Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

7 Tips dan Cara belajar bermain gitar dengan cepat

 

Cara belajar bermain gitar
Cara bermain gitar. Image by Pexels from Pixabay 



Tips cepat belajar bemain gitar - Gitar adalah satu alat muzik yang sangat mudah untuk di pelajari. Ramai bintang-bintang youtube yang menjadi artis dengan menunjukkan kemahiran bermain gitar mereka di awal karya mereka. 



Gitar sering menjadi penghibur ketika melepak bersama kawan dan mampu menarik perhatian wanita jika lelaki yang memetiknya. Oleh itu banyak yang cuba belajar gitar tetapi gagal kerana mereka memetik gitar tanpa mempunyai ilmu pengetauan asas gitar.



Untuk cepat belajar bermain gitar , kamu harus paham apa yang kamu mainkan pada gitar tersebut jika kamu benar-benar ingin belajar . Tidak peduli berapa susahnya tingkat teknik gitar tersebut, anda harus juga memahaminya kerana inilah yang membuatkan anda mudah belajar mengembangkan teknik anda ketika memetik gitar. 


Berikut adalah tips dan cara belajar bermain gitar dengan cepat .





1) FOKUS KEPADA TEKNIK BARU 

Untuk mengembangkan kemampuan anda bermain gitar, jangan fokuskan latihan pada teknik petikan yang sudah sempurna kamu lakukan . Cubalah fokuskan kepada teknik yang lebih baru yang lebih mencabar , agar teknik memetik gitar anda berkembang dengan lebih cepat.

Kerna jika kamu fokuskan latihan kepada teknik yang kamu sudah hafal dan kuasai , Sampai bila-bila hanya teknik petikan gitar itu sahaja yang kamu tahu . Perkembangan bermain gitar kamu akan terhenti.






2) PELAJARI TEORI MUZIK

Ini adalah perkara asas yang anda perlu pelajari untuk belajar gitar, walaupun tujuan kamu bermain gitar hanya untuk hobi . Anda harus tahu nilai not, interbal, kord dan catatan nama di fretboard . Jika anda tahu asas ini, mudahlah kamu memetik gitar.






3) TETAPKAN APA YANG ANDA INGIN CAPAI

Tanpa menatapkan apa yang anda ingin capai dalam belajar bermain gitar adalah seperti perahu yang bebas hanyut di lautan tanpa tujuan. Anda harus tetapkan perkara-perkara yang anda ingin capai dalam bermain gitar, contohnya belajar bermain gitar lagu-lagi tertentu . Jadi anda tetapkanlah niat untuk mencapainya. Dengan menetapkan capaian anda , kamu akan lebih bersemangat belajar bermain gitar.






4) BELAJAR DENGAN RAKAN YANG MAHIR BERMAIN GITAR

Untuk belajar bermain gitar dengan cepat, Kamu harus belajar dari mereka yang sudah pandai dan lebih berpengalaman bermain gitar . Tanyakan kepada mereka, pengalaman  pertama kali mereka bermain gitar, teknik yang mereka lakukan dan sentiasa memerhatikan jari-jari mereka ketika mereka bermain gitar dan cubalah meniru apa yang mereka mainkan.






5) DAPATKAN GURU

Kebiasaanya ,bila seseorang mahu belajar bermain gitar, mereka akan belajar sendiri-sendiri. Inilah yang membuatkan mereka gagal belajar bermain gitar. Jika kamu berkemampuan dapatkanlah seorang guru gitar yang dapat membimbing anda belajar gitar dan memehami teknik-teknik dalam bermain gitar yang betul.






6) MENGAJAR ORANG LAIN

Mengajar orang lain bermain gitar akan mengembangkan teknik anda kepada satu tahap yang baru . Apabila anda di tanya mengenai teknik yang baru , ini akan membuka fikiran anda dan mengembangkan teknik belajar gitar yang baru . 






7) MENDENGAR MUZIK BERBEZA

Mendengar dan memainkan gaya muzik yang sama setiap hari akan memperlahankan anda belajar teknik gitar baru . Oleh itu , Dengarkanlah gaya muzik yang baru dan cubalah mainkan gaya muzik yang anda baru dengar tersebut.


Catat Ulasan for "7 Tips dan Cara belajar bermain gitar dengan cepat"