Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

7 Cara hilangkan bekas jerawat di wajah . Berkesan dan kos murah !

cara hilangkan perut jerawat di muka
cara hilangkan kesan jerawat. Photo by Dev Asangbam on Unsplash




Setiap orang yang meningkat dewasa pasti pernah di serang oleh jerawat . Umumnya penyebab utama jerawat tumbuh di wajah kamu adalah kerana belakuknya perbubahan paras hormon tertentu di tubuh kamu . Bagi yang tidak di serang jerawat ketika meningkat remaja anda adalah seorang yang beruntung .



Bagi yang mengalami jerawat di usia remaja pula, Pelbagai cara di lakukan untuk menghilangkan jerawat di wajah mereka , Dari cara modern hingalah cara-cara tradisional orang lama .




Dan yang paling mengecewakan setelah jerawat ini hapus di wajah mereka.Muncul pula satu masalah yang di tinggalkan oleh si jerawat ini . Kamu tahu apa? . Ya, kesan parut yang berbekas pada wajah yang mengakibatkan wajah kelihatan berlubang,terdapat kesan hitam dan kasar.



Kesan jerawat ini mungkin akan hilang tetapi memakan waktu yang lama , mungkin 5 ke 10 tahun untuk kulit wajah memulihkan kesan perut ini. 




Oleh itu, untuk mempercapatkan proses pemulihan kulit wajah ini, kamu mestilah campur tangan hehe . Banyak cara yang boleh di lakukan untuk menghilangkan kesan jerawat pada wajah ini , Kamu pilih sahaja , mahu yang modern atau alami dan selamat .




Jika kamu memilih cara hilangkan parut jerawat menggunakan cara modern , Sediakan sahaja duit yang cukup untuk membayar kos rawatan pemulihan itu .




Jika kamu mahu jimat , kamu boleh memilih cara alami yang kami akan ajarkan di tulisan kami di bawah ini . Cara ini sangat jimat,alami,selamat dan terbukti berkesan kerana sesetengahnya sudah di gunakan dari zaman nenek moyang kita dahulu.



Cara Hilangkan Kesan Jerawat.



1)  ALOE VERA

Cara hilangkan kesan jerawat yang pertama adalah dengan menggunakan Aloe vera atau kenali juga sebagai   pokok lidah buaya  di malaysia . Aloe vera sangat terkenal di jadikan ramuan utama untuk product- product kecantikan di seluruh dunia .



Aloe vera mempunyai vitamin yang sangat berguna untuk memulihkan kulit wajah yang rosak serta menghilangkan parut jerawat dengan berkesan jika di gunakan secar konsisten .



Untuk kamu yang memiliki alergik terhadap bahan kimia krim-krim makeup , sangatlah sesuai untuk menggunakan aloe vera . Aloe vera bersifat lembut dan tidak mengandungi bahan alergik yang memudaratkan kulit kamu walaupun kamu menggunakannya  dengan banyak.



Cara cara mengunakannya adalah

  • Ambil sepotong daun lidah buaya ,secukupnya sahaja.
  • Kemudian perah daun tersebut sehingga mengeluarkan gel
  • Sesudah gel lidah buaya itu keluar , sapukan merata pada muka di kawasan yang memeliki parut jerawat.
  • Biarkan selama 30 minit kamudian bersihkan dengan air bersih dan lap wajah kamu sehingga kering.
  • Lakukan rawatan ini setiap pagi dan malam , Setiap hari sehingga menampakkan hasil.





2) TEPUNG BERAS/ BEDAK SEJUK

Tepung beras atau bedak sejuk memang sudah di gunakkan untuk memulihkan kulit wajah yang rosak ,sejak dahulu lagi dan di gunakan secara tradisonal oleh masyarakt melayu sejak turun temurun .



Jika di kedai daerah kamu tidak terjual bedak sejuk ini kamu boleh membuatnya sendiri dengan mudah, di bawah nanti kami akan terangkan .



Bedak sejuk menghalus wajah, memutih wajah dan meratakan kesan-kesan jerawat di wajah kamu . Selain itu bedak sejuk juga dapat di gunakan untuk mencegah jerawat tumbuh kembali,Bedak sejuk boleh menyerap minyak berlebihan pada wajah dan mengosongkan pori-pori tersumbat di wajah kamu .Dua perkara ini adalah sebab terjadinya perbentukan jerawat.

 
Cara menggunakannya adalah

  • Sediakan secawan beras secukupnya yang kamu rasa boleh di gunakan sehingga sebulan untuk elakkan kerja berulang.
  • Beras itu kamu rendam dengan air sejuk semalaman.
  • Sesudah di rendam semalaman, Buang air rendaman itu dan sisakah hanya beras ,kemudian tumbuk beras itu sehingga hancur seperti tepung .
  • Sesudah hancur seperti tepung ,jemuralah sehingga tepung beras itu benar-benar kering untuk mengelakkan ia membusuk .
  • Selepas tepung beras itu kering, kamu sudah siap untuk menggunakannya bila-bila masa sahaja.
  • Untuk mengguankannya , Ambil tepung beras secukupnya kemudian campurkan dengan sedikit air dan sapukan pada wajah kamu yang mempunyai jerawat itu.
  • Rawatan adalah ketika kamu mahu tidur dan di biarkan sehingga pagi.
  • Lakukan setiap hari untuk kesan yang terbaik. Dan lihatlah kesannya.






3) AIR BASUHAN BERAS

Air basuhan beras pertama juga boleh kamu gunakan untuk menghilangkan parut jerawat di wajah kamu.Cara ini telah lama di gunakan oleh wanita-wanita di jepun, mengamalkan air basuhan beras secara tradisional  untuk kecantikan kulit mereka .



Air basuhan beras di gunakan secara berterusan boleh menghaluskan kulit meratakan kulit dan membuatkan kulit menjadi putih gebu .



Caranya adalah , Ketika kamu mencuci beras untuk di masak , ambil air cucian yang pertama itu simpan di bekas. Ingat air cucian pertama ya, bukan kedua atau ketiga . Air cucian beras yang kamu simpan dalam bekas tu bolehlah kamu sapukan di wajah kamu . lakukan dua kali sehari untuk hasil yang cepat Dan lihatlah hasilnya .








4) SODA PENAIK 

Adakah kamu kenal bahan satu ini?. Di kenali juga sebagai baking soda, jika anda seorang yang selalu membuat kuih tentunya sangat kenal bahan ini . Jika kamu yang tidak mengenalinya ,boleh dapatkan di kedai runcit berhampiran kamu sebut sahaja " NAK SODA PENAIK " tuan kedai taulah tu. Harganya juga lumayan murah sekitar rm 3 hingga rm 5 sahaja . murah kan.


Cara mengunakannya mudah sahaja , ambil 1 atau 2 sudu teh soda penaik dan campurkan dengan air suam . Kemudian sapukan campuran ini di wajah kamu . Biarkan selama 10 minit kemudian cuci bersih dengan air  . lakukan hari-hari sehingga menampakkan hasil.








5) SAYUR TIMUN

Timun bukan sahaja untuk di jadikan sayur. Sayur ini juga selalu di gunakan untuk hilangkan keletihan mata atau eyebag dan mata panda "lingkaran hitam di mata".


Sebenarnya timun boleh kamu gunakan untuk merawat kesan jerawat pada wajah kamu . Sayur timun sangat kaya dengan vitamin A, Magnesium dan Vitamin C , Yang berfungsi melembapkan dan menghilangkan kesan jerawat seperti bintik hitam , berlubang  dan kulit yang tidak rata akibat jerawat .


Cara menggunakannya

  • Sediakan 1 timun dan dan hiris nipis sehingga kamu mendapatkan hirisan yang cukup untuk menutup kawasan wajah kamu yang rosak.
  • Hirisan tersebut kamu tampalkan di muka kamu, biarkan sekitar 30 minit dan kemudian bersihkan wajah dengan air , Rawatan adalah sebelum tidur dan lakukan setiap hari untuk hasil yang cepat.







 6) MINYAK ZAITUN

Minyak zaitun adalah bahan makanan yang banyak memberi manfaat kepada tubuh badan manusia.Minyak zaitun memberikan manfaat luar dan dalam kepada tubuh manusia jika di amalkan menjadi bahan makanan harian dengan mengambilnya 2 senduk sehari .



Minyak zaitun memilik vitamin yang sangan banyak seperti vitamin A,D,E,C,B,B1,B2,zat besi dan Antioksida ,selain itu minyak zaitun juga bersifat anti-radang. Banyaknya vitamin yang terkandung dalam minyak ini dapat mempercepat proses pemulihan kesan-kesan jerawat di wajah kamu . Anti-radang juga dapat di manfaatkan untuk mengawal pertumbuhan jerawat di wajah kamu.


Caranya ,panaskan sedikit minyak zaitun, ingat jangan terlalu panas , suam-suam sahaja, kamudian tekapkan kain di minyak tersebut dan kain itu kamu tutupkan di wajah kamu selama 5 minit . kemudian bersihkan muka kamu sehingga tiada lagi kesan minyak tertinggal . senang kan.



Cara hilangkan bekas  jerawat

  
 
7)  MADU

Yang terakhir bahan yang kamu boleh gunakan untuk menghilangkan kesan jerawat di wajah adalah dengan menggunakan madu . Mungkin kamu sedia maklum madu adalah raja makanan yang memiliki banyak khasiat  . Tapi jika kamu mahu menggunakan madu untuk rawatan wajah kamu, Pastikan dahulu madu itu adalah tulin tanpa bahan campuran .



Kamu boleh dapatkan madu asli di tamu mingguan atau pasar , kalau madu yang di kedai tu memang sukar mendapatkan yang asli .


cara menggunakannya adalah

  • Sediakan 1 senduk madu asli secukupnya
  • Kamudian urut di wajah kamu 
  • Biarkan selama satu malam


Catat Ulasan for "7 Cara hilangkan bekas jerawat di wajah . Berkesan dan kos murah !"