minggu
  19. Tomato- 10-12 minggu
  20. Kacang Buncis- 5 minggu

Catat Ulasan for "12 Tips Cara berjaya berkebun di rumah, sangat MUDAH"