Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

5 Cara menghalus dan melembutkan kulit kaki dengan bahan dapur . Berkesan dan mudah

 

kulit kaki lebut bulu
Photo by Zami . on Unsplash

Adakah kamu memiliki kaki yang kering dan kasar?itu memang masalah yang biasa bagi sesetengah orang.

Bahagian kaki kadang kala menjadi bahagian tubuh yang sering di abaikan perawatannya . Itu menjadikkannya kering dan kasar.

Di sini kami akan kongsikan kepada anda cara mudah yang boleh kamu gunakan untuk menghalus dan melembutkan kulit kaki anda dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh kamu dapatkan di dapur kamu .

Tidak rugi mencoba kan? lagipun mudah saja lah .


1)MINYAK ZAITUN

Minyak zaitun memang banyak memberi manfaat untuk kesihatan dan kecantikan. Ini kerana minyak zaitun mengandungi vitamin A,E,D dan K yang memberi manfaat menghalus dan melembut kulit anda jika di sapukan.

Sapukan saja minyak zaitun ini pada bahagian kaki kamu yang kasar dan kering itu dan lihat hasilnya . Tetapi untuk melihat hasilnya di perlukan 1 minggu lo .

Rawatan minyak zaitun sangat baik jika kamu melakukannya pada waktu malam ketika anda mahu tidur, biarkan saja minyak itu menempel di kaki anda sehingga pagi .


2) SAYUR TIMUN

Sayur timun sangat kaya dengan nutrisi yang diperlukan tubuh badan. Selain di jadikan sayur, Tahukah kamu ,timun boleh di gunakan untuk merawat kulit kering dan kasar.

Potong nipis timun dan tampalkan pada bahagian kulit yang kering dan kasar itu , Biarkan sekitar 10-20 minit dan setelah itu bersihkan kaki dengan air hangat.

Untuk mendapatkan hasil yang bagus, Lakukan selama seminggu . Tiada ubat yang terus berkesan lo. Di perlukan usaha dan kegigihan anda juga untuk mendapat hasil yang anda inginkan.


3)SERBUK KOPI

Kamu terkejut? Ya . Kopi bukan sahaja di jadikan sebagai minuman tetapi kopi sangat bermanfaat dalam penjagaan kecantikan luaran. 

Ternyata serbuk kopi boleh menanggalkan sel-sel mati pada kulit . Sel-sel mati inilah yang menyebabkan kulit menjadi kasar dan kering .Jikas sudah tertanggal pastinya kulit kamu akan terlihat lembut dan halus .

Caranya amat mudah, larutkan saja serbuk kopi dan sapukan pada kulit yang anda inginkan. Berapa lama anda ingin biarkan sapuan itu pada kulit anda ,  itu bergantung pada diri anda. lebih lama, lebih baik.


4) LEMON DAN LIMAU NIPIS

Kedua bahan ini diyakini dapat menghalus dan meremajakan kulit anda , ini kerana kandungan vitamin c,Flavonoid dan atioksida di dalamnya dapat membantu fungsi kolagen pada kulit anda.

Caranya amatlah mudah ,cukup sapukan jus lemon atau limau nipis ini pada kulit anda yang rosak itu , biarkan beberapa minit kemudian bersihkan dengan air.

Tapi ,hindarilah jus itu terkena bahagian kulit yang memiliki luka . akibatnya anda tahu sendiri . hehe


5)MINYAK KELAPA

Minyak kelapa juga boleh di gunakan untuk melembut dan menghalus kulit kaki kamu yang kering dan kasar. 

kandungan antimikron dan kulatnya boleh membantu kesihatan kamu dari bahaya kulat dan jangkitan mikroba yang membuatkan kaki kamu kasar dan kering.

Lakukan perawatan ketika anda mahu tidur dan biarkan sehingga pagi . Mudah bukan ?





Catat Ulasan for "5 Cara menghalus dan melembutkan kulit kaki dengan bahan dapur . Berkesan dan mudah "