Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

8 Khasiat minyak zaitun Untuk Kesihatan

 

khasiat minyak zaitun
Photo by Roberta Sorge on Unsplash

Minyak zaitu di hasilkan melalui perahan buah zaitun atau nama saintifiknya ( olea europeae). Minyak zaitun bukanlah ubat tetapi Ia adalah sejenis makanan yang mengandungi pelbagai khasiat yang berguna untuk kesihatan tubuh badan manusia .


Pokok zaitun di tanam secara tradisional di rantau madeterranean seperti turki,sepanyol ,marocco itali dan tunisia .


Oleh kerana tingginya  khasiat yang di peroleh dari minyak zaitun ini ,Ia di gunakan secara meluas dalam bidang kecantikan , Kosmetik ,perubatan ,masakan dan di gunakan sebagai bahan membuat sabun.


Kini terdapat pelbagai jenis minyak zaitun di pasaran antaranya minyak zaitun asli organik, Minyak zaitun asli,Minyak zaitun Biasa/murni dan Minyak zaitun ringan dan halus.


Baiklah seperti tajuk di atas , Apa sahaja khasiat minyak zaitun ini untuk tubuh badan manusia ? Teruskan membaca penerangan yang kami tuliskan di bawah ini .


Khasiat Minyak Zaitun



1) SIHATKAN JANTUNG

Khasiat pertama minyak zaitun adalah sihatkan jantung , Di dalam minyak zaitun terdapat zat yang di kenali sabagai polifenol yang mempunyai anti oksidan yang tinggi .


Zat ini bertindak mengurangkan redang di tubuh kamu . Keredangan di tubuh badan sebenarnya adalah perkara biasa sebagai tindak balas tubuh badan untuk membaiki tubuh badan . Namun keredangan yang berlebihan sangatlah tidak baik saluran arteri dan sangat membahayakan ,ia boleh mengakibatkan penyakit jantung .

 


2) MENCEGAH PENYAKIT ALZHEIMER

Pengambilan minyak zaitun yang berterusan boleh mencegah penyakit alzheimer . Minyak zaitun berkemampuan untuk menghapus dan menghilangkan plak beta-amyloid yang di percayai boleh menyebabkan munculnya penyakit Alzheimer.


Dalam kajian persatuan kimia amerika , Mereka melakukan kajian pada seekor tikus dengan memberikannya minyak zaitun dan hasilnya di dapati ia meningkatkan pembelajaran dan memori pada tikus , Dan mereka berpendapat kemungkinan boleh mengaplikasikan rawatan minyak zaitun kepada mereka yang menghidap penyakit alzheimer




3)MENGAWAL DAN MENCEGAH DIABETES

Pengambilan minyak zaitun dapat membantu memperlahankan penyerapan gula pada tubuh badan .Oleh itu pengambilan minyak zaitun bagi mereka yang menghidap diabetis amatlah di galakkan dengan menambahnya di dalam makanan ataupun boleh di ambil secara langsung.




4) MENURUNKAN BERAT BADAN

Minyak zaitun mempunyai asid lemak mono tidak tepu iaitu lemak baik yang sangat di perlukan tubuh badan . Selain itu minyak zaitun membantu memberikan rasa kenyang yang panjang yang membuatkan orang yang mengambilnya sebagai diet tidak perlu makan berulang-ulang kerana mereka tidak berasa lapar.


Sangatlah baik untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan yang berlebihan secara semula jadi dan sihat tanpa mengambil ubat apapun.




5) BERSIFAT ANTI KANSER

Minyak zaitun memiliki zat yang di sebut akteoside, tirosil, hidroksitirosol, dan asid fenik propionoc yang bersifat anti kanser . Ini membuatkan minyak zaitun sangat berpotensi di amalkan sebagai diet harian untuk mencegah kanser.


Selain Zat-Zat di atas Minyak zaitun juga memiliki zat yang mampu merawat dan membantu penyembuhan pesakit kanser seperti sualena, adis oleik dan terpenoid.




6) MEMPERKUATKAN TULANG

Di mediterranean , para lelaki di sana mengamalkan pengambilan minyak zaitun sebagai diet harian mereka .


Dalam kajian baru-baru ini yang melibatkan para lelaki yang mengamalkan diet minyak zaitun ini  di dapati di dalam darah mereka mengandungi Osteocalcin yang lebih tinggi dari mereka yang tidak mengambil diet minyak zaitun . Kandungan osteocalcin yang tinggi pada darah ini menunjukkan pembentukan tulang yang kuat.




7) MERAWAT KEMURUNGAN

Serotonin iaitu sejenis kimia  di otak manusia ,jika rendah boleh menyebabkan berlakunya kemurungan . Dengan mengambil diet minyak zaitun tahap serotonin dalam otak manusia dapat di tingkatkan .




8 )BERSIFAT ANTIBAKTERIA

Pengambilan 30 gram minyak zaitun setiap hari mampu membunuh nakteria H.Pylori . Dengan pengambilan minyak zaitun dapat merawat 10-40 peratus jangkitan H-pylori dalam masa dua minggu sahaja.


Catat Ulasan for "8 Khasiat minyak zaitun Untuk Kesihatan"