Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

8 Manfaat minum air putih untuk kesihatan tubuh luaran dan dalaman

 

Manfaat air masak untuk kesihatan
Manfaat air putih kosong masak. Photo by Damir Spanic on Unsplash





Manfaat air putih untuk tubuh badan dan kesihatan umumnya hanya di ketahui adalah agar tubuh badan tidak terhidrasi apabila cuaca panas . Itu sahaja manfaat meminum air putih yang biasa  ketauhi kan. Sebenarnya banyak manfaat yang tubuh badan kita dapat jika kamu mengamalkan  meminum lapan gelas air putih sehari .



Tetapi dalam sehari ada had-had tertentu untuk kamu mengambil air putih yang harus kamu patuhi iaitu hanya mengambil lapan gelas  air putih sehari yang bersamaan dengan 2 liter air. Jika terlebih dari itu akan mendatangkan kesan negatif pada kesihatan pula . Melainkan kamu seorang yang berkerja berat yang banyak mengeluarkan peluh . Pastinya anda memerlukan air yang lebih untuk mengekalkan paras selamat air di dalam tubuh kamu.



Tahukah kamu 60 hingga 70 peratus tubuh kamu terdiri daripada cecair yang mana keperluan terhadap cecair amat tinggi untuk mengekalkan fungsi normal organ-organ penting dalam badan kamu . Manfaat air putih untuk badan kamu tidak dapat di ganti oleh mekanisma-mekanisma lain . Oleh itu sangat penting untuk meminum air putih yang cukup untuk keperluan badan .



Baiklah tanpa berbicara panjang , apa sahaja manfaat meminum air putih yang cukup kepada tubuh badan luaran dan dalam ? teruskan membaca tulisan kami di bawah ini .


Manfaat Minum Air Putih 


1) MENJAGA KESIHATAN KULIT 

Manfaat meminum air putih untuk kesihatan adalah dengan meminum air putih, kamu dapat menjaga kesihatan kulit kamu . Saya sudah menuliskan sebanyak 60-hingga 70 peratus jaringan tubuh kamu terdiri daripada air di atas .


Jaringan itu termasukalah sel-sel kulit kamu, jika kamu kurang minum air putih , proses fisiologis pada tubuh badan kamu akan terganggu , Ganguan ini termasuklah sel kulit kamu . Kulit akan mengalami kekurangan air atau dehidrasi  yang membuatkan kulit menjadi kering dan kusam .


Pernahkah kamu megaru kulit kamu dan kulit itu mengeluarkan semacam habuk puith-putih seperti kapur yang terkena tangan kamu? . Itu menandakan kulit anda mengalami kekurangan air.



2) MENYIHATKAN MULUT

Manfaat minum air putih yang kedua adalah dapat menyihatkan mulut. Meminum air putih dapat menjaga kesihatan gigi dan mulut . Air putih yang kamu minum akan di tukarkan menjadi air liur oleh tubuh badan kamu di rongga mulut.


Pengeluaran air liur yang cukup amat penting untuk kesihatan gigi dan mulut . Ini kerana air liur adalah pembersih semula jadi rongga mulut . Kekurangan pengeluaran air liur di rongga mulut berisiko menyebabkan gigi berlubang dan masalah lain , Lagilagi jika anda seorang yang malas berkumur dan memberus gigi.



3) MENCEGAH BATU KARANG

Salah satu manfaat meminum air putih yang cukup untuk tubuh badan adalah mencegah pembentukkan batu di pingang kamu . Batu ginjal terbentuk akibat tingginya kepakatan zat-zat yang memiliki kelarutan rendah atau tidak mudah larut seperti kalsium dan oksalat ,kedua bahan inilah yang biasanya menyebabkan batu dalam tubuh kamu terbentuk .


Jik kamu mengamalkan meminum air putih setiap hari ,Pembentukan batu ini dapat kamu elakan,kerana air putih dapat mengurangkan kepakatan dua zat itu dan seterusnya mencegah pembentukan batu ginjal.




4) MENCERAHKAN KULIT

Manfaat meminum air putih yang ke empat ini pasti perempuan amat menyukainya . Dengan meminum air putih sedikit sebanyak dapat membantu kamu mencerahkan kulit kamu .


Hal ini kerana air yang kamu minum itu dapat membantu darah mengelurakan toksid-toksid berbahaya yang berada dalam darah . Dan ini memberikan kesan positif pada kulit kamu , Menyebabkan kulit kamu menjadi cerah ,bersinar dan sihat secara semula jadi .




5) MEMBANTU PENYERAPAN NUTRISI

Memiliki air yang cukup dalam tubuh badan dapat membantu tubuh kamu memproses nutrisi yang di dapat dalam makanan  . Dengan bantuan air Proses pemacahan nutisi makanan seperti vitamin ,mineral,zat besi dan lamak baik akan menjadi lancar .


Lancarnya proses pemacahan nutrisi-nutrisi dalam badan ini akan mempercepatkan nutris ini di sebarkan ke seluruh badan yang memerlukan  dan memulihakan tenaga dengan pantas.




6) MENURUNKAN BERAT BADAN

Pengambilan air putih dapat menyebabkan kamu terasa kenyang , ini menyebabkan kamu kurang berasa lapar dan tidak mahu makan . Apabila kamu kurang makan, Kalori yang kamu dapatkan dalam makanan juga akan berkurang , Ini menyebabkan turunya berat badan kamu secara semula jadi . Mudah kan , Hanya minum air putih dapat mengawal nafsu makan seterusnya menurunkan berat badan .




7) MEMBANTU MELEGAKAN SEMBELIT

Kelebihan minum air masak setiap hari yang ke tujuh adalah melegakan sembelit , Masalah sembelit adalah masalah yang umum terjadi pada rakyat malaysia .


Sembelit berlaku kerana terdapat masalah pada pergerakan usus dan menyukarkan najis untuk keluar melalu dubur. Masalah sembelit ini dapat di atasi dengan meningkatkan kadar cecair dalam badan kamu , dengan meminum air sebaiknya air putih kamu dapat meningkatkan cecair badan dan menyelasikan masalah sembelit yang kamu hadapi .


Perlu kamu ketauhi salah satu penyebab sembelit adalah kurangnya cecair dalam badan kamu akibat kurangnya pengambilan air putih . Oleh itu bagi mereka yang kerap sangat sembelit tu ,rajinlah menum air putih selepas ini ya.




8) MEMASTIKAN KECERGASAN FIZIKAL

Sekiranya badan kamu mengalami kekurangan air pastinya badan kamu akan berasa lemah dan tidak bertenaga melakukan aktiviti ataupun berkerja . 


Oleh itu pengambilan air yang cukup adalah penting untuk mengekalkan prestasi fizikal anda . Lagi-lagi jika anda seorang yang mengamalkan gaya hidup aktif dan kerap bersukan, pastinya pengeluaran  cecair dari tubuh kamu banyak dan menyebabkan paras air dalam badan kamu berkurang . Perlu di ingat kehilangan 2 peratus air sahaja dalam badan kamu boleh mengakibatkan kesan yang buruk kepada tubuih .


Oleh itu sentiasalah minum air yang cukup ketika beraktiviti dan mengelurakan peluh yang banyak .


#manfaat minum air putih # manfaat air kosong #manfaat air masak # Kebaikan minum air masak # Air untuk tubuh # Kenapa perlu minum air # air putih

Catat Ulasan for "8 Manfaat minum air putih untuk kesihatan tubuh luaran dan dalaman"