Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

7 Punca Berak Berdarah Dan Penyebabnya Yang Harus kamu Tahu

berak darah
Photo by Tony Mucci on Unsplash

Berak berdarah adalah keadaan di mana najis yang di keluarkan oleh tubuh mengandungi darah.Biasanya ini menjadi petanda anda menghidapi suatu penyakit ataupun masalah di seluran pencernaan kamu .



Berak berdarah ada pelbagai seperti ,Darah bercampur najis,Hanya coretan darah di najis,Darah keluar berasingan dengan najis dan Darah hanya trdapat pada tuala atau tisu tandas.



Jika kamu mengeluarkan najis berdarah kerap atau sekali-sekala sebaiknya kamu mendapatkan nasihat doktor untuk mengenal pasti masalah sebenar yang kamu hadapi.



Kerana ada banyak penyebab terjadinya berak berdarah dan tingkat keseriusan masalah itu juga pelbagai . Jika keseriusan mencapai tahap bahaya ,mungkin boleh mengancam nyawa jika tidak segara di rawat.



Baiklah apa sahaja penyebab dan punca berak berdarah boleh terjadi ? . Mari lanjutkan penerangan yang kami berikan di bawah ini . Jangan lupa di share jika mendatangkan manfaat kepada kamu ok.



Punca Berak Berdarah 




1) BUASIR

Buasir atau istilah dalam perubatan haemorrhoid Terjadi apabila terdapat luka pada pembulu darah di bahgian lubang dubur kamu . Biasanya ini terjadi jika kamu pernah mengalami sembelit .Jika kamu mengelami sembelit segeralah memakan makanan yang boleh mempercepat kamu membuang air besar seperti pisang.

Kerana jika sembelit terjadi biasanya akan di susuli dengan buasir kerana lubang dubur kamu yang luka akibat sembelit. 

Biasanya darah yang keluar akibat buasir adalah darah merah segar selepas membuang najis.




2) KOLITIS 

Kolitis adalah keradangan yang terjadi di saluran usus . Kolitis terjadi kerada adanya jangkitan kuman di dalam usus. Pola makanan yang tidak teratur juga mengalakkan terjadinya kolitis . 

Biasanya pesakit yang mengalami masalah ini akan mengeluarkan najis yang lembut kalau kamu tidak tahu apa itu najis lebut ia biasa di sebut CIRIT  yang seliputi dengan darah .




3)POLIP USUS

Seterusnya ,penyebab berak berdarah adalah terjadinya polip pada usus . Polip adalah sejenis ketumbuhan yang terjadi samaada di usus kecil ataupun besar. 

Semakin dekat polip ini dengan lubang buang najis kamu iaitu dubur semakin merah dan segar darah yang keluar bersama najis.

Polip Sangat merbahaya kerna berpotensi menjadi kenser usus . Berikut adalah faktor-faktor meningkatnya risiko  terjadinya polip usus .
  • Keradangan pada usus
  • Faktor keturunan
  • Berusia 50 tahun ke atas
  • Mengambil alkohol dan merokok
  • Kurang aktiviti pergerakan seperti bersenam
  • Obesiti
  • Diabetes tahap dua
  • Kadar gula dalam badan yang tinggi




4) KANSER USUS

Jika najis berdarah di sebabkan oleh kanser usus . Darah yang keluar tidak akan berasa sakit ketika kamu berak dan keadaanya, darah akan bercampur dengan najis .

Biasnya muncul simptom lain seperti kembung perut, ganguan pencernaan ,sakit perut, badan terasa lemah dan turunya berat badan secara tiba-tiba .





5) DIVERTIKULUM

Ialah poket-poket kecil ada di sekitar usus besar . Pasakit yang mengalami divertikulum akan memberkakkan darah sepenunhya , Pesakit akan berasa ingin berak tetapi yang keluar bukanlah najis tetapi darah segar .

Darah yang keluar ketika kamu mneghidap divertikulum adalah derah segar dan kedang kala darah beku yang berketul-ketul.





6) LUKA DI ANUS ( ANAL FISSURE)

Anal fissure terjadi akibat adanya luka-luka atau goresan  pada sekitar anus biasanya di sebabkan oleh sembelit . Akan mengakibatkan kamu kesakitan ketika berak .

Walaupun ia menyebabkan kesakitan , Kamu tidak perlu bimbang jika masalah ini yang kamu hadapi kerana ia hanya sementara, luka-luka tersebut akan pulih dengan sendirinya .





7) PENGAMBILAN UBAT

Berak berdarah juga boleh di sebabkan oleh pengambilan ubat tertentu, yang boleh mengakibatkan pendarahan seperti ubat pencair darah,wafarin dan aspirin.


Catat Ulasan for "7 Punca Berak Berdarah Dan Penyebabnya Yang Harus kamu Tahu"