Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

8 Punca tumbuh jerawat di muka kamu punca ke 8 kerap kamu lakukan.

 

sebab jerawat tumbuh pada wajah
Punca jerawat tumbuh pada wajah. Photo by Erik Mclean on Unsplash


Jerawat adalah masalah yang rata-rata akan di rasai oleh sesorang terutama mereka yang dalam usia remaja . Masalah jerawat biasanya akan hilang sendirinya ketika seseorang remaja itu memasuki alam dewasa , Tetapi ada juga yang mengalami jerawat ini sehingga dewasa dan lanjut usia ,tetapi itu kes yang jarang terjadi .



Terutama wanita , memiliki jerawat di muka merupakan hal buruk dan serius bagi mereka yang membuatkan rasa percaya diri menurun. Kerana bagi wanita kecantikan dan memiliki wajah yang halus adalah keutamaan mereka . Dengan adanya jerawat di wajah mereka pastinya mereka berasa wajah mereka tidak seperti dahulu lagi.



Tetapi seiring perkembangan zaman , Banyak cara untuk menghilangkan jerawat tinggal anda pilij sahaja yang mana satu anda sukai . Dan jika anda menyukai cara untuk menghilangkan jerawat secara alami anda boleh baca di sini.



Baiklah apa sahaja penyebab jerawat ini tumbuh di wajah kamu . Sesuatu masalah itu pasti mempunyai penyebabnya kan . Mari baca di bawah ini . Ketauhi punca- punca yang menyumbang tumbuhnya jerawat di wajah kamu.



Punca-Punca Wajah naik Jerawat .



1) FOLIKEL TERSUMBAT

Pernahkah anda  memerhatikan kulit wajah anda secara dekat. Kamu pasti menyedari terdapat liang-liang kecil di kulit muka anda itu . Liang kecil itu di namakan Folikel rambut yang merupakan tempat bulu dan minyak keluar di wajah kamu.


Apabila Folikel rambut ini tersumbat dengan kotoran ,minyak , sel kulit mati dan debu. Jerawat akan automatik terjadi . Oleh itu jika wajah anda sudah berasa kurang selesa ketika beraktiviti di luar rumah silalah cuci muka anda untuk kebersihan kulit muka.



2) KULIT BERMINYAK

Di bawah kulit wajah kamu , ada satu kalenjer yang di namakan "SEBUM" yang mengeluarkan minyak yang bertujuan untuk melembapkan wajah . Tetapi apabila kalenjer ini mengeluarkan minyak yang banyak dan berlebihan ,Ia membuatkan folikel rambut tesumbat dan menyebabkan kuman dan sel kulit mati terperangkap di folike rambut yang menyebabkan jerawat.



3) JANGKITAN KUMAN

Jangkitan kuman ini masih berkaitan dengan perkara 1 dan 2 di atas. Jangkitan kuman berlaku apabila kuman terperangkap di folikel  rambut  yang tersumbat menyebabkan ia membiak di dalam folikel rambut . Bakteria yang selalunya menyebabkan jerawat adalah jenis P.acnes.



4) HORMON

Peningkatan tahap hormon dalam badan juga boleh menyebabkan terjadinya jerawat . Hormon yang di maksudkan di sinia adalah hormon jenis androgen . Biasa hormon ini akan mengelami peningkatan parasnya dalam badan ketika seseorang itu dari kanak-kanak masuk ke alam remaja . 


Peningkatan paras hormon androgen dalam tubuh badan akan menyebabkan kalanjer sebum mengeluarkan minyak yang berlebihan yang menyebabkan folikel rambut tersumbat dan memerangkap kulit mati bersama bakteria di dalamnya  .Lalu terjadilah jerawat.



4) UBAT 

Pengambilan ubat juga menyumbang dalam tumbuhnya jerawat di wajah kamu terutama ubat yang mempengaruhi paras hormon dalam badan kamu .


Antara ubat yang boleh menyebabkan jerawat tumbuh di wajah kamu adalah lithium, testosterone dan ubat-ubat yang mengandungi steroid. Jika kamu sedang memakn ubat-ubat ini, jangan hairan jika tiba-tiba muka kamu di tumbuhi jerawat .



5) FAKTOR GENETIK

Kajian terbaru membuktikan bahawa genetik adalah menjadi salah satu faktor munculnya jerawat di jerawat . Jika terdapat ahli keluarga seperti ayah dan ibu kamu pada zaman muda mereka berjerawat,tidak hairanlah jika wajah kamu juga di tumbuhi jerawat . 



6) KURANG TIDUR 

Bagi kamu yang biasa tidur lewat kerana melakukan aktiviti bermain game mahupun menonton filem sehingga larut malam dah sudah sebati dengan gaya hidup kamu , Tumbuhnya jerawat di wajah kamu bukanlah sesuat yang menghairankan . Ini adalah di sebabkan waktu tidur kamu tidak mencukupi.


Kajian terbaru oleh National Sleep Foundation menemui, Ketika tubuh badan tidak mendapat tidur yang cukup di malam hari, Otak akan mengeluarkan hormon stres kortisol . Hormon stres korisol ini menyebabkan kulit kamu berlaku keradangan .


Dan jika kulit kamu berlaku keradangan pastinya akan tumbuh jerawat di kulit yang terkena keradanagan itu . Oleh itu tidur  7 hingga 8 jam dalam sehari adalah amat penting untuk menyihatkan tubuh badan seterusnya menghidari jerawat tumbuh di wajah kamu.


7) KERAP STRESS

Perasan atau tidak setiap kali anda mengelami stress pastinya pada pagi hari, apabila kamu melihat cermin , jerawat tumbuh dan naik di wajah kamu . 


Stress adalah puncanya , Ketika kamu berada dalam keadaan stres hormon di dalam badan kamu seperti hormon adneralin dan hormon androgen akan di hasilkan secara berlebihan dan ini menjadi punca tumbunya jerawat. Jadi jika kamu menghadapi masalah kekalah betenang untuk elakkan stress berlaku.




8) DEBU DAN BAKTERIA PADA BARANG PERIBADI

Debu dan bakteria yang ada pada barang peribadi anda berpotensi menyebabkan tumbuhnya jerawat pada wajah anda . Contohnya telefon bimbit , barang yang anda gunakan sehari-hari ini pastinya mengandungi debu dan bakteria penyebab jerawat . 


Ketika anda angkat telefon pastinya anda lekapkan telefon itu kepipi kan. Ah di situlah segala kotoran dan bakteria pada telefon bimbit itu menjangkiti wajah anda dan menyebabkan tumbuhnya jerawat .


Jadi selepas ini , keraplah bersihkan telefon bimbit anda itu ya , untuk elakkan perkara ini terjadi.


Catat Ulasan for "8 Punca tumbuh jerawat di muka kamu punca ke 8 kerap kamu lakukan."