Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

6 Manfaat dan khasiat air lemon pada kesihatan . Kebaikan yang perlu di manfaatkan

 

manfaat dan khasiat air lemon untuk kesihatan
Photo by Julia Zolotova on Unsplash


Siapa yang tidak mengenal lemon, Buah yang sangat sedap di jadikan jus berais. Apalagi jika di minum ketika cuaca panas , pastinya dapat menyejukan dan menyegarkan badan anda kembali.

Ternyata lemon bukan sahaja baik di jadikan minuman untuk menyegarkan tekak anda tetapi lemon sangat bermanfaat dan mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh .

Baiklah pada artikle kali ini kami ingin menerangkan manfaat dan khasiat yang anda boleh dapatkan dalam lemon untuk kesihatan .




1) TINGGI KANDUNGAN VITAMIN C

Lemon memiliki kandungan viamin c yang tinggi . Tahukah anda antara peranan vitamin c di dalam tubuh anda adalah Vitamin c dapat membantu dalam proses pembentukan kolagen . Kolagen ini sangat penting kepada struktur badan kamu seperti otot,tulang dan juga kulit manusia . Kolagen sangat di perlukan untuk mengekalkan keanjalan kulit manusia. Kekurangan kolagen akan menyebabkan kamu kelihatan tua kerana kulit yang mengedut. Dapat di ertikan Kolagen dapat melambatkan proses penuaan manusia.

Selain itu vitamin c juga boleh mencegah dan mengurangkan risiko kamu di serang penyakit kardiovaskular dan juga membantu pertumbuhan sel-sel dalam tubuh badan.




2)MENYEGARKAN TUBUH BADAN

Meminum air lemon dapat membantu badan ana kekal terhidrat dalam menjalani hari-hari. Badan anda memerlukan air putih sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari . Jika anda seorang yang tidak suka meminum air putih , Gantilah dengan air lemon . Amalan ini dapat membuatkan badan anda lebih  segar dan bersemangat .




3)MENYEGARKAN NAFAS DAN BAU MULUT

Lemon memiliki bau dan rasa citrus yang kuat yang boleh di manfaatkan sebagai penyelasaian sementara  untuk mengurangkan masalah bau mulut.

Tetapi tidak bolehlah kamu amalkan selalu kerana lemon buah yang berasid , Asid ini boleh menghakis enamel gigi yang boleh menyebabkan gigi sensitif .





4)MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN

Air lemon sangatlah baik untuk di minum oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan . kerana kandungan kalori di dalam perahan limau hanyalah sebanyak 6 kalori sahaja .meminumnya jangan di campur gula pula ya jika anda ingin menurunkan berat badan .

Air lemon juga memberi efek kenyang yang lebih lama pada tubuh anda. Ini membuatkan anda kurang makan dan akhirnya berat badan anda akan turun .





5)MENGURANGKAN RISIKO BATU KARANG

Batu karang terjadi di sebabkan oleh kandungan urin yang pekat dan mineral yang membentuk kristal seperti kalsium,oxalate dan asid urik . 

Kebetulan lemon mengandungi zat asid sitrik yang dapat menurunkan kepekatan urin dan zat ini juga berkemampuan untuk memecahkan/menghakis kristal yang terbentuk dalam sistem perkumuhan anda.




6)BAHAN ANTI BAKTERIA

Satu kajian telah di lakukan yang berhasil menamukan pengambilan air lemon mampu membantutkan perkembangbiakan bakteria penyebab cirit birit(diarrhea) .

Ini kerana lemon mengandungi zat flavonoid yang mampu membunuh bakteria serta kulat di dalam perut manusia.





Catat Ulasan for "6 Manfaat dan khasiat air lemon pada kesihatan . Kebaikan yang perlu di manfaatkan"