Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

7 punca penyakit darah tinggi yang anda harus tahu dari SEKARANG

 

tekanan darah tinggi punca
Photo by Mufid Majnun on Unsplash

Penyakit darah tinggi adalah masalah kesihatan yang tidak mengenal umur dan jentina . Mengikut statistic satu orang daripada 3 orang dewasa berumur dari 18 tahun dan keatas di malaysia menghidapi hipertinisi atau penyakit darah tinggi.

Seramai 6.4 Juta rakyat malaysia dewasa mempunyai penyakit darah tinggi dan yang lebih teruk lagi sebahagian besar tidak mengetauhi mereka sedang menghidapi penyakit ini.


Melalui kenyataan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah iaitu ketua pengarah kesihatan di dalam majlis kesihatan dan  morbiditi kebangsaan 2019 . Dari 6.4 juta penghidap darah tinggi di malaysia, hanya 3.4 juta sahaja yang mengetauhi mereka sedang menghidap darah tinggi , Selebihnya tidak mengetauhinya .


Tekanan darah di tubuh manusia terjadi dan di operasikan oleh jantung, Apabila jantung anda berdenyut, Darah akan di pam ke seluruh badan melalui rangkaian saluran darah yang berada di seluruh bahgian tubuh kamu . Apabila Tekanan darah melebihi kadar yang normal dan selamat ia akan membahayakan tubuh dan organ dalaman manusia . Keadaan inilah yang di kenali sebagi tekanan darah tinggi.


Apa saja yang menyebabkan tekanan darah tinggi ini? mari lanjutkan baca penarangan yang kami tulis di bawah ini.


Punca Tekanan Darah Tinggi



1) GENETIK DAN KETURUNAN

Banyak sekali faktor penyakit yang di kaitkan dengan faktor Genetik dan keturunan dan darah tinggi adalah salah satu penyakit yang mungkin di sebabkan oleh genetik dalam tubuh kamu


Sesetengah pengkaji menyatakan bahawa genetik tertentu di dalam DNA manusia sangat berpengaruh menyebabkan hipertinsi kepada manusia.


 Untuk Mengubah genetik adalah amat mustahil di lakukan tetapi jika anda mengetauhi Orang terdekat anda seperti Nenek,Ibu,Bapa Ataupun adik beradik anda mempunyai penyakit ini, Sebaiknya Pergilah membuat pemeriksaan tekanana darah di hospital sekali sekala.




2) BERLEBIHAN BERAT BADAN

Berlebihan berat badan atau obesiti sememangnya membawa pelbagai penyakit dan salah satunya adalah Penyakit darah tinggi . 


Jika anda seorang yang obesiti , silalah membuat pemeriksaan tekanan darah, Jika Tiba-tiba di serang penyakit darah tinggi peringkat serius sangat buruk akibatnya dan boleh membawa maut.



3) GARAM BERLEBIHAN

Pengambilan garam secara terus ataupun pengambilan produk makanan diproses yang mengandungi kadar garam yang tinggi boleh meningkatkan risiko kamu terkena penyakit tekanan darah tinggi .


Pengambilan garam yang normal  dan sihat adalah pada kadar 1,500 miligram sahari , dan jika mengambilnya sehingga 3,400 sehari dan pengambilan garam yang berlebihan ini berterusan dalam jangka yang panjang boleh meningkatkan kemungkinan kamu terkena darah tinggi .


Bukan itu sahaja kamu juga berpotensi mengalami strok,masalah jantung dan kesihatan kronik lain jika  berterusan mengambil garam yang berlebihan .



4) PENGAMBILAN UBAT

Ubat mempunyai fungsi-fungsi tertentu  dan anda juga sesetengah ubat-ubatan tertentu yang ada kesan sampingan mengakibatkan darah tinggi jika di ambil.



5) BUAH PINGGANG

Buah pinggang berfungsi untuk menyingkirkan bahan buangan dan toksik badan ketika anda membuang air kecil(kencing).


Bagaimanapun buah pinggang yang tidak berfungsi secara normal tidak melakukan ini dengan baik dan gagal membuang toksid dari tubuh badan.


Kegagalan ini boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.



6) MEROKOK

Seperti yang anda sedia ketauhi, merokok mendatangkan banyak masalah kepada kesihatan tubuh badan manusia . Salah satunya adalah perokok boleh menghidap penyakit darah tinggi .

Semasa merokok tekanan darah akan naik sementara dan akan turun selepas itu . Turun dan naik tekanan darah ini berisiko untuk merosakkan arteri anda dan berisiko merosakkannya.



7) GAYA HIDUP YANG TIDAK SIHAT

Memiliki gaya hidup yang tidak sihat meningkatkan risiko anda terkena penyakit darah tinggi . Kurang bersenam,diet yang kurang seimbang dan tidak tidur yang mencukupi adalah antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan kamu menghidap tekanan darah tinggi .

oleh itu dari sekarang setidaknya bersenamlah 1 jam sehari, mengamalkan diet yang seimbang dan dapatkan tidur yang secukupnya setiap hari untuk menghidari terkena penyakit darah tinggi ini. 


Catat Ulasan for "7 punca penyakit darah tinggi yang anda harus tahu dari SEKARANG "