Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

7 Ciri-ciri dan tanda kamu Mengalami Tekanan Darah Rendah

 

blood presure tekanan darah rendah
Photo by Mockup Graphics on Unsplash

Tekanan darah di dalam tubuh kamu sangat penting untuk memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan normal . Ada dua jenis  tekanan darah yang merbahaya kepada kelangsungan fungsi organ-organ penting di dalam tubuh manusia iaitu Tekanan darah tinggi dan Tekanan darah rendah.




Hari ini kami ingin menulis menganai ciri-ciri jika kamu terkena Tekanan darah rendah sahaja. Mungkin lain hari kami akan menulis mengenai tekanan darah tinggi pula . Oleh itu pastikan kamu mengikuti website kami untuk mendaptkan info-info tebaru tulisan kami .



Darah rendah atau hipotensi merupakaan keadaan di mana Jantung tidak dapat mempump darah yang cukup ke seluruh tubuh badan .



Terjadinya tekanan darah rendah di dalam tubuh kamu apabila bacaan meter penyukat tekanan darah menunjukkan tekanan darah kamu pada 90/60 mmHg. 




Pada ukuran tekanan darah sebegini bahagia-bahagian organ penting pada tubuh kamu seperti jantung,otak dan bahagian penting lain pada tubuh kamu tidak mendapatkan darah yang cukup.


Biasanya orang yang terkena tekanan darah rendah tidak menyedari mereka terkena penyakit ini sehinggalah keadaan mereka bertambah serius dan memerlukan rawatan lanjut di hospital 


Apa saja ciri-ciri dan tanda kamu terkena tekanan darah rendah ? Mari baca huraian kami di bawah ini.


Ciri Dan Tanda-Tanda Tekanan Darah Rendah






1)PENING DAN SAKIT KEPALA

Ciri pertama yang biasanya penghidap tekanan darah rendah rasai adalah pening dan sakit kepala .Ini di sebabkan aliran darah yang membawa oksigen ke otak tidak mencukupi yang menyebabkan otak stress dan dan berlakulah pening atau sakit kepala .


Normalnya pening dan sakit kepala ini akan pulih sendiri jika tidak berkaitan tekanan darah rendah. Bagi yang berkaitan tekanan darah rendah pula memerlukan biasanya 1 hari untuk pulih dan yang paling serius boleh membawa anda ke hospital.






2)PENGSAN

Tekanan darah rendah boleh membuatkan kamu pengsan secara tiba-tiba . Hal ini masih berkaitan otak yang tidak mendaptak oksigen yang secukupnya dari aliran darah .


Pengsan boleh berlaku di mana-mana sahaja samaada sewaktu berkerja,memandu atau beraktiviti . Sangat bahaya bukan?.




3)PANDANGAN MENJADI KABUR

Jika kamu bukan seorang yang rabun dan secara tiba-tiba pandangan kamu menjadi kabur secara tiba-tiba selama beberapa saat ,dan terjadi berulang kali dalam satu jam . Itu bererti kamu terkena tekanan darah rendah .


Hal ini boleh terjadi di saat kamu tidak melakukan pergarakan terlalu lama dan secara tiba-tiba kamu melakukan pergarakan. Contohnya duduk terlalu lama dan tiba-tiba kamu berdiri secara mengejut. Berdiri terlalu lama juga boleh mengakibatkan keadaan ini .





4) MUKA PUCAT 

Seseorang yang di serang tekanan darah rendah mukanya akan terlihat pucat kerana tidak cukupnya bakalan darah yang di pump ke otak dan bahagia-bahagian lain pada muka seperti kulit muka,telinga dan bibir.


Bibir akan kelihatan sedikit membiru kerana kurangnya aliran atau aliran darah tidak sampai ke area itu.





5)TUBUH TERASA SEJUK

Aliran darah yang normal biasanya akan menjalar ke seluruh jaringan saluran darah pada tubuh badan .


Tetapi apabila tekanan darah rendah berlaku hal itu tidak terjadi ataupun melambat . Hasilnya Badan akan tersa sejuk secara tiba-tiba di ikuti dengan keluarnya peluh yang banyak dari tubuh kamu.





6) DENYUT NADI LEMAH

Denyut nadi seseorang yang terkena tekanan darah rendah akan cenderung melemah dari biasanya terkedang  berdenyut normal terkedang berdenyut sangat perlahan . 


Ini kerana aliran darah di tubuh kamu tidak di salurkan dengan normal .


7) MUNTAH

Muntah yang secara tiba-tiba dan berulang kali merupakan ciri-ciri seseorang terkana tekanan darah rendah . 


Tubuh terasa penat ,lemas dan tidak bertanaga , Dalam hal yang palin serius kamu tidak boleh berdiri atas kedua kaki kamu .


Ini terjadi kerana Tidak cukup tenaga dan nutrisi yang dibawa oleh aliran darah menuju jantung,otak,kulit dan seluruh organ penting di tubuh kamu.



Catat Ulasan for "7 Ciri-ciri dan tanda kamu Mengalami Tekanan Darah Rendah"