Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

7 cara hilangkan jerawat dengan pantas,berkesan,selamat dan mudah

 

petua tradisional hilangkan jerawat
petua-petua hilangkan jerawat Photo by Megan Bagshaw on Unsplash


Jerawat adalah satu masalah kulit yang sering terjadi pada kulit muka remaja , tetapi bukan bererti remaja saja yang mengelami masalah jerawat ini kadang-kala orang dewasa juga menghadapi masalah jerawat ini.


Memang menjadi igauan jika bangun sahaja dari tidur dan melihat cermin satu bonjolan merah dan bintik-bintik jerawat sudah muncul di wajah kamu, terutama wanita jika jerawat tumbuh di muka mereka pasti membuatkan mereka stress dan rasa percaya diri berada di khalayak ramai menurun.



Terdapat banyak punca jerawat boleh tumbuh di muka kamu ,tetapi kita tidak akan tuliskannya di artikel pada kali ini, kerana sudah kami tuliskan di artikel sebelum ini . Anda boleh baca artikel punca-punca jerawat tumbuh (tekan di sini) .



Hari ini kita akan menumpukan topik cara-cara untuk menghilangkan jerawat secara alami . Baiklah, apa sahaja bahan yang boleh kita gunakan untuk menghilangkan jerawat secara alami?. Teruskan membaca tulisan kami di bawah ini. Jika mendatangkan manfaat kepada anda ,jangan lupa artikel ini di share ok, Agar orang lain juga mendapat manfaatnya.





Cara Hilangkan Jerawat Dengan Cara Alami



1) BERAS

Bahan alami untuk menghilangkan jerawat adalah menggunakkan beras. Beras memang sudah lama di gunakan oleh masyarakat melayu untuk merawat kulit bejerawat. Selain menghilangkan jerawat beras juga dapat memutihkan dan menghaluskan kulit.


Beras yang di maksudkan untuk rawatan bukanlah beras yang masih sebutir-butir itu ya . Beras yang kami maksudkan adalah beras yang di rendam semalaman kemudian di tumbuk hancur lalu di jemur sekitar dua hingga tiga hari sehingga kering seperti tepung. Itu yang kami maksudkan .


Tepung yang sudah di proses kering tadi jika mahu menggunakkannya kamu campurlah sedikit iar pada tepung tadi ,jangan terlalu cair ,biarkan kental sikit. Kemudian tampalkan di muka ketika hendak tidur dan di biarkan sehingga pagi. Rawatan menggunakkan tepung ini biasanya akan menampakkan hasil selepas menggunakkannya satu minggu .






2) LIDAH BUAYA 

Lidah buaya atau di kenali dengan nama Aloe vera . Adalah satu bahan alami yang sangat terkenal untuk merawat masalah kulit termasuklah masalah jerawat . Lidah buaya sudah lama di gunakan secara trdisional dalam masyarakat melayu untuk mencantikkan kulit malah boleh juga di gunakan untuk merawat kulit yang terbakar dan memulihkan luka-luka ringan pada kulit.


Lidah buaya kaya dengan zat antibakteri,vitamin,mineral,protien,dan enzim baik yang di perlukan oleh badan dan kulit dalam proses penyembuhannya . Lidah buaya juga bersifat antibakteria,anti redang ,mengurangkan kesakitan ,menghilangkan parut dan merangsang pertumbuhan sel-sel baru pada kulit . 


Zat dan fungsi lidah buaya ini membuatkan tumbuhan ini amat berkesan untuk menyembuh dan menghilangkan jerawat .


cara penggunaanya juga amat mudah.

  • Ambil daun lidah buaya dan perah sehingga keluar gelnya
  • Kemudian sapukan gel tersebut pada kulit yang berjerawat
  • Biarkan selam 10 minit kemudian bersihkan wajah anda menggunakan air
  • Untuk kesan yang cepat, lakukan  dua kali sehari iaitu pagi dan malam sebelum anda tidur , Biasanya akan menampakkan hasil dalam satu minggu penggunaanya.





3) BAWANG PUTIH 

Cara hilangkan jerawat ketiga adalah dengan menggunakan bawang putih . Siapa yang tidak kenal bawang putih, bahan yang wajib ada di dapur setiap rakyat malaysia .


Bawang putih ternyata bukan hanya boleh di gunakan untuk masakan tetapi untuk merawat kulit berjerawat juga . Bawang putih memiliki kandungan anti bakteria dan anti viral yang dapat mencegah dan merawat jerawat pada wajah anda.


Bawang putih juga memiliki kandungan zat yang di namakan minyak atsiri yang jika di gunakan pada wajah dapat meneutralkan minyak berlebihan pada kulit wajah kamu , Perlu di ingatkan salah satu punca tumbuhnya jerawat pada wajah kamu adalah minyak wajah yang berlebihan.


Cara penggunaan rawatan bawang  putih ini mudah sahaja dalam  minit boleh siap.
  • Ambil 1 labu bawang putih
  • Kemudain tumbuk hancur bawang putih tersebut
  • Sesudah itu ,Sapukan bawang putih yang sudah di tumbuk hancur itu ke wajah anda yang berjerawat .
  • Biarkan selama 30 minit kemudian bersihkan wajah anda sehingga bersih .
  • Mungkin semasa menyapu bawang putih ini ke wajah anda , kamu akan berasa pedih dan perih .Jadi anda tahan sahaja rasa pedih itu ya .
  • Lakukan rawatan setiap hari dan di anjurkan melakukan satu kali sehari setiap pagi sehingga jerawat kamu beransur hilang.






4) JANGAN SENTUH WAJAH 

Banyak yang mengabaikan cara untuk menghilangkan jerawat yang satu ini , padahal sanagat penting dan untuk hilangkan jerawat pada wajah kamu . Jika ada jerawat tumbuh di wajah pasti sibuk di sentuh dan di garuk , hal ini sangat tidak baik untuk wajah anda sebenarnya .

Ketika wajah kamu di tumbuhi jerawat elakan untuk menyentuh jerawat tersebut . Jika anda kerap menyentuh jerawat, ia akan membuatkan jerawat semakin meradang dan parah.

Tangan kamu  berpotensi menjangkitkan bakteria baru pada wajah kamu dan menyebabkan munculnya jerawat-jerawat baru , Lagi-lagi ketika kamu menyentuh wajah kamu dengan tangan yang kotor . 






5) JANGAN PICIT JERAWAT

Ketidak sabaran kamu untuk menghilangkan jerawat pada wajah kamu dengan memicit jerawat tersebut sebenarnya memperburukkan lagi keadaan situasi jerawat pada wajah kamu .


Cecair dan darah yang keluar ketika kamu memicit jerawat kamu itu memiliki bakteri yang menyebabkan jerawat dan  pastinya akan terkena pada bahagian wajah yang tidak berjerawat . Hasilnya bahagian wajah yang tidak berjerawat itu pula di jangkiti dan tumbuh jerawat.






6) DAUN SIRIH

Daun sirih memiliki zat yang di namakan zat kimia aktif eugenol yang bersifat anti kulat yang dapat membantutkan pertumbuhan kuman dan bakteria penyebab jerawat pada wajah kamu . Dan juga daun sirih mempunyai zat anti septic yang dapat membunuh dengan cepat bakteri dan kuman penyebab jerawat.


Cara penggunaan daun sirih untuk merawat jerawat adalah seperti berikut.

  • Sediakan daun sirih secukupnya yang kamu rasa dapat menempel ke suluruh wajah kamu yang memilik jerawat.
  • Kemudian cuci sampai bersih dan tumbuh sehingga halus.
  • Setelah itu ,Tumbukan daun sirih yang sudah halus itu kamu campurkan dengan air hangat dan biarkan sehingga sejuk
  • Sesudah sejuk ,air campuran bersama sirih itu kamu sapukan di muka
  • Biarkan selama 5 hingga 10 minit kemudian bersihkan dengan air bersih
  • Lakukan rawatan dua kali sehari pagi dan malam ketika hendak tidur
  • Rawat selama seminggu hingga jerawat berkurang dan hilang.





7) JANGAN MAKEUP TEBAL

Hal yang biasa wanita lakukan ketika wajah mereka naik jerawat adalah dengan bermakeup terbal dan berlebihan  untuk menutup wajah mereka yang berjerawat.

Ketika wajah kamu di tumbuhi jerawat , wajah kamu akan bersifat sensitif . Bahan-bahan kimia yang terdapat pada makeup ini akan menyebabkan wajah kamu elergik dan menyebabkan tumbuhnya jerawat dengan lebih banyak dan cepat. Pembengkakan Jerawat yang sedia ada di muka kamu juga boleh terjadi.


Catat Ulasan for "7 cara hilangkan jerawat dengan pantas,berkesan,selamat dan mudah "