Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

7 Cara melatih dan mengajar anak berbicara cepat seawal baby

cara mengajar anak berbicara
cara melatih anak berbicara bercakap. Photo by Jonathan Borba on Unsplash






Cara Melatih dan Mengajar anak berbicara Cepat - Bayi biasanya akan mula menunjukan perkembanggan bercakapnya seawal usianya 9 bulan  jika tidak terdapat masalah kesihatan pada bayi tersebut . Pada usia ini bayi akan mula mengucapkan perkataan "mama" "papa" dengan lancar . Dan pada usia 12 hingga 15 bulan biasanya bayi akan mula menyebutkan lebih dari satu perkataan contohnya  "mama nak susu" "mama saya lapar".




Bagaimanapun perkembangan bercakap kanak-kanak adalah berbeza-beza . Ada kanak-kanak yang mula bercakap seawal 6 bulan hingga 9 bulan dan ada pula kanak kanak yang lewat sehingga umur 2 tahun baru mula belajar bercakap .




Sebenarnya perkembangan kanak-kanak untuk bercakap ini, di pengaruhi oleh usaha yang di lakukan oleh ibu-bapa kanak-kanak tersebut . Ibu-bapalah yang harus merangsang kebolehan percakapan  anak-anak ,dan usaha merangsang percakapan ini haruslah di lakukan sejak kanak-kanak itu masih bayi lagi .




Oleh itu, pada artikel kali ini kami akan berkongsi cara-cara melatih dan mengajar anak agar lebih cepat berbicara . Silakan baca artikel di bawah ini.




Cara Melatih Anak Bercakap Cepat 




1) SELALU BERBICARA DENGAN ANAK

Cara mengajar anak cepat berbicara yang pertama adalah dengan selalu berbicara dengan anak. Walaupun pada peringkat bayi masih berumur 9 bulan ,ibu dan bapa haruslah selalu berbicara dengannya .Walaupun bayi pada ketika itu belum boleh membalas percakapan kamu , tetapi pada peringkat umur bayi 9 bulan bayi akan mula memporses setiap perkataan yang kamu gunakan di saat bercakap di otak mereka dan akan meningkatkan kemampuan belajar bahasa anak anda .


Contoh Perbualan yang kamu boleh lakukan adalah .
Masa Bapa di depan baby : " Ada papa" "papa datang" "Papa pulang"
Apabila sewaktu mengisi botol susu : "susu habis" "isi susu" Baby nak susu"


Berkan perkataan-perkatan yang mudah dahulu. Kerana peringkat awal baby berbicara , ia akan mengucapkan perkataan mudah seperti "papa" "susu" "mama" iaitu perkataan yang kamu selalu ucapkan ketika berbicara .






2) PERKATAAN BERULANG 

Mengajar anak perkataan berulang adalah cara untuk mempercepat anak bercakap yang kamu boleh gunakan. Dengan menyebut sesuatu perkataan yang berulang-ulang akan membuatkan baby kamu mengingat perkataan itu dan memproses perkataan itu sebagai perkataan yang akan ia sebutkan ketika mula berbicara. 


Contohnya apabila suami kamu di depan baby kamu , sebutkan"PAPA" di depan baby kamu . Dan keesokan harinya ulangi lagi dan ulangi lagi ,walaupun agak memanatkan kamu tetapi perkara yang kamu lakukan ini membantu anak kamu dalam perkembangan bahasanya .







3) GUNAKAN BAHASA ISYARAT 

Bahasa isyarat yang di maksudkan di sini bukanlah bahasa isyarat yang di gunakan untuk orang bisu , tetapi bahasa isyarat yang di setakan dengan perbuatan dan sambil menunjukkan perbuatan tersebut pada baby kamu .


Contohnya ketika kamu mahu memberikan susu kepada anak kamu , Katakanlah "INI SUSU" "NAK SUSU NAK SUSU" sambil mengoncang-goncang botol susu itu di depannya  dan lakukanlah setiap kali anda memberikannya susu . Anak anda akan cepat memahaminya dan akan menambahkan perkataan itu di dalam kemahiran berbicaranya . Biasanya akan di mulai dengan "cucu" "nak cucu . Kalau tidak percaya anda cubalah sendiri pada baby anda , pasti berjaya .







4) NAMAKAN BENDA YANG DI TUNJUKNYA

Pada seawal umur 6 bulan hingga 8 bulan , baby akan mula berinteraksi dan berminta terhadap sesuatu. Biasanya si kecil ini akan menunjuk-nunjuk benda di sekelilingnya sebagai tanda ia berminat terhadap benda itu dan ingin menyentuhnya.


Kamu boleh mengambil kesempatan ini dengan menamakan setiap benda yang baby tunjuk dan lakukan perkara ini berulang-ulang setiap kali ia menunjukkan sesuatu . Jika ia menunjuk bapanya katakan "PAPA" jika ia menunjuk kucing sebutlah "KUCING" .Mudah sahaja kan ,ia sifat semula jadi manusia akan mengingat setiap benda yang di minati. Setiap perkataan yang kamu sebut akan mudah di proses oleh si kecil anda dan menambahkan kemahiran bahasanya, dan lagi jika si kecil itu menunjuk kamu , faham-faham sajalah, nak susu la tu hehe.







5) MEMBACA BUKU BERGAMBAR 

Cara ke lima untuk melatih anak kamu berbicara dengan lebih cepat dan lancar adalah membaca buku bergambar di depannya . Bacalah buku-buku yang terdapat di dalamnya berupa gambar-gambar simple yang ada di sekeliling kamu . Buku-buku jenis ini boleh kamu dapatkan di kedai-kedai buku dan kedai-kedai online seperti shopee dan lazada dan harganya lumayan murah sekitar 5 hingga 10 ringgit satu .


Cara membacanya , sebutkan nama benda yang ada di buku tersebut sambil menunjukan gambar  benda tersebut . Ini meningkatkan kemampuan menungkap perkataan dan mengenal benda kepada anak anda . Pembelajaran melalui pendengaran di tambah dengan visual memang berkesan untuk meningkatkan kemahiran anak bercakap dan cara ini sudah lama di gunakan oleh guru-guru di sekolah mengejar anak-anak yang lambat membaca dan mengenal.






 6) JANGAN BERIKAN ANAK TELEFON

Jangan letakkan tanggungjawab mengajar anak kamu pada telefon , telefon hanya mengajar anak kamu mengenal warna,angka dan huruf yang di paparkan di skren telefon . Telefon tidak akan mengajar anak anda kemahiran berbicara .


Pada asasnya, untuk melatih anak kamu bercakap adalah menerusi komunikasi langsung ,iaitu komunikasi antara kamu dan si bayi . Telefon tidak akan memberikan dan melatih anak kamu meningkatkan kemahiran bercakapnya kerana tidak berlakunya komunikasi langsung dan ekspresi.Anak kamu cuma menenung telefon dan seterusnya apa? 


Pendedahan gadget kepada anak anda di usia muda juga mendatangkan kesan yang amat buruk seperti kerosakan mata dan boleh juga anak kecanduan gadget . susah kamu nanti. 






7) BAWA ANAK ANDA BERJUMPA DOKTOR

Jika anda sudah mencuba sehabis mungkin untuk merangsang anak anda bercakap dan mengungkapkan satu perkataan sehingga usia 2 tahun , cepatlah bawa anak kamu itu ke doktor dengan kedar segara.


Di takuti terdapatnya masalah pada sistem pendengaran pada anak kamu yang membuatkan ia tidak dapan mendengar perkataan-perkataan yang kamu ajarkan padanya . Dan jika doktor mendapati memang ada masalah pada sistem pendangarannya, mintalah nasihat doktor bagaimana untuk merawatnya , pemerikasaan dan usaha mengobatinya pada peringkat awal amatlah sangat membantu. Jika masalah ini di selesaikan pastinya anak  anda akan mula berbicara.



Catat Ulasan for "7 Cara melatih dan mengajar anak berbicara cepat seawal baby "