Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

28 Tips semasa menghadiri TEMUDUGA agar mudah di terima berkerja

tips melamar pekerjaan
tips melamar pekerjaan. Photo by Christina @ wocintechchat.com on Unsplash

 


Tips Melamar Pekerjaan - Di masa yang amat sukar ini penularan wabak corona virus yang semakin mengganas dan perintah kalawalan pergarakan yang balik-balik di laksanakan oleh kerajaan ,menyebabkan banyak orang yang kurang bernasib baik menghadapi pembuangan kerja secara besar-besaran  terutama mereka yang berkerja di sektor pelancongan .


Bagi mereka yang bernasib baik dan sektor perkerjaan mereka tidak terjejes di era covid ini bersyukurlah dan laksanakan tugasan kerja anda dengan didikasi dan bertanggungjawab ,nanti kalau di buang kerja sangat sukar untuk mencari kerja sekarang ni.


Apabila seseorang itu tidak berkerja pastilah mereka akan mencari perkerjaan kan tidak kira secara langsung ke syarikat ataupun secara online. Apabila pemohonan kerja sudah di terima pastinya sebelum anda di terima masuk ke dalam sesebuah syarikat "TEMUDUGA" adalah perkara wajib yang anda harus lalui.


Sekarang ni , mohon kerja kedai,gudang dan kilang perlu juga temuduga tidak seperti dulu , harini mohon kerja esoknya sudah di panggil kerja kedai , Ini kerana banyaknya orang yang memohon perkerjaan dan bos-bos ni mencari perkerja yang betul-betul berminat berkerja . Bukan perkerja hari ini masuk kerja esoknya sudah hilang entah ke mana . Bukankah merugikan mereka macamtu.


Oleh itu semasa menghadiri sesi temuduga tidak kira swasta atau kerajaan haruslah mempunyai tips-tipsnya kan. Agar lebih mudah anda di terima berkerja di syarikat anda memohon kerja tu .


Bagi anda yang inginkan "tips sebelum menghadiri temuduga" boleh kunjungi artikel kami sebelum ini . Klik di sini. 


Berikut adalah tips-tips mudah yang anda boleh prktikan semasa menghadiri sesis temuduga .


Tips Menghadiri Temuduga



1) Sebelum anda menghadiri temuduga , kamu haruslah ambil tahu dan baca berkaitan pengetahuan am seperti siapa perdana menteri, apa isu jenayah viral, apa kejadia-kejadian di sekeliling anda yang terbaru .


2) Bidang kerja jawatan yang anda mohon juga perlu anda ketauhi berserta tanggung jawab jawatan tersebut.


3) Latar belakang syarikat tempat anda memohon kerja itu juga perlu anda ketauhui, ada kalanya akan di tanya latar belakang syarikat. Ini untuk memastikan anda benar berminat untuk berkerja di situ.


4) Penampilan haruslah kemas ,penampilan yang kemas memberikan imej yang baik kepada penemuduga .Oleh itu janganlah memakai pakaian seperti ke pasar pula . Itu menunjukkan anda tidak serius menghadiri temuduga itu . Berikut adalah cadangan pakaian untuk anda semasa menhadiri sesi temuduga lelaki dan perempuan 

  1. Lelaki- Seluar hitam /gelap , memakai kemeja cerah atau gelap tiada masalah asalakan kemas berstrika, memakai tali leher dan kot untuk kekamasan dan menarik jika tiada tak menjadi masalah juga, Stokin panjang dan berkasut hitam kilat, jangan pakai kasut hitam sukan pula .
  2. Perempuan-Memakai baju kurung tapi elakkan pakaian yang yang terlalu terang,berwarna kusam serta bunga-bunga berlebihan dan aksesori berlebihan , Pakai tudung bagi wanita muslim , Bagi wanita bukan muslim pula baju yang di pakai jangan terlalu seksi , rambut pula jangan serabai ,pastikan rambut rapi, di ikat boleh juga. bagi kasut wanita pula di sarankan memakai kasut tidak terlalu tinggi dan tidak terlau rendah dan bahagian hujung kasut tertutup.


4) Semasa hari temuduga datang awal jangan lambat , mungkin ada taklimat atau pengumuman,jika anda terlepas susah tu. selewat-lewatnya datang 10 minit sebelum bermulanya temuduga.



5) Tunggu giliran anda dengan tenang dan sabar , kadang-kala ada wakil syarikat di antara peserta temuduga , jika anda merungut menunggu giliran ,bukankah akan memberikan imej yang tidak baik kepada anda.



6) Jangan sibuk bercakap dan berborak dengan peserta temuduga lain , Jangan tunjukan kamu tu seorang yang suka membawang , nanti penemuduga angap tabiat membawang tu di bawa sewaktu berkerja dan menggangu perkerjaan.




7) Semasa di panggil ke bilik temuduga , bangun dan berjalan dengan tenang , jangan tergopoh-gapah ,tunjukan anda seorang yang berpengalaman.



8) Semasa membuka pintu bilik temuduga  berikan salam atau jika anda tidak pasti penemuduga itu muslim atau bukan muslim, bolehlah ucap selamat pagi atau selamat petang mengikut keadaan semasa.



9) Berikan senyuman jangan terlalu berlebihan cukup senyum sekali saja dan selepas itu buat muka bersahaja dan tenang . Jangan senyum berlebihan seperti kerang busuk pula .



10) Semasa penemuduga memulakan pertanyaan berikan fokus dan perhatian kepadanya dengan penuh minat. Kot-kot penemuduga tulah bos kamu , bolehlah menarik minatnya sedikit mengambil kamu berkerja.



11) Semasa menjawah pertanyaan penemuduga , jaga pernafasan anda dan jangan tergopoh menjawab soalan tersebut , biar tenang dan bersahaja , nampakkan diri anda sudah bersedia untuk soalan-soalan sebegitu.



12) Jawapan yang anda berikan mestilah tepat untuk menjawab soalan yang di berikan , jika soalan itu memerlukan huraian ,huraikan saja tiada masalah, itu menunjukkan seberapa cepatnya anda memproses persoalan yang di beri berserta huraian lagi. fuh hebat.



13)Dengar dengan teliti dan fokus kepada soalan yang di berikan penemuduga agar kamu memahami soalan tersebut .



14) Jangan menyampuk,menggangu dan memotong ketika penemuduga bercakap. Kamu sendiri jika percakapan anda di potong ketika kamu bercakap ,apa perasaan kamu?.

 

15) Tunggu sehingga penemuduga habis mengemukakan soalan barulah anda menjawab , walaupun ketika penemuduga masih mengemukakan soalan itu jawapan sudah muncul di otak kamu , sabar dulu, biar si penemuduga habiskan soalannya.



16) Berikan jawapan yang ringkas dan padat 



17) Sekiranya di tanya mengenai soalan bersifat politik dan kepertian berikan jawapan yang ringkas sahaja , penemuduga biasanya akan menanyakan soalan bersifat politik untuk memerangkap anda samaada mengetauhi isu semasa atau tidak.



18) Jika di tanya mengenai kelemahan diri anda, berikan jawapan yang mengambarkan kelemahan tetapi sebenarnya menunjukkan kelebihan diri anda. Contohnya " Apabila saya tidak mengetauhi sesuatu saya akan mencari jawapan terhadap persoalan yang saya hadapi sehingga selesai tidak kira seberapa jam yang perlu saya habiskan untuk menjawab persoalan itu" .ini menunjukkan kegigihan anda.



19) Jangan layan provokasi penemuduga , jangan tarik muka tidak suka .



20) Jika soalan yang penemuduga kurang jelas atau anda kurang memahaminya, minta penemuduga mengulang soalan itu semula. Mulakan perkataan dengan sopan seperti "minta maaf  boleh ulang soalan " atau " maaf saya kurang jelas dengan solan tuan".



21) Nada suara ketika memberikan jawapan mestilah tenang dan susun jawapan sebaik mungkin dan padu.



22) Tunjukkan anda yakin dengan setiap soalan yang anda berikan , jangan buat muka blur pula selepas menjawap soalan dan jangan tersengi-sengih.



23) Ketika anda duduk perlulah sopan dan tertib , jangan duduk membangkang dan duduk silang panggung seperti anda pula bos di situ hehe . Bagi wanita pula duduk dan rapatkan kakitu,jangan membangkang.



24) Duduk tu kenalah tegak jangan membongkok ,kepala pula harus memandang ke arah penemuduga ,jangan menunduk ,itu menunjukkan anda kurang yakin .



25) Semasa berakhirnya sesi temuduga , ucaplah terimakasih dan salam.



26) Bangun dari kerusi anda dengan tenang jangan tergopoh dan berjalan menuju ke pintu .



27)  Buka pintu dan tutup balik pintu dengan perlahan jangan tutup hingga menggeluarkan bunyi BANGGG ,sia-sia nanti tertib anda semasa temuduga tadi.



28)  Akhir sekali hanya tunggu dan berdoa mengikut agama masing-masing , semoga segala anda di permudahlan segala urusan dan cepat di terima berkerja .




Baiklah itu sahaja tips yang boleh kami berikan semasa anda menghadiri sesi temuduga , Berdasarkan pengalaman penulis , memang berkesan dan cepat jer bos panggil berkerja . Kalau anda berjaya semasa sesi temuduga mengamalkan tips yang kami berikan jangan lupa komen di bawah dan SHARE di laman sosial , biar orang lain pula yang dapat manfaat artikel ini.


Catat Ulasan for "28 Tips semasa menghadiri TEMUDUGA agar mudah di terima berkerja"