Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

6 Tips Anak cepat bercakap dengan lancar

cara anak cepat berbicara ngomong
cara anak cepat berbicara. Photo by Max Harlynking on Unsplash

 

Cara Anak Cepat Bercakap - Setiap kanak-kanak memiliki fasa-fasa pertumbuhan yang berbeza antara satu sama yang lain . Ini termasuklah seberapa cepat perkembangan kemampuan bercakap seseorang kanak-kanak itu. Jika anak anda sebelum ini cepat bercakap dan anak baru anda tidak semestinya akan cepat bercakap juga.


Kanak-kanak akan mula memberi respond dan bereksperisi pada usia 0-6 bulan selepas di lahirkan , pada usia 9 bulan biasanya kanak-kanak akan mula cuba untuk menyebutkan perkataan seperti babababababa (baba),mamamamam(mama) Atau mamamapapapapa(mamapapa). 



Pada usia 12 bulan si kecil itu pula akan mula mengerti perkataan dan mengucapkan satu-satu perkataan dengan lancar .Pada usia usia 15 bulan pula penggunaan perkataan si kecil akan meningkat kepada  3 suku kata seperti " mama nak susu" Atau "papa mari sini" dengan lancar.



Tetapi ada pula si kecil dari umur 9 bulan hingga 15 bulan tidak pandai lagi bercakap atau lewat becakap . Ibu Bapa harus memerhatikan kelewatan bercakap ini dengan serius dan segaralah membawa si kecil kamu ke klinik kanak-kanak yang terdekat kerana keterlewatan bercakap  boleh di sebabkan oleh beberapa faktor seperti .


  1. Ganguan otak (retardasi mental)
  2. Ganguan bahasa spesifik/ekspresif
  3. Si kecil anda menghidap Autisme
  4. Ganguan pada organ mulut iaitu ganguan artikulasi
  5. Gangguan pendengaran 

Jika doktor yang memeriksa anak kamu mengesahkan terdapatnya salah satu gangguan di atas pada anak kamu , dapatkanlah seranan doktor untuk tindakan lanjut.



Jika doktor tidak mengesan sebarang gangguan pada anak kamu untuk bercakap mungkin itu berpunca dari kamu sendiri ,mungkin kurang berinteraksi dengan si kecil menyebabkan si kecil kurang mempelajari perkataan . 



Oleh itu pada artikel hari ini kami ingin kongsikan tips yang kamu boleh amalkan agar anak kamu cepat bercakap. Silakan baca beberapa tips yang kami kongsikan di bawah ini dan jangan lupa untuk share artikel ini ke media sosial lain jika anda berjaya membuatkan anak anada bercakap dengan tips-tips yang kami berikan agar lebih banyak yang mendapat manfaat .



Caran agar anak cepat bercakap




1) AJAK SI KECIL BERCAKAP

Sebuah kajian yang di terbitkan di dalam The Journal Of Neuroscience mendapati bahawa selalu ajak si kecil sejak ia masih baby dapat membantu mengambangkan bahasa dan kemampuan pemahaman sesuatu perkataan sejak baby lagi .



Ini di kuatkan lagi dengan satu kajian yang di lakukan oleh saintis dari massachusetts of technology univesity of pennysylvanai dan Harvard yang melakukan kajian terhadap 40 kanak-kanak berusia lingkungan 6 tahun bersama orang tua mereka . 20 kanak-kanak di biarkan bercakap dengan ibu-bapa mereka dengan lebih kerap dan 20 orang kanak-kanak lagi di biarkan tidak bercakap dengan ibu-bapa mereka . Kajian di lakukan selama 2 hari . Selepas itu mereka mengimbas aktiviti otak kanak-kanak itu menggunakan 'MRI'  dan apa yang mereka temukan adalah sangat mengejutkan, Kanak-kanak yang di biarkan becakap dengan ibu-bapa mereka  otak mereka menunjukan perkembangan pesat di kawasan otak yang di namakan WERNICKE dan BROCA ,iaitu area otak yang mengawal pembelajaran pemahaman dan kelancaran bercakap .



Oleh itu selalulah ajak anak anda bercakap, kerana semakin banyak anda bercakap dengannya , semakin mudah untuk anak anda belajar bercakap.



Cubalah untuk bercerita mengenai pengalaman anda sewaktu kecil, atau suasana hari-hari anda berkerja dan apa sajalah , asalkan ada cerita .



Walaupun cerita yang anda ceritak tersebut belum boleh di fahami si kecil, Tetapi kata-kata yang keluar dari mulut anda akan membantu si kecil bercakap nanti , kerana otak si kecil akan berlajar dan memproses setiap perkataan yang kamu ucapkan .






2) MEMBACA BUKU BERGAMBAR

Walaupun anak anda masih kecil, jangan kecilkan kepintaran anak anda , sejak kecil biasakan membaca buku bergambar bersamanya.



Membaca buku bergambar sambil menunjuk-nunjuk gambar yang ada di buku itu telah terbukti sebagai salah satu perangsang dan melatih anak anda bercakap yang sangat berkesan. 



Satu kajian membuktikan kanak-kanak yang selalu di bacakan buku bergambar oleh ibu-bapanya ,dapat menyerap lebih banyak perkataan yang membantunya bercakap dan membuat ayat .






3) GUNAKAN BAHASA ISYARAT

Menggunakan bahasa isyarat sambil sambil menunjukan sesuatu benda dan menyebut nama benda itu, merupakan cara melatih anak bercakap yang sangat berkesan. Otak anak anda akan memprosesnya dan akan memahaminya .



Contohnya , si ibu ingin memperkenalkan nenek kepada si bayi , Katakan "NENEK" sambil menujuk si nenek agar si anak boleh memahaminya .Biasanya jika perkara itu di lakukan berulang-ulang ,si kecil akan mula mengikutinya.




4) JANGAN BETULKAN KETIKA ANAK ANDA  BERCAKAP

Ketika anak anda mula mengucapkan sesuatu perkataan, mungkin akan berlaku kesalahan atau perkataan yang tidak sampai . Contohnya ,si kecil ingin mengucapkan "mama" tetapi hanya mengucapkan ."MA" . 



Ketika hal ini terjadi , jangan betulkan perkataan tersebut sebaliknya anda menjawam "MAMA" perkataan penuh dari ucapan si kecil itu , lama-kelamaan si kecil akan memperbetulkan perkataan itu sendiri mengikuti perkataan anda .Hari demi hari otak si kecil akan berkembang dengan pesat dan belajar sesuatu perkara dengan cepat oleh itu tiada masalah jika perkataannya salah hari ini , jika anda rajin menyebut perkataan penuh dari perkataan salah tersebut  si kecil akan mengikutnya keesokan hari.







5) UCAPKAN NAMA BENDA

Saat anak anda berumur 6 bulan ia akan menunjukan minatnya dan berinteraksi , biasanya si kecil akan menunjuk-nunjuk benda yang ada di sekelilingnya , itu menunjukkan ai berminat dan ingin memegang serta memiliki benda yang di tunjukknya itu.




Oleh itu kamu haruslah mengambil kesempatan atas minatnya ini dengan menyebut nama-nama benda yang ia tunjuk tersebut . Cara melatih bercakap ini sangatlah berkesan kerana saat berumur 6 bulan rasa ingin tahu bayi sangatlah tinggi ,di waktu inilah kesempatan anda memperkenalkannya dengan bahasa-bahasa baru .





6 ) ULANG PERKATAAN BERKALI-KALI

Di awal usia si kecil 6 bulan ,tetapkan perkataan yang anda ingin mendengarnya berkali-kali . Contohnya " papa" "mama" atau "susu" . Ucapkan perkataan itu berkali-kali dan setiap hari kerana semakin banyak pengulangan akan semakin baik kerana si kecil akan mempelajarinya dan memahami maksud di sebalik perkataan tersebut .



Sesudah si kecil anda mula mengikuti perkataan tersebut boleh lah tambahkan lagi 2 hingga 3 suku kata dalam perkataan tersebut  seperti "papa nak susu dan "susu sudah habis".


Catat Ulasan for "6 Tips Anak cepat bercakap dengan lancar"