Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

7 Cara menghalau lipas buat selamanya dari rumah kamu

Cara menghapuskan lipas
Cara mengusir kecoa  di rumah. Image by Erik Karits from Pixabay .


Cara Halau Dan Hapuskan Lipas Di Rumah - Lipas adalah serangga yang selalu ada di rumah, Walaupun hanya serangga kecil tetapi kehadirannya sangatlah menggangu dan di takuti oleh perempuan. Mau lari 10 km kalau perempuan nampak lipas. 



Biasanya ,tanda awal kehadiran lipas adalah bau yang di keluarkan oleh lipas itu, selalunya apabila mengemas barang dalam kotak akan muncul bau lipas , Itu menandakan ada lipas di rumah anda .

 

Dan tanda membiaknya lipas di rumah anda adalah terdapatnya telur lipas di lapisan-lapisan barang kamu, Telur lipas berbentuk lonjong,kecil dan berwarna coklat seperti tubuh lipas .Lipas betina dapat mengeluarkan 10-40 telur pada satu-satu waktu . Tempoh hidup lipas pula adalah selama 12 bulan, cukup lama untuk menghasilkan lipas di rumah anda.



Lipas sangat suka tinggal di dapur , mempunyai sumber air dan berhamiran tong sampah di rumah anda kerana memudahkan mereka mendapatkan makanan untuk bertahan hidup dan membiak.



Biasanya lipas sangat susah untuk kamu lihat di waktu siang melainkan kamu membongkar tempat persembunyiaanya . Antara Tempat persembunyaian yang di sukai lipas adalah:

  • Retakan dinding
  • Tempat sempit seperti belakang kabinet dapur
  • Perabot yang jarang di gunakan
  • Almari dapur
  • Saluran sinki
  • Bawah tong sampah
  • Bawah tikar yang tidak dipijak
  • Di bawah tong gas
  • Di dalam kotak berisi barang
  • Kotak pekakas pertukangan



Sebenarnya lipas sangat berbahaya untuk kesihatan manusia yang boleh mendatangkan sakit , Antara sakit yang boleh di sebabkan oleh lipas adalah:

  • Cirit birit
  • Asma
  • Keracunan makanan
  • Alahan Kulit
  • Disenteri 


Oleh kerana bahaya yang boleh di timbulkan oleh lipas ini kepada manusia, pada atrikel ini kami ingin kongsikan tips untuk menghalau lipas buat selama-lamanya dari rumah anda . Teruskan membaca di bawah.



Tips Menghapus dan Menghalau Lipas di rumah 




1) BERSIHKAN SISA MAKANAN

Lipas memerlukan makanan untuk terus hidup, tanpa  beralih ke tempat lain untuk mencari makanan. Oleh itu pastikan sisa makanan kamu jangan bertabur di lantai, jika ada segarlah kutip dan buang di tong sampah.


Tong sampah tempat pembuangan sisa makanan juga harus di tutup ,agar lipas tidak boleh masuk ke dalam tong sampah untuk mencari makan, Ketidak sediaan makanan akan membuatkan  berpindah dari rumah anda ke tempat lain untuk mendapatkan makanan.





2) BUANG BARANG TIDAK DI PAKAI

Jika kamu seorang yang mempunyai kebiasaan menyimpan barang-barang lama seperti majalah dan buku-buku lama yang tidak bergunba . Kamu harus membuang kebiasaan itu kerana lipas kalau terdesak sangat kertas dan debu boleh jadi santapannya .


Selain jadi makanan , majalah dan buku-buku lama di dalam kotak adalah tempat yang di gemari lipas untuk bersembunyi. Oleh itu dengan membuang barang-barang lama ini dari rumah anda, anda dapat menghapus tempat pesembunyian dan makanan lipas tersebut. tentulah lipas akan lari dari rumah anda dengan sendiri .





3) JANGAN ADA KELEMBAPAN

Lipas sangat suka rumah yang memiliki limpahan air dan lembap . Oleh itu jika terdapat paip bocor ataupun limpahan air di mana-mana di dalam rumah anda segaralah bersihkan dan baiki . Agar tidak menjadi sumber air kepada lipas .





4) PERANGKAP DENGAN SODA KUIH (PENGEMBANG TEPUNG)

Soda kuih di kenali juga sebagai pengembang tepung adalah bahan yang sangat selamat untuk digunakan untuk meracun lipas di rumah anda . kamu boleh mencapur soda kuih dengan makanan manis untuk mengumpan lipas keluar.


Ini kerana lipas sangat suka makanan berbau manis. Campurkan soda kuih dengan gula ataupu madu dengan nisbah 50% soda 50% makanan manis , pastinya lipas tidak akan ragu-ragu memakan perangkap itu.





5) MEMASANG PERANGKAP GETAH (STICKY TRAP)

Kamu boleh dapatkan perangkap getah di kedai dengan mudah, Kamu cakap sahaja perangkap lalat atau perangkap lipas pada pekerja kedai ,pasti mereka tahu.


 Letakkan perangkap di sudut-sudut rumah dan kawasan yang kamu syak ada bau lipas . Namun hati-hati letak perangkap gatah melekit , takut anak atau haiwan peliharaan kamu pula yang terkena.





6) PELIHARA KUCING 

Kucing sangat pantang melihat benda bergerak-gerak , kalau kucing melihat lipas bergerak tentunya kucing akan membunuh lipas . Tidak perlulah anda berjaga menunggu lipas keluar dari tempat persembunyian lagi kerna ada sudah yang ganti tugas kamu hehe.





7) PELIHARA AYAM

Tidak seperti kucing yang hanya membunuh lipas. Ayam bukan hanya membunuh namun terus makan. Sangatlah bagus pelihara ayam, tidak sempat lipas masuk ke rumah kamu, sudah jadi sentapan ayam.

Catat Ulasan for "7 Cara menghalau lipas buat selamanya dari rumah kamu"