Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

8 Cara rumah harum dengan mudah dan JIMAT

 

cara harumkan rumah
cara harumkan rumah. Photo by Anna Sullivan on Unsplash






Cara Harumkan Rumah - Di masa penularan virus covid-19 ini banyak antara kita yang menghabiskan masa di rumah akibat "perintah kawalan pergarakan" PKP 3.0 yang sudah memasuki kali ke tiga sekarang.



Di saat menghabiskan masa di rumah pastinya akan berasa tidak selesa apabila rumah kamu mengeluarkan bau yang tidak selesa dan menyengat di hidung . Walaupun anda rajin mengemas rumah dan spray pewangi tetapi masih saja rumah anda mengeluarkan bau yang kurang enak.




Sebenarnya mengemas rumah tidak cukup efektif untuk mengelakan rumah anda berbau . Sumber-sumber bau ini perlu di buang terlebih dahulu jika tidak, serajin manapun anda mengemas rumah tetap tidak akan mendatangkan hasil .




Baiklah di bawah ini kami kongsikan cara untuk harumkan rumah yang mungkin anda boleh amalkan sehari . Kebetulan anda terkurung di rumah tu , bolehlah sibukkan diri tu dengan cara-cara mengharumkan rumah yang kami kongsikan ini. Untuk keselesaan anda dan ahli keluarga anda juga bukan untuk lain.




Baiklah apa saja cara untuk mengharumkan rumah. mari baca cara-cara yang kami kongsikan di bawah ini.



Tips Harumkan Rumah




1) BUKA TINGKAP

Cara pertama untuk Mengharumkan rumah anda adalah dengan membuka tingkap . Tingkap yang tertutup rapat membuatkan bau-bau bahan masakan,bau kasut ,bauk ikan dan hal-hal lain yang mengeluarkan bau terperangkap di dalam rumah . Apabila bau ini sudah terperangkap pastinya akan merayap ke seluruh rumah anda.


Oleh itu untuk mengelakkan bau ini terkurung , Tingkap di rumah anda haruslah di buka . Ini adalah agar bau itu dapat keluar dan dapat di gantikan dengan udara yang segar dari luar.






2) BESMI PENYEBAB BAU

Untuk membuat rumah anda kekal wangi dan harum apabila anda menyembur pewangi ,sumber bau-bau yang ada di rumah anda haruslah di selesaikan dahulu . Jika anda mempunyai tong sampah di dalam rumah . Pastikan anda membersihkan tong sampah sekali sehari atau 2 hari sekali .



Perpaduan bau  bahan-bahan seperti kulit buah-buahan, bekas plastik ikan dan sebagainya sememangnya akan mengelurakan bau yang busuk kerana mengalami proses peraputan . Oleh itu haruslah membersihkannya selalu , jika tidak sekerap manapun anda mengemas rumah dan menyembur pewangi ,tatap saja rumah anda kekal berbau.






3) TUTUP RAPAT TANDAS DAN BILIK MANDI

Cara ke tiga untuk mengharumkan rumah anda adalah dengan tutup rapat tandas dan bilik mandi . Jika anda mempunyai tandas dan bilik mandi di rumah , Kedua-dua ruangan ini haruslah di tutup rapat jangan di biarkan pintunya terbuka . Terkedang dua bilik ini menjadi punca munculnya bau kurang enak di rumah . 



Kotoran-kotoran yang terperangkap di saluran pembuangan air di dalam tandas dan bilik mandi boleh menjadi punca bau ini terjadi , dan bau ini boleh belegar di dalam rumah apabila pintu tidak di tutup rapat . Bagi tandas pula, sudah sedia maklum pastinya bau tai dan kencing pastinya akan kekal di tandas walau sudah di pump airnya , tutup saja pintu tandas tiadalah baunya keluar . mudah saja kan.






4) MEMBERSIHKAN KARPET/ PERMAIDANI

Sedar atau tidak karpet boleh menyebabkan bau di rumah anda. Walau semahal manapun karpet itu tetap juga akan mengelurakan bau jika anda tidak rajin membersihkannya . Lembapan dari kaki anda tumpahan makanan dan kotoran-kotoran haiwan yang jatuh di karpet menyebabkan karpet menjadi lembab dan dan mengelurkan bau.



Cara mudah untuk menghilangkan lembapan dan bau yang berada di karpet ini adalah dengan menaburkan soda kuih "pengembang kue " ke seluruh bahagian karpet dan biarkan selama 1 jam, agar soda kuih itu dapat menyerap lembapan dan sumber bau di karpet tersebut .



Setelah itu bolehlah sedut soda itu dengan mesin penyedot debu . Cara kedua untuk membersihkan karpet adalah dengan menjemurnya di bawah matahari , itupun jika anda rajin dan mampu, kerana biasanya karpet di tindih dengan barang-barang berat seperti sofa dan meja sofa .







5) WANGIKAN SOFA DAN KUSYEN

Sofa dan kusyen adalah dua barang rumah yang sering kamu gunakan di rumah , dua barang ini boleh mengeluarkan bau masam sebenarnya . Bayangkan contoh , Selepas berpeluh dari luar rumah ,selepas mandi, makan di sofa , pastinya akan ada peluh ,bekas makanan dan kotoran yang akan melakat di sofa dan kusyen ini .



Lama-kelamaan sofa dan kusyen ini akan mengelurakan bau masam dan kurang menyenangkan .untuk membuang bau ini bolehlah lap dan semburkan 2 barang ini dengan pewangi berasakan lemon. Pewangi berasaskan lemon boleh meneutralkan bau yang berada di kain dan juga wanginya bertahan lama.







6) PEWANGI GANTUNG

Cara wangikan rumah kekal dan berkesan adalah dengan menggantung pewangi pada rumah anda .Jika anda tidak tau pewangi gantung ini apa, ala pewangi yang selalu kamu gantung di dalam kereta tu , itulah pewangi gantung yang kami maksudkan ,boleh kamu dapatkan pewangi gantung versi rumah di kedai DIY atau supermarket di bahagian sabun, pasti ada . Harganya juga lumayan murah berbanding pewangi spry , biasa berharga sekitar rm 2 hingga 5 ringgit sahaja dan penggunaanya boleh sehingga 30 hari . jimat kan .


Kenapa kami sarankan menggunakan pewangi  gantung berbanding pewangi spry adalah . Pewangi spry sangat boros dan keberkesanan wanginya hanya bertahan sekitar 30 minit hingga 1 jam selepas kamu menyemburnya sahaja , selepas itu kamu harus sembur semula pewangi itu untuk mendapatkan wangian semula .Kerja yang balik-balik dan membuang masa.







7) TUMBUHAN WANGI

Menampatkan tumbuhan wangi di rumah anda boleh membuatkan rumah anda mempunyai bau yang harum berkekalan . Bunga wangi yang di keluarkan bunga akan bertahan sepanjang waktu selagi bunga itu masih ada , selain itu dapatlah anda menjimatkan duit membeli pewangi  kerana pewangi yang di keluarkan oleh bunga ini adalah semua jadi dan free.



Antara bunga yang mengeluarkan bau wangi adalah  pokok palm,angerik, lili,lavender, geranium dan melati .







8) PENYEGAR UDARA 

Jika anda seorang yang berkemampuan dan tidak kesah bill elektirk yang meningkat bolehlah beli penyegar udara untuk menyegarkan rumah dan mengeluarkan bau yang kurang enak di dalam rumah .



Dengan memasang penyegar udara udara busuk akan di keluarkan dan di ganti dengan udara segar dari luar rumah .





#segarkan rumah #harumkan rumah  #wangikan rumah # rumah fresh # Tips Untuk # rumah parmenant wangi 

Catat Ulasan for "8 Cara rumah harum dengan mudah dan JIMAT"