Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

6 cara merawat dan hilangkan gastrik dengan mudah dan berkesan

 

hilangkan dan rawat gastrik  gastritis
cara merawat dan hilangkan gastrik Photo by Vladislav Muslakov on Unsplash




Cara Hilangkan Dan Sembuhkan Gastrik - Setiap seorang pasti akan mengelami gastrik di dalam hidupnya , ini kerana munculnya gastrik sangat berkait rapat dengan gaya kehidupan dan pemakanan manusia . Biasanya seseorang yang terkena gastrik akan berasa sakit perut dan pedih ulu hati yang sakit sangat menyebabkan ketidakselesaan dan menganggu aktiviti seharian.


Terdapat dua jenis gastrik iaitu gastrik yang muncul secara tiba-tiba "acute" dan gastrik yang berlangsung dalam jangka masa yang lama "gastrik Kronik" . Beberapa kes berkaitan gastrik kronik boleh mendatangkan ulser perut dan meningkatkan risiko mendapat kanser perut, jika tidak dirawat.


Simptom dan tanda yang biasa jika kamu terkena gastrik adalah seperti di bawah .


Tanda-Tanda Dan Simptom Gastrik
  1. Muntah
  2. Cirit birit
  3. Ketidakhadaman
  4. Loya 
  5. Sakit perut
  6. Hilang selera makan
  7. Hilang tenaga badan 
  8. Kerap sendawa
  9. Kembung Perut
  10. Rasa pedih pada bahagian pinggang


Punca gastrik boleh terjadi juga bermacam-macam dan  biasanya sangat berkait rapat dengan gaya hidup kamu  antaranya adalah 

Punca gastrik


1.Tidak serapan atau tidak makan dalam sehari:

 Asid perut adalah untuk pencernaan , dan jika dalam sehari anda tidak memakan apa-apa, asid ini akan berkumpul dan banyak yang  akan menghakis perut kamu dan menyebabkan kecerdaan perut seterusnya menyebabkan gastrik.


2.Kerap makan pedas

Memakan makanan terlalu pedas dan berasid secara kerap berpotensi menghakis dan melukai perut.



3.Tekanan dan stress 

Tekanan dan stress  mampu meningkatkan pengeluaran asid penghadaman dalam perut yang mengakibatkan perut terhakis.



4.Jangkitan bakteria Helicobacter Pylori

Bakteria ini menjangkiti dan menghakis lapisan perut yang membuatkan bahagian perut mudah terkena asid perut . Bakteria ini biasanya tersebar melalui satu individu kepada individu yang lain, melalui makanan dan air tercemar .sekitar 50 persen penduduk dunia sudah memiliki bakteria ini di tubuh mereka.

 

5.Ubat tahan sakit

pengambilan ubat tahan sakit secar kerap boleh mengakibatkan gastrik, hal ini kerana fungsi ubat tahan sakit adalah untuk menggurangkan pengeluaran hormon prostaglandin dalam tubuh, hormon ini fungsinya untuk menyebabkan kesakitan. Fungis lain hormon ini adalah untuk pengeluarkan mukus perut untuk meneutralkan asid perut ,kurangnya hormon ini akibat pengambilan ubat tahan sakit secara kerap akan menyebabkan perut terdedak kepada asid perut.



6.Merokok

Merokok meningktakan pengeluaran asid penghadaman di dalam perut dan melambatkan proses penyembuhan luka dalam perut yang mengakibatkan gastrik terjadi.



7.Alkohol

Alkohol mampu menghakis dan melukai bahgian perut kerana ia bersifat panas, perlu di ingat bahagian perut adalah sensitif and alkohol adalah bahan yang mampu menghakis dan panas , oleh itu, pengambilan alkohol berterusan akan menyebabkan kecedraan pada perut anda.




Sebenarnya merawat gastrik bukanlah perkara yang susah,Baiklah seperti tajuk artikel ini, apa saja tips untuk menghilangkan gastrik yang kita boleh di lakukan. Mari lanjutkan baca info yang kami tuliskan di bawah ini .





Cara hilangkan sakit gastrik





1) BOTOL PANAS

Menggunakan botol panas adalah cara yang amat berkesan untuk menghilangkan kesakitan perut akibat gastrik, sambil anda terbaring menahan sakit gastrik itu, bolehlah letakkan botol panas di perut kamu. Tips ini memang berkesan sewaktu penulis terkena gastrik dahulu . cobalah pasti berkesan.


Untuk penggunaanya , Gunakan botol kaca sebagai medium air panas jangan gunakan botol plastik nanti kecut dan berpotensi menumpahkan air panas .Botol kaca itu kamu isi dengan air panas dan lapisi botol itu dengan kain nipis dan bolehlah letakkan di bahagian perut kamu yang sakit. fungsi kain itu adalah untuk mengelakkan panas menyentuh terus ke kulit kamu yang boleh mengelakkan kesakitan dan kerosakan kulit.




2) BUNGA CENGKIH

Bunga cengkih sudah lama di gunakan secara tradisional oleh masyrakat melayu untuk merawat sakit yang berkaitan dengan perut seperti kembung perut,gastrik,sembelit dan sakit perut .Oleh itu memang tidak di ragukan lagi bunga cengkih memang bahan yang berkesan merawat gastrik.


Sediakan bunga cengkih dan tumbuk sehingg halus sehingga kamu mendapatkan 1 sudu teh serbuk bunga cengkih dan kemudian makanlah . Bunga cengkih berfungsi meransang rembesan asid pencernaan untuk mencegah keasdan perut dan membuang gas yang berlebihan  dalam badan.





3) TEH

Untuk rawatan gastrik menggunakan teh , kamu harus menggunakan teh kosong tanpa sebarang campuran bahan asing seperti gula atau teh untuk kesan yang terbaik . 

Di dalam teh terdapat zat yang di sebut polyphenols dan flavonoid yang membantu mengurangkan gejala-gejala gastrik seperti muntah dan sakit perut . Oleh itu pengambilan teh kosong adalah di sarankan untuk merawat gastrik. 






4) HALIA

Seperti yang kamu sedia tahu halia sangat membantu untuk membuang gas-gas yang terperangkap dalam tubuh badan. Gas-gas yang terperangkap dalam tubuh badan ini berpotensi untuk mencetuskan gastrik .


Selain itu Halia juga mengandungi zat anti inflamatori  berfungsi yang membantu merehatkan otot-otot sekitar bahagian perut dan selurang penghadaman. Jika tidak sanggup untuk mengunyah terus halia , anda boleh menjadikan halia sebagai teh dengan merendamkannya di air panas kemudian  tunggu sehingga suam dan bolehlah di minum.






5) BERHENTI MEROKOK

Seperti yang kamu sedia maklum, Merokok mendatangkan komplikasi dan kerosakan pada tubuh badan dan salah satu komplikasi yang boleh timbul akibat tabiat merokok adalah gastrik.


Apabila merokok , pengeluaran asid perut akan meningkat dan penyembuhan luka juga akan menurun yang mengakibatkan munculnya gastrik .






6) JANGAN MAKAN PEDAS

Makananan pedas dan berasid di ambil secara berterusan boleh mengakibatkan perut luka dan keredangan dalam perut kamu . Selain itu, luka di dalam perut kamu juga tidak akan sembuh jika kamu memakan makanan pedas yang menyebabkan gastrik kronik .


Untuk penyembuhan luka perut itu, hentikan buat sementara makan makanan pedas , berikan masa untuk kulit perut kamu pulih sepenuhnya.



Catat Ulasan for "6 cara merawat dan hilangkan gastrik dengan mudah dan berkesan"