Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

6 Cara merawat buasir di rumah yang boleh kamu lakukan sendiri untuk hilangkan kesakitan

 

Tips merawat buasir
Tips Merawat wasir.   Brittany Colette on Unsplash


Cara Merawat Wasir / Buasir - Sebelum kita pergi lebih dalam kepada topik pada hari ini, mari kita ketauhi lebih lanjut lagi mengenai buasir . Buasir terjadi apabila terdapat bengkakan di saluran darah venus ,ia mengembang dan membengkak di sekitar dubur.


Umumnya ,terdapat dua jenis buasir iaitu buasir dalaman dan buasir dalaman. Buasir dalaman membengkak di dalam dubur dan rektum biasanya tidak sakit , Pesakit yang terkena buasir dalaman biasanya akan mengadu kesakitan jika buasir ini pecah,berdarah dan terkeluar (prolapse).


Manakala buasir luaran pula terjadi di luar pembukaan dubur , jenis buasir inilah yang biasa di alami dan menyebabkan ketidak selesaan . Selalunya menyebabkan kesakitan sewaktu pesakit berak dan meneran najis . Rasa gatal, penderahan dan amat sulit untuk duduk adalah gejala pesakit yang terkena buasir luaran .


Mereka yang hamil atau mengandung adalah yang orang-orang yang mudah  terkena sakit buasir ini. Ini kerana Ketika mengandung rahim akan semakin membesar dan menekan saluran venus di kawasan dubur .


Bagi mereka yang duduk atau berdiri dalam jangka waktu yang lama, haruslah berhati hati , jangan duduk terlalu lama atau berdiri teralu lama, sesekali gerakan badan anda berdiri dan duduk, jika tidak anda berpotensi terkena buasir .


Seseorang yang mempunyai berat badan berlebihan , terkena cirit birit yang berterusan dan mengelami sembelit yang berulang-ulang sangatlah berpotensi terkena buasir .


Biasanya , ketika buasir mula menyerang anda , akan muncul bintik merah di sekitar dubur anda ,rasa sakit yang menjalar hingga ke punggung , pedih ketika  meneren najis dan mengeluarkan lendir, jika anda merasakan tanda-tanda buasir ini bolehlah anda gunakan cara merawat buasir yang kami serankan di bawah ini .


Baiklah apa saja cara untuk merawat buasir ini agar wasir ini cepat sembuh . Marilah baca cara-cara yang kami kongsikan . Jika mendatangkan manfaat kepada anda jangan lupa share ke media sosial, tumbol share ada di bawah artikel ini . Terima kasih.



Cara Merawat Wasir




1) RENDAM DUBUR DI AIR HANGAT

Cara merawat buasir yang pertama adalah dengan merendamkan dubur anda di air hangat , Cara ini amat berkesan untuk merawat buasir dan mengurangkan kesakitannya .


Dudukkan bahagian dubur anda di dalam bekas yang mengandungi air hangat selama 15 minit dan lakukanlah beberapa kali sehari ketika kesakitan buasir ini muncul terutama selepas anda berak .Selepas anda berak , najis akan bergesel dengan buasir yang membengkak dan akan menyebabkan kesakitan.





2) LIDAH BUAYA 

Lidah buaya mempunyai fungsi antiradang dan sangat sesuai untuk di gunakan untuk meredakan pembengkakan buasir . Selain itu lidah buaya juga sangat selamat untuk di gunakan untuk melegakan pembangkakan buasir luaran dan dalaman .Kegatalan yang di sebabkan oleh buasir juga dapa di hilangkan dengan menggunakan lidah buaya ini .


Cara penggunaanya juga amat mudah , dapatkan gel dari daun lidah buaya ,kemudian sapukan di kawasan dubur kamu yang terasa sakit.





3) GUNAKAN SUPLIMENT PELEMBUT NAJIS 

Untuk Merawat buasir kamu boleh menggunakan supliment pelembut najis atau dalam bidang perubatan di sebut "psyllium" . Supliment ini membantu menambahkan  serat di tubuh kamu yang betujuan untuk melembutkan najis .Ini menyebabkan, ketika membuang air besar lebih senang dan tidak mengangu atau mengesel buasir yang membengkak.


 Biasanya supliment ini datang dalam bentuk serbuk,kapsul dan cecair yang boleh di ambil secara oral dan di gunakan sebanyak 3 kali sehari . 


Namun anda harus berhati-hati ketika mengambil supliment ini, jika di ambil secara berlebihan boleh mengakibatkan kembung perut dan kram perut. Pastikan juga kamu meminum banyak air ketika mengambil supliment ini . Supliment ini biasanya boleh kamu beli di fermasi ubat di sekitar kamu .






4) GARAM EPSOM

Menggunakan garam epsom untuk merawat buasir mungkin pelik ,tapi kaedah rawatan menggunakan garam epsom ini memang terbukiti meredakan buasir yang membengkak dan meredang . Cara menggunakan geram epsom untuk merawat sakit buasir adalah :

  • Sediakan 1 senduk garam epsom 
  • Masukan garam itu kedalam kain dan celupkan sedikit air 
  • Sapukan pada bahagian dubur yang sakit sekitar 15 hingga 20 minit
  • Ulang rawatan ini setiap enam jam sekali sehingga rasa sakit hilang.





5) MINYAK ZAITUN

Minyak zaitun kaya dengan nutrisi untuk badan dan memiliki fungsi-fungsi yang sangat berguna untuk tubuh badan manusia . Salah Satu fungsi yang terdapat pada minyak zaitu adalah ia bersifat antiradang dan antioksida. Ini dapat meningkatkan kekenyalan salur darah dan mengurangkan pembengkakan akibat keradangan serta mengecutkan salur darah pada bahagian dubur yang membengkak.


Caranya menggunakkannya adalah dengan memakan satu sudu atau dua sudu juga boleh ,makan hanya sekali sehari.






6) MENGGUNAKAN AIS BATU

Ramai yang terlepas pandang keistimewaan  ais dalam membantu merawat buasir , Ais batu dapat membantu menyempitkan dan mengecutkan saluran darah yang membangkak , mengurankan bangkaka serta redang . Ais juga dapat melegakan kesakitan yang anda alami seta merta , sesuailah jika anda sangat tidak tahan dengan kesakitan buasir.


Caranya cukup mudah dan simple. Ambil beberapa kiub hais dari peti ais kamu tu kemudian bungkus dengan kain nipis bersih dan tekapkan di tempat yang sakit sekitar 10 minit . Boleh lakukan rawatan ini sebanyak manapun anda mahu sehingga simptom buasir hilang.



Catat Ulasan for "6 Cara merawat buasir di rumah yang boleh kamu lakukan sendiri untuk hilangkan kesakitan"