Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

5 Cara mudah menghilangkan lingkaran HITAM pada mata ( mata panda )

 

cara menghilangkan mata panda lingkaran hitam pada mata
Photo by Brian Lawson on Unsplash

Biasa juga di sebut mata panda , adalah keadaan yang sering terjadi kepada wanita dan lelaki .Mata panda membuatkan seseorang itu kelihatan lebih tua dari umurnya dan kelihatan tidak bertenaga . Lingkaran hitam pada kelopak mata biasanya sangat sukar di hilangkan.

Antara puncanya terjadi lingkaran hitam pada kelopak mata dan bawah mata ini adalah keletihan ataupun Tidak mendapat tidur yang cukup .

Mata panda tidaklah berdampak buruk kepada kesihatan, dan tidak perlulah khawatir . Sebenarnya ada beberapa cara untuk menghilangkan tompokan hitam ini .


Silakan di baca di bawah ini cara-cara untuk menghilangkan lingkaran hitam pada mata.



1)MENGGUNAKAN AIS BATU

Biasanya lingkaran hitam pada mata di ikuti dengan bahagian bawah dan atas mata membengkak. Dengan ais batu bengkakan ini akan dapat di kurangkan dan membantu menghilangkan lingkaran hitam di sekitar mata anda.

Caranya,bungkuskan ketulan ais dengan kain dan sapukan perlahan-lahan pada bahagian yang hitam dan bengkak . Lakukan sekitar 20 minit atau lebih untuk mendapatkan kesan yang sempurna. Lakukan hari-hari sehingga mata panda anda menghilang .



 
2)DAPATKAN TIDUR YANG CUKUP

Waktu tidur malam yang terbaik adalah sekitar tujuh hingga 8 jam sehari . Jika kamu tidak mendapatkan tidur yang cukup boleh menyebabkan bahagian kulit mata kamu pucat kerana letih  sehingga lingkaran hitam akan muncul dan semakin hari semakin terang.





3) TERAPI MENGGUNAKAN UNCANG TEH

Teh memang mempunyai pelbagai kegunaannya untuk kesihatan luar dan dalam tubuh. teh mengandungi kafein dan antioksida yang membantu menstimulasikan saluran darah dan mengecilkan pembuluh darah bahagian kelopak mata .

Caranya , rendamkan uncang teh dengan air panas sekitar 5 minit , selepas itu angkat dan tunggu sehingga sejuk. Apabila uncang teh sudah sejuk tempelkan padan bahagian mata anda yang hitam.Aplikasikan dalam 10 ke 20 minit  dan lakukan setiap hari sehingga lingkaran hitam itu hilang.




4)MEMINUM AIR PUTIH 

kekurangan air pada tubuh juga menyebabkan lingkaran hitam muncul, ini di sebut dehidrasi keadaan di mana tubuh badan anda kekurangan air . Akibatnya tubuh akan lesu dan kulit akan mengering, lingkaran hitam pada mata anda juga ajak jelas kelihatan.

Oleh itu di serankan meminum sekitar 8 hingga 10 gelas air putih setiap hari untuk mencukupkan keperluan tubuh anda .Ingat minum air putih bukan oren atau kopi ya.





5)JANGAN MINUM KOPI

JIka kamu penggemar kopi, hindarilah meminum kopi pada waktu malam , Meminum kopi boleh membuatkan kamu terjaga lebih lama kerana sukar tidur. Ini mengakibatkan waktu tidur kamu berkurang . Bahagian mata akan lesu dan penat yang mengakibatkan lingkaran hitam muncul.


Catat Ulasan for "5 Cara mudah menghilangkan lingkaran HITAM pada mata ( mata panda )"