Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

5 Tips Temuduga paling berkesan mudah di panggil berkerja

tips temuduga kerja
Tips temuduga. Photo by Sebastian Herrmann on Unsplash

Tips Temuduga Agar Cepat Di Terima Berkerja - Mencari dan mendapatkan perkerjaan yan menjamin masa depan pada saat ini bukanlah mudah ,banyak lagi orang di luar sana memiliki pendidikan yang lebih tinggi pendidikannya bersaing bersama kamu untuk mendapatkan perkerjaan.


Oleh itu jika anda di panggil oleh sesebuah syarikat atau jabatan kerajaan itu adalah satu peluang yang terbaik untuk anda mendapatkan perkerjaan. Anda haruslah membuat yang terbaik setiap temuduga yang anda hadiri .


Hari ini kami akan kongsikan tips-tips temuduga agar anda cepat di terima berkerja. Tapi sebelum itu kami ingin menarangkan perkara-perkara yang anda harus elakan semasa temuduga dahulu ya , Nanti selepas itu barulah tips temuduga.



Perkara Yang Tidak Boleh Di Lakukan Semasa Temuduga.

1) Jawapan tidak sopan dan sambil lewa serta menggunakan bahasa pasar.


2)Nada suara terlalu slow atau terlalu kuat sehingga menggangu ruangan bilik sesi temuduga.


3)Mengaggu perhatian penemuduga seperti garu kepala,mengeleng-geleng,mengoyangkan kaki dan juga menjawab telefon semasa sesi temuduga.


4)Memangil nama penemuduga, walaupun seorang penemuduga itu kamu kenal tapi penemuduga lain tidak kenal kamu , dalam dunia profesional,wajib memangil seseorang itu dengan gelaran yang di milikinya. Walaupun anda tidak tahu pangkat penemuduga , cukuplah memangil dengan gelaran tuan dan puan.


5)Terburu-buru menanyakan keistimewaan yang ada dalam perkerjaan seperti, cuti,gaji ,bonus dan faedah.


Itu adalah lima larangan yang wajib kamu jangan lakukan sama sekali semasa sesi temuduga kerja , di khuatiri akan menjejaskan imej kamu di pendangan para panel temuduga. Melainkan kamu ada kabel besar.



Baikalah seperti yang di janjikan apa saja tips-tips temuduga agara cepat di terima berkerja. Lanjutkan baca tulisan kami di bawah ini.


Tips Ketika Temuduga Kerja




1) PASTIKAN SEMUA LENGKAP DAN KEMAS

Untuk memastikan proses temuduga kamu berjalan lancar tanpa sebarang halangan , Sehari sebelum hari temuduga kamu harus memastikan semua dokumen yang wajib di bawa semasa sesi temuduga seperti Resume,sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen yang kamu rasakan berkaitan dengan kerja yang kamu mohon sudah tersusun rapi dalam satu fail . 


Ingat semua dokumen itu haruslah di latakkan di dalam fail agar memudahkan panel memeriksa setiap lembar dokumen yang anda bawa.


Untuk kekamasan diri pula, sebelum sesi temuduga ,kamu haruslah memastikan pakaian yang akan kamu pakai semasa sesi temuduga sudah di strika dan kemas . Elakkan sibukkan diri di pagi hari sesi temuduga , di pagi hari sesi temuduga adalah tempoh untuk anda bertenang dan dan memikirkan jawapan apa yang akan anda berikan kepada panel temuduga untuk satu-satu soalan yang mungkin di tanya .Tiada masa untuk urus baju pada pagi hari sebelum temuduga .


Jangan lupa untuk membaca isu-isu semasa pada bulan ini , biasanya penemuduga akan memberikan soalan cepu emas mengenai isu-isu semasa, oleh itu pentingnya mengambil tahu isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling anda dan malaysia amnya.




2) SEMASA DATANG TEMUDUGA

Semasa hari temuduga kamu haruslah datang awal ke lokasi temuduga kamu berlangsung, ini untuk mengelakkan anda terlepas sebarang maklumat yang mungkin di sampaikan sebelum bermulanya sesi temuduga . selewat-lewatnya datang ke lokasi temuduga 30 minit sebelum temuduga bermula.


Seterusnya pakaian semasa sesi temuduga. Untuk pakaian lelaki , haruslah memakai kemeja , seluar pejabat hitam gelap (jangan sesekali pakai jeans kamu bukan mahu pergi shoping),memakai tali leher di ikat kemas,kalau kamu ada baju kod bolehlah pakai (agar lebih kemas dan berpenampilan pemimpin),kasut hitam berkilat bersih (jangan pakai kasut sukan), dan rambut di sikat dengan kemas.


Untuk pakaian wanita semasa sesi temuduga pula , pakailah baju kurung ( jangan terlalu terang,terlalu kusam dan terlalu banyak corak,dan elakkan memakai eksosori berlebihan),bagi wanita muslim pakailah tudung yang warnanya tidak terlelu menonjol dan banyak corak, untuk wanita non muslim pula rambut tu,sikatlah serapi-rapinya jangan serabai , Dan untuk kasut wanita pula pakailah kasut yang menutup bahagian hujung jari kaki kamu dan warna kasut haruslah bersesuaian dengan warna baju kamu .




3) SEMASA BERADA DI RUANGAN MENUNGGU 

Ok, semua dah setup, tibalah waktu untuk anda menunggu giliran kamu di panggil temuduga . Semasa berada di ruangan menunggu , tenangkan diri kamu sambil memikirkan soalan yang bakal muncul dan jawapan yang bakal kamu jawab . Agar pilihan jawapan lebih banyak jika soalan itu di tanya panel penemuduga.


Elakkan membawang dengan orang-orang yang hadir semasa sesi temuduga itu, nanti kamu di cop sebagai orang yang suka membawang di tempat kerja ,sia-sia imej kamu buruk .


Tunggu dengan sabar dan tenang dan elakkan memprotes jika kamu menunggu lama untuk di panggil ke dalam bilik temuduga. Jika sudah di panggil, bangun dengan tenang dan buka perlahan bilik temuduga.




4) SEMASA SESI PENEMUDUGA

Semasa kamu masuk ke dalam bilik temuduga , masuk dan tutup pintu bilik temuduga tu perlahan-lahan jangan sampai keluar bunyi bangggg , ah di angap cuai dan perosak harta benda syarikat kamu nanti.


Sesudah masuk ,di mulai dengam ucapan salam kepada panel penemuduga, jika tidak pasti agama si penemuduga tu bolehlah ucapkan selamat pagi . Kemudian bolehlah senyum sedikit dan berikan fail dokumen kamu ke penemuduga, ingat ya sesudah masuk tu berikan saja terus fail dokumen kamu  pada penemuduga , jangan terus duduk , nanti penemuduga sound kamu setepak " Jadi Kamu Nak Kami Lihat Apa" ramai kawan penulis dah terkena .Jangan rosakkan mood penemuduga untuk temuduga kamu.


Sesudah selesai menyerahkan fail, bolehlah kamu duduk . Duduk harus tegak,jangan tundukkan kepala, pandangan mata harus melihat penemuduga ,jangan pula mata kamu memilau ke sana kemari . 


Semasa penemuduga mulai mengemukakan soalannya kepada kamu, dengar dengan teliti dan biarkan penemuduga menghabiskan soalan tersebut ,jangan kamu mencela,memotong atau menyampuk ketika penemuduga bercakap.


Sesudah kamu fahami soalan tersebut , Jawablah dengan ringkas tetapi padat ,Jika memerlukan huraian ,huraikan saja . Suara harus tenang dan sederhana, Jangan bercakap seperti orang sedang bergaduh dan suara jangan terlalu kecil seperti sedang berbisik itu tidak sopan dan kurang profesional . Sedang-sedang sahaja seperti kamu bercap dengan ayah-ibu kamu,sedang-sedang saja.


Sesudah selesai sesi temuduga , Berdirlah dan ucapkan terima kasih dan keluarlah dengan tenang dan sekali lagi tutup pintu dengan perlahan.




5) SELEPAS SESI TEMUDUGA 

Selepas apa yang kamu lakukan, apa yang tinggal sekarang hanyalah tunggu dan berharap kamu akan di panggil berkerja secepatnya .


Jangan lupa minta agar ibu,bapa anda mendoakan kejayaan sesi temuduga anda .


Selepas tempoh temuduga tamat dalam 30 hari , bolehlah telefon panel yang mengurus sesi temuduga itu ,bertanyakan mengenai status temuduga anda lulus atau tidak . Nampakkan anda berminat dengan kerja yang anda mohon. Banyak kawan penulis langsung di panggil berkerja semasa menelefon panel penemuduga, tidak salah anda mencuba nasib juga.


Catat Ulasan for "5 Tips Temuduga paling berkesan mudah di panggil berkerja "