Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

8 Cara membungakan dan membuahkan durian yang tidak berbuah

 

cara memaksa durian berbuah
Cara memaksa durian berbuah Photo by Jonny Clow on Unsplash




Cara Membungakan dan Membuahkan Durian - Motif utama menanam buah  durian adalah untuk menikmati buahnya secara free . Kerana buah durian sekarang bukanlah murah ,sekilo durian ada yang menjangkau harga sehingga 30- 90 ringgti ,sangatlah mahal .



Berikutan harga durian yang sangat mahal, pilihan yang terbaik adalah dengan menanam durian sendiri . Tapi malangnya ada sesetengah kejadian pokok durian yang di tanam tidak mengeluarkan buah walaupun sudah mencecah tempoh matang 5 hingga 10 tahun . Perkara ini adalah biasa terjadi kepada apa sahaja pokok buah yang belum pernah mengelurakan buah.



Namun jangan risau di sini kami ingin kongsikan cara untuk membungakan dan membuahkan pokok durian dengan cepat malah jika anda bernasib baik , Pokok yang di paksa untuk menghasilkan bunga dan buah ini akan berbuah di luar musim .



Sebelum memaksa durian berbuah . Ada beberapa syarat yang harus di penuhi untuk mengelakkan kerosakkan dan kematian pada pokok durian semasa proses paksaan iaitu :


  1. Tanaman yang anda ingin paksa berbuah haruslah cukup umur ,memaksa durian yang tidak cukup umur adalah sia-sia dan berpotensi mematikan pokok durian
  2. Pokok durian haruslah dalam keadaan subur . Bagaimana melihat kesuburan durian? Durian yang subur mempunyai dahan yang banyak , daun berwarna hijau berkilat.
  3. Tidak berpenyakit atau sedang di serang serangga perosak seperti anai-anai dan hama
  4. Pokok sudah berhenti berkembang  tahun itu , Kamu dapat melihat pemberhantian perkembangan ini dengan tiada tunas baru yang muncul dan daun baru yang tumbuh.


Sesudah pokok memenuhi ciri-ciri di atas barulah, selamat untuk pokok durian melakukan paksaan berbuah . Sebenarnya teknik yang bakal kami kongsikan ini sudahpun di amalkan sejak zaman berzaman , mungkin kamu bukan orang kampung , itu sebabnya kamu tidak mengetauhi teknik ini . kalau orang kampung memang tahu .




Cara membuahkan pohon durian






1) TEKNIK PAGKASAN DAHAN 

Teknik untuk memaksa pohon durian berbuah ini adalah dengan pemangkasan ranting dan dahan pohon durian sehingga  dahan dan ranting pokok durian tinggal sedikit. Dengan teknik pemangkasan ini , pohon durian akan menjadi stress, berasa seperti inigin di matikan, biasanya pohon durian akan berbunga untuk menghasilkan benih penerusnya.




2) LUKAKAN POHON

Cara untuk membuahkan pohon durian yang kedua adalah dengan melukai kulit pokok durian . Melukai pokok durian boleh di lakukan dengan pelbagai bahan  seperti :

  • Melukai dengan menggunakan paku, memaku sekitar 15 hingga 20 paku di atas pokok durian.
  • Melukai dengan menggunakan parang .Tetak kulit durian sekitar 20 hingga 30 tetakan di tempat berlainan pada kulit durian. Jumlah tetakan bergantung kepada saiz pokok durian.
  • Melukai dengan mengunakan tukul. Teknik melukai ini adalah dengan menukul-nukul kulit durian sehingga luka, di tempat-tempat berlainan.




3) PENGERINGAN POHON

Teknik pengeringan ini biasanya di lakukan pada pokok bunga kertas untuk memaksa  bunga itu megeluarkan bunga. Teknik pengeringan sebenarnya boleh juga di lakukan pada pohon durian. Caranya adalah , jangan menyiram pohon durian  dalam jangka waktu tertentu , sehingga pohon durian layu seperti ingin mati.


Sesudah durian layu , Siramlah pohon durian secara tiba-tiba dengan air yang banyak di pangkal pohon durian dan keseluruhan jaringan akarnya . 





4) KELAR DAHAN 

Cara  ke empat untuk membuahkan durian adalah  dengan melakukan kelaran pada dahan-dahan pokok durian . Caranya amat mudah . Cukup buat kelaran bulatan yang bertemu dari 1 sisi ke satu sisi  pada dahan-dahan pokok durian dan  saiz lebar kelaran sekitar 2 ke 4 cm sahaja jangan terlalu lebar.





5) IKAT POHON

Teknik mengikat pohon durian adalah untuk memperlahankan proses fotosentis pada pada pohon durian ,yang membuatkan pokok durian menjadi stress dan mengeluarkan bungga . 


Bahan ikatan adalah dengan menggunakan dawai . Dawai itu di ikat pada setiap pangkal dahan pokok durian yang mempunyai daun di mana proses fotosentis terjadi . Ikatan haruslah di lakukan dengan ketat , jika longgar teknik ini tidak akan menjadi.











Di antara 5 teknik paksaan pokok durian ini, kamu hanya perlu memilih satu daripada lima. Jangan lakukan kelima-lima teknik dalam 1 pokok ,itu namanya membunuh pokok tu hehe .



Baiklah selain teknik- teknik di atas , ada beberapa patua tradisional orang melayu dahulu lakukan untuk mengalakkan pokok buah menggeluarkan buah ,yang mungkin kamu berminat prkatikkannya. antaranya adalah:


Petua pohon durian berbuah 




1) MENGUGUT POKOK DURIAN 

Jika kamu seorang yang biasa dengan bidang buah-buahan pastinya anda pernah melalui pengalaman apabila kamu berniat untuk menebang satu pohon buah. Kamu berkata " jika kau tidak berbuah musim ni aku tebang kau" di depan pohon tersebut . Secara tiba-tiba apabila musim buah , pohon yang di ugut itu mengeluarkan bunga dan berbuah . Inilah yang di namakan mengugut pokok buah.





2) MENGANTUNG KULIT

Petua menggantung kulit buah adalah dengan mengantung kulit buah yang sama jenis pada pohon buah yang tidak mengeluarkan buah . Ingat kulit buah yang di gantung tu mestilah sama jenis jangan berlainan jenis pula. Takan pokok nangka kau pi gantung kulit durian pula. 





3) MENGANTUNG BRA TERPAKAI 

Kalau dah nama petua tu, memang sukar di jelaskan dengan sains dan akal yang sihat  . Tetapi teknik ini memang sangat berkesan untuk mengalakkan pohon buah mengeluarkan bunga . Selain itu petua ini di percayai depat meningkatkan kelekatan bunga pohon buah .

Bra yang di gantung pada pohon itu mestilah bra terpakai dan ada bau-bau badan sikit. Kalau bra baru bau kedai , takdanya durian tu nak berbuah .





Catat Ulasan for "8 Cara membungakan dan membuahkan durian yang tidak berbuah"