Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

6 cara menolak cinta lelaki secara halus dan tanpa menyakiti hatinya

Cara menolak cinta cowok dengan lembut
Cara menolak cinta cowok. Photo by Isaiah Rustad on Unsplash




Pernahkah Kamu berhadapan dengan situasi di mana seorang kawan yang secara tiba-tiba meluahkan rasa cintanya kepada kamu dan kebetulan kamu tidak menyukai lelaki tersebut samaada kamu tidak menyukai lelaki ataupun sudah ada calon kekasih .



Anda tidak mahu menerima cinta lelaki tersebut tetapi pada saat yang sama ingin menjaga hatinya dan tidak ingin perasaanya terluka kerana anda angap lelaki itu sebagai kawan .Jika dalam situasi seperti ini pastinya membuatkan anda terperangkap dalam perasaan emosi,kesian dan secara besamaan ingin menjaga kepentingan diri sendiri .



Penolakan cinta memang menyakitkan, Apalagi jika anda pernah mengalami situasi seperti ini . Pasti anda tahu bagaimana rasa sakitnya hati ketika itu . Belum lagi perasaan malu yang kamu hadapi tanggung jika si dia menolak dengan kasar cinta kamu. 



Indvidu yang di tolak cintanya dengan kasar dan membuat mereka sakit hati boleh sahaja berbuat nekad terhadap individu yang mereka cintai itu . Banyak kes yang terjadi ,Apabila seseorang individu itu di tolak cintanya berbuat nekad membunuh, menculik malah ada yang merogol wanita yang mereka sukai itu . Bahaya bukan.


Di sini kami mahu kongsikan tips untuk menolak cinta lelaki dengan lembut agar perasaannya tidak terluka .


Tips Menolak Cinta


1) KATAKAN PADANYA KAMU BELUM MAHU BERCINTA

Alasan adalah cara yang terbaik untuk elakkan kamu melakukan sesuatu yang kamu tidak sukai. Untuk menolak cinta seseorang lelaki tanpa melukainya kamu boleh berkata kamu belum lagi bersedia atau berminat untuk menjalinkan hubungan cinta.


Alasan tidak besedia untuk bercinta ini mungkin boleh di tambah dengan alasan kamu trauma dangan cinta sebelumnya , Ingin memberikan perhatian pada pelajaran ataupun kamu ingin hidup bebas tanpa kongkongan kekasih .


Dengan memberikan alasan ini, si lelaki akan mengerti , kamu tidak menolak cintanya kerana tidak menyukai dirinya tetapi kerana kamu belum mahu bercinta . 




2 ) KATAKAN KAMU HANYA BERKAWAN SAJA

Jujur adalah hal yang terbaik untuk tidak menyakiti hati orang lain . Jika kamu tidak menyukai dirinya dan tidak selesa jika menjalinkan hubungan cinta dengan dirinya . Katakan sahaja kamu ingin mengekalkan status perhubungan sebagai kawan sahaja kerana kamu selesa begitu tanpa mengubah status kawan itu menjadi tahap yang baru .


Pastinya si lelaki itu dengan sendirinya akan mengerti dan tidak akan memaksa kamu lagi dan meneruskan hubungan itu sebagai kawan sahaja.




3) BERBINCANG SECARA BERIBADI

lakukan perbicaraan bersamanya secara peribadi , Berbincang tentang hal kamu ingin menolak cintanya di kelayak ramai seperti keluarga dan kawan-kawan kamu pasti membuatnya sangat malu . oleh itu carilah tempat yang boleh kamu berbincang secara peribadi mengenai penolakan cinta itu dan nyatakan perasaanmu dan sebab-sebab kenapa kamu menolaknya .

Pastinya, jika kamu berkata dengan lembut dan penuh berhemah si lelaki itu akan memahaminya dan akan menerima penolakan cinta tersebut.




4) JANGAN MEMBERI HARAPAN 

Jangan memberinya harapan yang tidak mungkin kamu dapat tunaikan . Berterus teranglah dengan tidak menghina atau memperkecilkannya yang membuatnya marah atau malu . Perbicaraan harus terus kepada intinya tanpa menutup-nutup dan memberikan merekan harapan palsu . 


Walaupun ketika itu kamu sukar dan terbelit-belit menjelaskannya , lakukan sahaja . Jika kamu memberinya harapan palsu , nanti si dia akan menuntutnya di kemudian hari , ini membuatkan masalah itu menjadi panjang dan membuatkan kamu tersepit jika ingin menjalinkan hubungan cinta dengan orang lain.




5) KENALKAN DIA DENGAN KAWAN KAMU

Jika kamu sudah dapat mengesan lelaki ini menyukai kamu dan belum terlambat untuk anda menolak halus cintanya dengan kenalkan kawan kamu kepadanya . Ini membuatkan si lelaki itu berasa kamu tidak menyukainya dan tidak penting kepadanya .


Dalam diam-diam dia pasti akan faham dan mencoba nasib di wanita lain pula . Cara ini juga dapat mengekalkan hubungan rakan antara lelaki .



6) TETAP BERKAWAN 

Jika kamu sudah menolak cintanya dan memberitahukan perasaan kamu terhadapnya secara jujur dan tidak memberikannya harapan . Tetaplah berkawan denganya.


Katakan padanya bahawa kamu sangat senang mengekalkan status sebagai kawan yang terjalin dan berharap tetap dapat berkawan dengannya . Ini boleh sedikit sebanyak mengubati hatinya . Ingat elakan jika kamu sudah menolak cinta seseorang jangan terus di jauhi dan putuskan kawan , ini membuatkan sakit hatinya bertambah parah dan boleh menjadi dendam.



 

 

Hai para pembaca, Jika kamu memiliki pengalaman menolak cinta bolehlah kongsikan kisah anda di ruangan komen ya . Berserta cara anda menolak cinta orang tersebut . boleh kan ... boleh laaaahhh.



Catat Ulasan for "6 cara menolak cinta lelaki secara halus dan tanpa menyakiti hatinya"