Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

5 Tips sebelum menghadiri temuduga kerja yang anda perlu persiapkan

 

Tips temuduga kerja
Tips melamar perkerjaan. Photo by Hunters Race on Unsplash

Tips Sebelum Hari Temuduga Kerja -  Di panggil untuk sesi temuduga sering kali membuatkan kita kecut perut memikirkan apa yang bakal berlaku hari itu , soalan yang akan di tanya , berpa banyak orang yang datang semasa sesi temuduga dan bagaimana sikap penemuduga . Macam-macam terbayang di fikiran anda masa itu . 


Walaupun kerja itu anda sangat inginkan ,perasaan takut pastinya akan muncul walaupun anda seorang yang berpengalaman dalam menghadiri temuduga , lagi-lagi jika anda seorang fresh  graduate lagilah panas sejuk masa tu .Walau bagaimanapun sesi temuduga perlu anda lalui juga jika inginkan seseuatu perkerjaan walaupun kerja kilang . Ah kerja kilang pun perlu interview sekarang ni ,susah-susah.  


Temuduga adalah tahap pertama yang anda perlu lalui sebelum anda memasuki alam perkerjaan di dalam sebuah syarikat . Fasa ini akan menentukan samaada anda di terima berkerja atau tidak. Secara umumnya orang yang di panggil temuduga sememangnya layak untuk menerima perkerjaan dalam syarikat yang memangil temuduga , ini cuma untuk memastikan kamu benar-benar layak atau tidak di terima berkerja .



Oleh itu persedian sebelum temuduga adalah sangat penting agar tiada terjadi kesilapan semasa anda menghadiri temudug yang mengakibatkan anda tidak di terima berkerja .


Bagi yang ingin "tips semasa menghadiri temuduga" bolehlah klick di SINI.


Baiklah pada atrikel hari ini , kami ingin kongsikan tips-tips persedian sebelum anda menghadiri temuduga . Silakan baca tulisan kami di bawah ini . Jangan lupa tinggalkan komen dan share di media sosial jika artikel ini mendatangkan manfaat kepada anda , biar orang lain pula yang dapat manfaat artikel kami ini .



Tips Sebelum Menghadiri Sesi Temuduga


1) SEDIAKAN PENGETAHUAN

Saat sesi temuduga pastinya akan ada peserta lain yang lebih berpengalaman daripada kamu yang menghadirinya . Bagaimana mengatasi pesaingan ini? . 


Anda boleh mengatasi pesaingan ini dengan membekalkan pengetahuan yang luas tentang jawatan yang anda mohon itu. Kajilah bidang kerja jawatan yang kamu mohon berserta tugas-tugasnya di dalam syarikat . Latar belakang syarikat juga jangan lupa di kaji.


Dengan pengetauhan ini, dapat membantu dan memperlihatkan kamu lebih berpengalaman dan serius untuk berkerja di jawatan yang bakal kamu terima jika kamu di terima berkerja . 


Biasanya solan inilah yang akan mula-mula di tanya . Jadi anda jangan remehkan perkara ini . Bagaimana anda di terima berkerja jika jawatan yang anda pohon anda tidak ketauhi tugas dan fungsinya . Jangan memberikan gambaran yang tidak elok mengenai diri anda kepada para penemuduga.




2) SEDIAKAN PAKAIAN YANG SESUAI 

Pakaian memberikan gambaran menganai penampilan anda, oleh itu sediakanlah pakaian yang bersesuaian dengan jawatan yang anda mohon . 


Jika jawatan yang anda mohon itu kerja pejabat sediakanlah pakaian pejabat . Untuk Lelaki, kemeja,tali leher,seluar hitam pekat licin,kalau boleh pakai kot jika ada . Bagi wanita pula , pakailah tudung,baju kurung, dan kasut yang menutupi bahagian hujung kaki ,elakan memakai baju kurung yang bercorak-corak,kusam dan terlalu terang ya. Bagi wanita non muslim pula , Rambut kenalah kemas,kalau boleh ikat sanggul , pakaian jangat terlalu seksi dan kasut haruslah menutupi bahagian hujung jari kaki.


Jika mahu melamar kerja kilang pula pakai t-shirt berkolar,seluar hitam,jeans hitam juga boleh , dan kasut safty..


Itu adalah contoh pakaian yang anda boleh sediakan untuk menghadiri sesi temuduga , Kalau boleh pakaian tu sedikanlah awal-awal sebelum anda memohon kerja lagi. Agar anda tidak tergesa-gesa kesana kemari membeli pakaian semasa temuduga . Orang sibuk buat persediaan temuduga kau pula bershoping . astagaaaa.




3) LENGKAPKAN DOKUMEN

Untuk memastikan semasa sesi kamu di temuduga berjalan lancar, pastikan kamu lengkapkan semua dokumen-dokumen yang di perlukan. 


Jika semasa penemuduga melihat dokumen anda dan menyedari satu dokumen tidak ada di situ dan bertanya keberadaan dokumen tersebut , bukankah itu boleh membuatkan kamu panik . Kamu juga akan di lebelkan sebagai orang yang cuai oleh penemuduga . Amat merugikan anda kan , padahal hal yang kecil saja .


Cara terbaik untuk susun dokumen anda adalah 

  • Letakkan resume di muka depan
  • Kemudian latak sijil-sijil anda dari yang terkini hingga yang terdahulu
  • Maksudnya , Dokumen bekaitan kerja anda sebelum ini
  • Kemudian sijil ijazah atau diploma
  • Seterusnya letak sijil sekolah menengah kamu seperti sijil STPM,SPM dan PMR , jika syarikat memerlukan sijik kokurikulum kamu , sertakan sekali.
  • Tidak perlu letak sijil sekolah rendah .walaupun Upsr kamu semua A kerana tidak releven untuk melamar perkerjaan.


Dokumen-dokumen tersebut bagusnya jika kamu letakkan di fail khas yang kamu boleh dapatkan di kedai-kedai buku untuk memudahkan penemuduga melihat dokumen anda . Jangan 
biarkan dokumen anda berbogel tanpa fail , itu menunjukan anda seorang yang tidak teliti dan kurang kemas menyiapkan dokumen kerja .






4) SEDIAKAN RESUME

Resume adalah ringkasan mengenai diri kamu ,di dalam resume penemuduga boleh melihat status anda, pengelaman kerja anda dan peringkat pempelajaran anda . oleh itu sedikanlah resume yang padat dengan maklumat menarik tetapi ringkas.

Kini anda boleh mendapat rujukan risume kekinian di internet dengan mudah , cubalah cari contoh risume yang anda boleh tiru di internet . Jangan terasa susah untuk meluangkan masa mencari risume terbaik di internet kerana ini untuk masa hadapan kamu.






 5) RESTU IBU BAPA DAN DOA

Dan tips sebelum menghadiri temuduga yang terakhir adalah restu ibu bapa dan doa. Tidak kiralah anda seorang mulim atau non muslim  . Mendapatkan restu dan doa ibu bapa adalah sangat penting untuk kejayaan anak-anak . 

Oleh itu mintalah restu dan doa mereka agar anda berjaya dalam sesi temuduga yang bakal anda hadiri. Akhir kata semoga anda berjaya dalam sesi temuduga okkkk.



Catat Ulasan for "5 Tips sebelum menghadiri temuduga kerja yang anda perlu persiapkan"