Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

5 Petua memaksa pokok yang degil berbuah cepat mengeluarkan buah

 

pohon tidak berbuah bagi berbuah
Pohon berbuah lebat . Image by lumix2004 from Pixabay 




Petua Pohon buah Degil Mengeluarkan Buah - Pokok yang tidak mengeluarkan buah memang sering terjadi , ia sering terjadi kepada pokok yang belum pernah mengeluarkan buah, walaupun sudah di pelihara berpuluh tahun masih juga tidak mengeluarkan buah .


Cara paling ringkas untuk mengatasi pokok tidak berbuah ini adalah dengan cara menebang pokok tersebut. Ini biasanya di lakukan oleh penanam buah komersial untuk perniagaan ,yalah kan motif menanam pokok buah adalah untuk menikmati hasil tetapi kalau pokok itu tidak mengeluarkan buah pastinya memeliharanya hanya membuang masa dan tenaga .


Bagi mereka yang duduk di kampung pastinya terasa sayang untuk menabang buah yang sudah di pelihara puluhan tahun . Untuk penanaman semula ,belum tentu lagi dapat merasa hasilnya. 


Oleh itu pada atrikel hari ini ,kami akan kongsikan petua-petua orang lama untuk mengalakkan pengeluaran buah pokok yang degil untuk berbuah ,walaupun agak tahayul sikit tetapi memang berkesan . Biasanya pokok yang di terapkan petua ini akan menghasilkan buah pada musim buah berikutnya dan sangat lebat.


Baiklah sebelum itu,  jika petua ini memberi manfaat kepada anda. Silakan share, button share ke media sosial ada di bawah artikel saja .



Petua Pokok Berbuah



1) MEMBUAT LUKA

Petua pertama untuk memunculkan bunga dan seterusnya buah kepada pokok yang degil mengeluarkan buah adalah dengan membuat luka pada pokok buah tersebut . Tapi luka yang di buat janganlah sampai nak putus batang pokok tu hehe.


Caranya cukup mudah ,hanya perlu menetak-netak pokok buah tersebut sampaikan ke kayu sedikit. Buat dalam 10 hingga 20 tatakan bergantung saiz pokok . Kalau besar banyaklah tetakan untuk menghasilkan luka yang ada perlu lakukan. Kalau pokok kecil sedikit jer nanti mati pokok tu kalau tetak banyak . Kita nak ugut sikit-sikit saja .


Lakukan tetakan untuk menghasilkan luka berulang-ulang . Setelah luka hasil tetakan lama sembuh lakukan lagi, sehingalah pokok menghasilkan buah. Biasanya tak lama kalau pokok mangga sekitar 2 hingga 3 bulan. Kalau pokok rambutan dan durian tunggu musim barulah nampak hasilnya.





2) PAKUKAN POKOK

Menacap paku sering di lakukan di kampung-kampung untuk mengugut pokok buah supaya mengeluarkan buah yang lebat untuk pokok yang degil sangat mengeluarkan buah . Biasanya paku panjang akan di gunakan sekitar 2 hingga 4 batang.


Caranya mudah,gunakan paku besar  lantakkan saja paku tu pada pokok buah tersebut dan biarkan paku tu sekitar 2 hingga 3 bulan. Lepas tu cabut dan ganti paku baru . Jangan gunakan paku yang sama untuk kedua kali pemakuan. Kerana paku lama pastinya sudah berkarat dan berpotensi menyebabkan keracunan pada  pokok tersebut dan boleh menyebabkan pokok itu mati.





3) GANTUNGKAN KULIT BUAH

Biasanya petua mengeluarkan buah dengan teknik mengantungkan kulit buah ini di lakukan kepada pokok yang mempunyai buah dengan kulit yang tahan lama seperti durian . 


Caranya mengeluarkan duit sikit . Contohnya belilah buah durian dan belah macam biasa , isinya makan ,kulit durian tu jangan buang cantumkan semula elok-elok hingga membentuk seperti buah yang belum di belah . Selepas itu gantunglah pada pokok yang degil berbuah tu . Jumlah kulit yang di gantung tu bergantunglah pada kamu nak banyak boleh nak sikit boleh , gantung 1 kulit jua tiada masalah.





4) UGUT POKOK

Jika anda seorang penanam pokok buah yang sudah lama ,pastinya anda pernah berhadapan apabila anda berniat sambil bercakap ingin menabang pokok buah itu, eh tiba-tiba pokok tu mengeluarkan bungga dan menghasilkan buah yang lebat . Seolah-olah pokok ini tahu pula apa yang manusia perkatakan . Apa-apapun cuma tuhan yang tahu. 


Ok berbalik macam mana nak aplikasikan cara ini, Cukup bercakap dengan pokok tu seperti mengugut seorang manusia je , seperti ini " Kalau kau tak berbuah musim ni , aku tebang kau " Sambil tu tetak-tetak sikit pokok buah tu . simple kan.





5) GANTUNG BRA

Dah nama juga petua, pastinya perkara yang sulit di jelaskan dengan akaL dan sains . Tetapi petua membuahkan pokok buah ni memang berkesan kalau tak percaya boleh cuba , Lepas tu jangan lupa kongsi pengalaman anda di sini.


Bra yang di gunakan mestilah bra yang sudah di gunakan . Boleh gunakan bra isteri kamu, kalau yang bujang tu pandai-pandai la cari bra bekas siapa . Ok,kalau sudah dapatkan bra ,kamu gantung saja di dahan pokok tu . semudah 1 2 dan 3 . 



Baiklah itu sahaja petua yang boleh admin kongsikan. Kepada sesiapa yang sudah berjaya mengamalkan petua di atas ,jangan lupa tinggalkan komen di bawah dan kepada yang ada petua lain yang mahu di kongsi bolet tinggalkan komen . Nanti admin masukan dalam list artikel ini. sekian terima kasih.


#pohon buah # mengeluarkan buah #berbuah #cepat berbuah #cara pokok # Petua tradisional

Catat Ulasan for "5 Petua memaksa pokok yang degil berbuah cepat mengeluarkan buah"