Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

7 Khasiat Bawang Putih Untuk Kesihatan Yang Anda perlu Tahu

 

Khasiat dan manfaat bawang putih untuk kesihatan
Photo by Gaelle Marcel on Unsplash

Bawang putih adalah bahan yang tidak asing di dapur, Setiap masakan pasti di campur dengan bawang putih untuk menjadikan makanan lebih berasa dan beraroma .Rasanya yang khas menjadikan bahan ini tidak sah jika tidak di campur dalam masakan seharian.

Tahukah kamu bawang putih ini sebenarnya bukan sahaja berfungsi sebagai penambah rasa dalam masakan , Tetapi ternyata bawang putih juga mengandungi pelbagai khasiat yang bagus untuk penjagaan kesihatan .

Bawang putih sudah lama di amalkan di dalam masyarakat untuk penobatan tradisional, Biasanya bawang putih digunakan dalam mengatasi masalah jantung, sistem darah dan gatal-gatal pada kulit.

Tulisan kami pada hari ini akan menjelaskan khasiat bawang putih pada kesihatan. Silakan di baca , Mungkin anda boleh mengamalkannya dalam kehidupan seharian anda .


1)MENURUNKAN TEKANAN DARAH DAN KOLESTEROL TINGGI

Bawang putih terbukti dapat mengawal dan menurunkan tekanan darah tinggi dan kolesterol pada tubuh kamu. Hal ini terbukti dalam satu kajian yang di lakukan oleh Ankara university.

Dalam kajian yang di lakukan ankara university itu selama empat bulan . Mereka telah memberikan supliment ektrax bawang putih kepada pesakit yang mengalami tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi dan hasilnya pasakit itu beransur pulih. Takanan darah dan kolesterolnya mengalami penurunana dengan seimbang.


2)MENINGKATKAN KETAHANAN DAN KESIHATAN TULANG

Bawang putih yang di extrak menjadi suplimen memili kesan yang baik terhadap ketahanan dan kesihatan tulang wanita.

Sebuah kajian telah di jalankan pada seorang wanita monopause yang berhasil menamukan. Pengambilan suplimen extrak bawang putih setiap hari secara konsisten dapat menurunkan defisiensi  estrogen . 


3)MENGURANGKAN RISIKO KANSER PARU-PARU

Jika anda seorang yang suka memakan bawang putih mentah ,teruskan rutin anda itu kerana satu kajian yang di lakukan oleh jiangsu provincial for disease control and prevention  menemukan bahawa memakan bawang putih mentah sekurang-kurangnya dua kali dalam seminggu dapat menurunkan risiko kamu terkena kanser paru-paru sebanyak 44 peratus 


4)MENCEGAH KEROSAKAN HATI

Kerosakan hati biasanya di sebabkan oleh gaya hidup seseorang itu , seperti kebiasaan meminum minuman berakhol dengan dos tinggi dan dalam jangka yang panjang . Jika anda seorang yang seperti itu sebaiknya anda mengamalkan bawang putih untuk mencegah berlakunya kerosakan hati.

satu kajian yang di lakukan oleh shandong university di china, berjaya menemui kandungan diallul disulfide(DADS) yang terdapat dalam bawang putih berupaya melindungi hati dengan melawan stress oksidatif yang di sebabkan bahan etanol yang terdapt pada minuman berakohol.


5)MERAWAT JERAWAT

Jarawat adalah masalah yang biasa di alami oleh para ramaja  . Ia berbantuk bonjolan yang terbentuk di permukaan kulit.Jarawat di sebabkan oleh tindak balas bakteri di kulit anda. 

Tahukah anda bawang putih mempunyai sifat anti bakteria dan anti septik dari allicin. Allicin yang terdapat dalam bawang putih ini membantu untuk membunuh bakteria .


 6) MENCEGAH KELAHIRAN PRAMATANG

Biasanya kelahiran pramatang sering terjadi di sebabkan oleh adanya infeksi pada saat kehamilan. Bawang putih mempunyai zat antibikrobial yang dapat menghalang infeksi dan menurunkan risiko terjadinya kelahiran pramatang 


7) MENCEGAH SELESMA DAN DEMAM

Jika anda seorang yang selalu mengalami demam dan selesma ,cubalah amalkan memakan bawang putih mentah secara harian . Di samping dapat mencegah selesma dan demam . Bawang putih juga dapat mengurangkan tempoh selesma , seterusnya mempercepat proses penyembuhan anda.






Catat Ulasan for "7 Khasiat Bawang Putih Untuk Kesihatan Yang Anda perlu Tahu"