Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

8 cara hilangkan gastrik yang berkesan

 

cara merawat gastrik
Tips Mengatasi Gastrisis atau asam lambung . Photo by Cristian Newman on Unsplash




Cara Merawat Gastrik (Gastrisis) - Gastrik atau di kenali juga sebagai pedih ulu hati,apabila menghidap gastrik ,tanda awal yang akan kamu alami adalah pedih ulu-hati dan sakit perut yang sangat teruk. Gastrik ini terjadi apabila terdapatnya keradangan pada lapisan perut.



Gastrik biasanya akan menyerang secara tiba-tiba ,gastrik ini di kenali sebagai "gastrik akut" dan ada pula gastrik yang akan berlaku dalam jangka masa yang lama dan berulang-ulang, gastrik ini di kenali sebagai "gastrik kronik". 



Antara dua jenis gastrik ini, Gastrik kronik adalah yang anda harus lebih berhati-hati kerana boleh menyebabkan ulser perut serta meningkatkan risiko anda mendapat kanser perut . Namun merawat gastrik bukanlah sesuatu yang susah di lakukan sekiranya anda merawatnya pada peringkat awal .



Selain sakit perut dan sakit ulu hati terdapat beberapa simptom lain yang menandakan anda sedang mendapat sakit gastrik antaranya adalah :



Tanda-Tanda Gastrik
  • Pedih ulu hati 
  • Ketidakhadaman(boleh di lihat melalui najis dan muntah ,makanan masih utuh menandakan makanan itu tidak di hadam)
  • Loya
  • Muntah
  • Hilang selera makan
  • Hilang tenaga badan
  • Sendawa 
  • Rasa panas di bahagian perut
  • Najis berwana gelap 
  • Muntah yang di keluarkan terdapat bahan yang kelihatan seperti kopi yang di kisar
  • Muntah yang di keluarkan terdapat lendir kuning dan pahit



Kebanyakan mereka yang di serang gastrik akan dapat meredakkannya dan mengobatinya sendiri di rumah kerana untuk merawat gastrik amatlah mudah . Tetapi bagi mereka yang gastriknya serius atau "gastrik kronik " yang berulang-ulang bolehlah dapatkan nasihat dan rawatan doktor untuk tindakan lanjut .



Pada hari ini kami akan kongsikan tips dan cara yang anda boleh kamu  gunakan untuk merawat gastrik di rumah tanpa ubat modern dan cara ini amat berkesan kerana penulis juga pernah menghidap gastrik kronik dan sekarang alhamdulillah sudah tidak lagi berkat mengamalkan cara-cara ini .



Baiklah apa saja cara untuk merawat gastrik . Silakan baca di bawah ini . Jangan lupa share untuk manfaat bersama . Tombol share ada di bawah tu jer ,ok.





Cara Hilangkan Gastrik 



1) BAWANG PUTIH 

Bakteria H.pylori adalah bakteria yang selalunya menyebabkan gastrik di saluran pencernaan dan setidaknya 50 persen populasi dunia memiliki bakteria H.pyloria di perut mereka . Satu kajian yang di terbitkan di dalam jurnal FEMS Immunol Med Microbiol pada tahun 1996 menunjukan bahawa mengambil ekstrak bawang putih dapat membunuh langsung bakteria H.pylori secara efektif dan selamat .


Perlu anda tahu bawang putih mengandungi zat anti-bakteri yang membuatkan barang dapur yang satu ini sangatlah membantu untuk hilangkan gastrik dengan hilangkan penyebabnya.


Cara penngunaan bawang putih sebagai rawatan gastrik adalah sangat mudah seperti : 
  • Sediakan bawang putih mentah dan bersihkan 
  • Hancurkan bawang pituh tersebut sehingga mengeluarkan jusnya
  • Jus yang di keluarkan bawang putih itulah yang kamu minum terus
  • Cukup 1 seduk teh sahaja untuk penggunaanya






2) TEH

Untuk melegakan dan menghilangkan gastrik kamu boleh menggunakan teh sebagai rawatan di rumah , Teh yang kamu minum itu mestilah kosong dan tidak di campur dengan bahan lain seperti gula dan susu . Jika kamu mengambilnya di campur dengan bahan lain dikhuatiri khasiatnya hilang pula.


Di dalam teh terdapat zat yang di sebut "Polyphenols dan flavovoid" yang membantu meredakan redang perut. Untuk anda yang sering mengalami gastrik ,bolehlah amalkan meminum teh kosong setiap malam ketika anda mahu tidur.






3) BUNGA CENGIH

Rempah yang biasanya menjadi barang wajib di dapur-dapur rakyat malaysia ini adalah rempah yang sangat berkesan menyembuhkan gastrik berserta simptomnya.


Bunga cengih sudah lama di gunakan secara tradisional dalam masyarakat melayu untuk merawat pelbagai masalah pencernaan dan perut ,antaranya adalah kembung perut, gastrik,sakit perut dan sembelit .


Cara penggunaanya adalah:

  • Sediakan bunga cengkih
  • Tumbuk bunga cengkih sehingga menjadi serbuk
  • Jumlah untuk rawatan yang baik adalah satu sudu teh serbuk bunga cengkih
  • Makan serbuk bunga cengih 
  • Boleh amalkan sekali sehari untuk rawatan berterusan

Bunga cengkih dapat merangsang asid penghadaman dan melancarkan proses mencerna makanan  untuk mencegah keasidan dan membuang  gas yang terkupul dalam perut dan badan.







4) BERHENTI MEROKOK

Jika anda seorang perokok dan sering di serang gastrik, eloklah berhenti merokok secepatnya untuk mengelakkan gastrik anda menjadi serius dan bertukar menjadi penyakit yang lebih serius dan sukar di obati .


Umumnya merokok menyebabkan pelbagai keburukan pada tubuh badan. Kesan merokok pada perut pula adalah meningkatkan asid dalam perut, meningkatkan gas dalam perut , dan menyebabkan penyembuhan luka dalam perut melambat yang boleh meningkatkan risiko anda mendapat kanser perut. 





5) JANGAN SKIP MAKAN

Bagi anda yang selalu skip makan atau tidak makan dalam sehari , Adalah tidak menjadi kehairanan jika kamu sering di serang gastrik kerana salah satu penyebab gastrik adalah tidak terdapat makanan dalam perut yang boleh di hadam.


Asid penghadaman akan sentiasa di keluarkan di dalam perut kamu, dan jika kamu tidak makan, asid yang berada dalam perut kamu ini akan mula menghakis perut dan kalau sudah terhakis mestilah terjadinya kesakitan kan keredangan perut.Seterusnya terjadilah gastrik.


Sebab itulah mengapa, walaupun anda malas makan atau sedang berdiet , makanlah sedikit walaupun hanya hidangan kecil seperti kuih . Makan secara teratur 3 kali sehari dan makan hidangan kecil seperti kuih 4-5 kali sehari di sarankan untuk mereka yang sering terkena gastrik untuk menghilangkan dan merawat gastrik berulang .






6) JANGAN MAKAN PEDAS

Jika anda seorang dengan kebiasaan wajib mengambil pedas dalam makanan ,harus hentikan kebiasaan itu atau jangan lakukan secara kerap kerana makanan pedas dan berasid mampu melukakan perut anda jika di ambil secara berterusan dan kerap .

Dengan menghentikan sementara waktu pengambilan makanan pedas boleh memberikan perut anda masa untuk pulih dan sembuh. Automatik gastrik yang selalu menyerang anda juga akan hilang.






7) BOTOL AIR PANAS

Ketika kamu terbaring bergulin-guling atas katil tu bolehlah menggunakan botol panas untuk meredakan dan menghilangkan kesakitan perut akibat gastrik. Namun pastikan botol tidak terlalu panas untuk mengelakkan kerosakan kulit , seeloknya botol panas tersebut di balut dengan kain untuk mendapatkan panas yang selesa dan sesuai di letakkan di perut .


Kamu boleh gunakan botol kaca bekas sos atau botol apa saja asal kaca, jangan gunakan botol plastik nanti kecut dan pecah pula botol plastik tu , masalh lain pula yang timbul.






8) DAPATKAN UBAT  GASTRIK DI FERMASI

Ini adalah cara terakhir yang anda boleh lakukan jika gastrik tidak kunjung hilang setelah mengamalkan perkara di atas , Tetapi jarang gastrik tidak hilang setelah mengamalkan cara-cara di atas . 


Di fermasi terdapat ubat yang boleh melegakan kesakitan gastrik , biasnya akan berbentuk tablet dan harganya tidaklah mahal sangat dalam 10 hingg 15 ringgit saja .Cakap jer dekat perkerja fermasi nak ubat gastrik ,mereka tahulah tu .





PUNCA GASTRIK


Sebelum mengakhiri tulisan adalah lebih baik jika kami menyertai sekali faktor dan punca gastrik. Agar boleh anda berwaspada untuk elakkan gastrik


  1. Pengambilan makanan pedas yang kerap
  2. Minum minuman berakohol berlebihan
  3. Tidak makan,tidak serapan
  4. Ubat penahan sakit ( paracetamol)
  5. Jangkitan bakteria Helicobacter pylori
  6. Penggunaan ubat anti redang(NSAIDs) dalam tempoh yang lama 
  7. Penyakit autoimmune
  8. Merokok
  9. Stres dan tertekan
  10. Pengambilan makanan terlalu panas


Catat Ulasan for "8 cara hilangkan gastrik yang berkesan"