Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

5 Tips wangikan rumah dengan langkah mudah ini

 

cara harumkan rumah
Cara Harumkan rumah. Photo by Tina Dawson on Unsplash

Cara Wangikan Rumah - Apabila seharian  berkerja pastinya anda ingin menenangkan fikiran dan berehat dengan selesa di rumah tanpa ganguan . Tapi malangnya sering kali terjadi bau rumah yang menusuk hidung mengangu anda untuk menenangkan fikiran dan berehat .


Pasti hal ini menjengkelkan anda. Walaupun rumah itu sudah kerap di bersihkan dan di sembur pewangi tetapi masih sahaja  bau rumah akan muncul kembali selepas beberapa jam. Pasti akan membuatkan anda bingung bagaimana lagi untuk mengharumkan secara kekal rumah anda itu . 


Jika kamu seorang yang menghadapi masalah bau busuk di rumah yang berterusan dan inginkan rumah yang berbau wangi secara kekal mungkin tips-tips wangikan rumah yang kami kongsikan di bawah ini boleh kamu amalkan .


Cara rumah harum kekal 


1) BERSIHKAN SAMPAH 

Cara pertama untuk kamu memiliki rumah yang harum adalah dengan menghilangkan sumber bau tersebut . Tong sampah di rumah kamu sering di isi dengan pelbagai bahan buangan makanan seperti sisa makanan, plastik ikan kulit buah ,kotoran dan lain-lain yang membuatkan udara di rumah kamu menjadi busuk dan kurang menyenangkan .


Oleh itu untuk mengelakkan bau yang kurang menyenangkan ini berlegar di rumah kamu dan menggangu aktiviti keluarga kamu , Plastik tong sampah itu mestilah kamu tukar setiap hari . Lap juga jika terdapat air busuk yang keluar dari tong sampah itu yang melimpah di lantai rumah anda .



2) BUKA TINGKAP 

Ketika seharian berkerja dan ahli keuarga yang lain juga sibuk berkerja  , Pastinya semua pintu dan tingkap rumah di tutup rapat . Ini membuatkan bau busuk di rumah kamu terkurung dan menyebar ke seluruh rumah .


Sebaiknya, selepas kamu sampai sahaja di rumah, bukalah semua tingkap yang ada agar bau busuk itu keluar dan udara yang segar dapat masuk ke rumah anda .




3) BERSIHKAN KARPET

Karpet rumah adalah salah satu penyebab rumah bebau busuk , Sering kali di pijak pastinya karpet akan menjadi lembap dan akan mengeluarkan bau yang kurang enak. Oleh itu sentiasalah bersihkan karpet kamu jika terdapat masa lapang . Agar karpet tidak lembab .


Anda boleh saja menjemur karpet tersebut untuk menghilangkan kelembapan yang ada pada karpet ataupun kamu boleh juga taburkan sedikit soda kuih "pengembang kuih" pada karpet dan di biarkan selama 1 jam ,kemudian sedut dengan penyedut debu .




4) GANTUNGKAN PEWANGI

Jika sebelum ini anda terbiasa menggunakan pewangi jenis spray beralihlah kepada pewangi jenis gantung yang selalu di gunakan di kereta itu . Pewangi rumah sangat tidak efektif mengharumkan rumah dalam jangka waktu yang panjang , selalunya akan menghilang dalam jangka waku 30 hingga 1 jam dan anda perlu menyemburkkannya lagi .


Berlainan dengan pewangi jenis gantung, harumnya berkekalan dan tahan lama. Jika di letak di depan kipas angin ataupun depan penyaman udara lebih efektif . Angin yang keluar dari kipas dang penyaman udara akan membawa wangian menyebar ke seluruh rumah .




5) LETAKKAN BUNGA DALAM RUMAH 

Tanaman bunga seperti bunga lili , melati ,gardenia, arabian jasmine,geranium, anggrek dan bynga eukaliptus  memiliki bau yang harum yang sangat bagus untuk mengharumkan ruangan rumah anda. 

Bunga juga dapat mempercantik tampilan ruangan rumah dan menyegarkan aroma rumah dan juga ia dapat menjimatkan kos anda membeli haruman rumah .




Catat Ulasan for "5 Tips wangikan rumah dengan langkah mudah ini "