Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

7 Cara Anak cepat belajar Bercakap yang terbukti berkesan

 

Tips Anak Cepat Bercakap
Tips Anak Cepat berbicara. Photo by Jonathan Borba on Unsplash



Tips Anak Cepat Bicara - Baby biasanya akan mula menunjukkan minat dan ekspresi minatnya pada umur sekitar umur 6 bulan . Pada umur 9 bulan pula baby biasanya akan berkemampuan mengucapkan satu perkataan dan pada usia 10 hingga 18 bulan baby anda akan mula lancar bercakap dan mempelajari perkataan yang ia dengari dengan lebih cepat.


Itu adalah perkembangan proses mula bercakap baby yang normal, Ada pula baby yang susah untuk mula bercakap dan mempelajari perkataan . Jika tidak  terdapat masalah kesihatan pada baby tersebut ,mungkin ia adalah berpunca dari ibu-bapanya yang kurang untuk merangsang percekapan baby tersebut.


Agar baby cepat bercakap dan belajar menyebut sesuatu perkataan peranan ibu-bapa memainkan peranan di sini, kerana baby belajar dari setiap perkataan yang ia dengar dari orang tuanya . Oleh itu semakin kurang interaksi perkataan antara  ibu-bapa dan baby semakin lambatlah ia menyebut dan mempelajari cara untuk bercakap.


Baiklah pada artikel hari ini kami akan kongsikan cara yang ibu-bapa di luar sana boleh gunakan untuk mempercepatkan proses mula bercakap anak mereka .Silakan baca tulisan kami di bawah ini.


Tips Anak Cepat Berbicara


1)  SELALU BERCAKAP / BERBUAL

Cara agar anak kamu cepat belajar bercakap adalah dengan selalu bercerita dengannya , bercakaplah sesuatu yang ringkas kepadanya, 


Walaupun si kecil berlum memahami perbualan anda itu bukan bererti kamu mengabaikannya dan tidak membawanya berbual ,keran semakin banyak anda berbual dengannya semakin banyak perkataan yang si kecil akan belajar.


Gunalah bahasa-bahasa yang simple dahulu ketika anda berbual dengannya , kerana setiap perkataan yan keluar dari mulut kamu itulah yang akan membantunya untuk bercakap nanti .


Itulah mengapa sangat di larang mengucapkan perkataan-perkataan kotor di depan si kecil kerana si kecil akan mengikuti perkataan tersebut walaupun ia tidak mengetauhi maksud di sebalik perkataan tersebut.




2) GUNAKAN BUKU BERGAMBAR

Ketika usia baby kamu berusia 6 bulan ia akan mula berinteraksi , kamu boleh gunakan ini untuk membacakannya buku-buk bergambar , Sambil kamu membacakan buku bergambar itu bolehlah kamu tunjukan gambar yang ada di buku tersebut sambil mengucapkan nama gambar-gambar tersebut . 


Imej bergambar di sertakan dengan kamu memberikan nama gambar tersebut membantu si kecil memahami sesuatu benda dan namanya . Seeloknya buku bergambar mengenai benda-benda yang ada di rumah . Cara untuk mempercepatkan anak anda mengucapkan perkataan ini meang terbukti berkesan untuk proses anak anda mula bercakap .




3 ) NAMAKAN BENDA

Biasanya baby yang berusia 6 bulan hingga 7 bulan akan menunjukkan minat den ekspresinya terhadap benda-benda yang berda di sekelilingnya . Biasanya ia akan menunjuk-nunjuk benda yang bermaksud ia minat dan ingin menyentuh benda tersebut.


Kamu boleh gunakan saat ia menunjukkan sesuatu benda ini dengan menyebut nama tersebut . Contohnya ketika ia menunjuk kerusi , maka kamu katalah itu kerusi ,simple kan . Dengan menamakan benda yang ia minati , si baby ini akan cepat belajar kerana itu adalah sifat semula jadi manusia, akan mengingati setiap benda yang ia suka berbanding benda yang ia tidak suka.





4) AJARKAN PERKATAAN PENDEK BERULANG

cara untuk mempercepat anak anda bercakap yang keempat adalah dengan ajarkan kepada anak satu perkataan pendek . Contohnya "PAPA" sambil menunjuk bapanya dan "KUCING" sambil menunjuk kucing . Lakukan perkara ini berulang-ulang sehingga si anak mengikuti perkataan yang kamu ulang-ulang itu apabila melihat objek yang di maksudkan.


Setelah ia sudah mula memahami , tambahkan lagi 2 suku kata dalam perkataan tersebut contohnya "itu papa" atau "itu kucing . Mulalak dahulu dengan ayat-ayat kecil , si anak nanti akan pandai membuat ayatnya.


 


5) TANYA SOALAN CEPU EMAS

Cubalah untuk memberikannya banyak pertanyaan ,Berikan pertanyaan hal-hal yang ada di sekitar kamu , kemudian kamu pula yang jawab sendiri.

Contohnya "kerana cuaca cerah, main ke taman" , yuk!! ,"kamu mahu mama buatkan susu" ,yup!!, walaupun seperti anda bercakap sendiri tetapi kesannya amat besar terhadap anda anda untuk mulai membina skill bercakapnya .




6) BERIKAN PERHATIAN

Saat si kecil mula menyebutkan sesuatu perkataan berikan perhatian sepenuhnya kepada percakapannya itu . walaupun satu apa kamu tak paham anguk-anguk geleng-gelenga sajalah hehe . Setiap kali ia berbicara angukkan saja kepala kamu seolah-olah kamu memahaminya . Si kecil anda akan sangat suka saat mendapat perhatian seperti itu , pastinya ia akan terus mencuba dan mancuba untuk bercakap lagi . Lama-kelamaan pastinya ia akan lancar bercakap . 




7) DEDAHKAN PERBUALAN

Ketika kamu bercakap dengan seisi keluarga kamu, bawalah si kecil anda sekali di samping anda , biarkan si kecil mendengarkan berbualan kamu . Ini membuatkan si kecil memproses perkataan-perkataan baru yang dapat membantunya memahami perkataan dan bercakap .


Dalam satu kajian di barat yang melibatkan 40 kanak-kanak , 20 kanak-kanak di dedahkan dengan percakapan dan 20 lagi tidak di dedahkan dengan perbualan  selama 2 hari kemudian mereka mengimbas otak kanak-kanak tersebut menggunakan MRI , dan pengkaji mendapati kanak-kanak yang terdedah dengan perbualan di bahagia otak mereka yang di namakan WERNICKE dan BROCA menunjukan aktiviti otak yang sangat akatif , kedua-dua area otak ini adalah tempah otak memproses kemampuan pemahaman dan tutur kata . oleh itu sangat penting untuk mendadahkan anak anda dengan perbualan.


Catat Ulasan for "7 Cara Anak cepat belajar Bercakap yang terbukti berkesan"