Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

8 Tips cara berhenti merokok yang berkesan untuk perokok tegar

tips berhenti merokok
Tips berhanti merokok. Photo by Mathew MacQuarrie on Unsplash


Cara berhenti merokok - Belajar morokok memang senang di lakukan , hanya ambil rokok,nyalakan api dan hisap rokok, sangat senang. Tapi yang menjadi masalah apabila anda sudah dewasa atau ketika sudah meningkat umur dan terkena penyakit kronik di sebabkan rokok dan doktor menyarankan anda untuk berhenti merokok ,itu yang menjadi masalah.Setelah lama anda menjadi seorang perokok ,berhenti merokok secara tiba-tiba pasti sangat sukar untuk kamu . 


Tapi jangan risau di bawah nanti kami akan berikan cara-cara mudah untuk anda berhenti merokok .Kenapa Kamu mesti merokok ?. Tahukah anda, rokok boleh meningkatkan risiko kamu di serang penyakit kronik sebanyak 10 kali ganda yang memungkinkan kamu mendapat 40 penyakit kronik seperti penyakit jantung,darah tinggi,kanser paru-paru dan strok . Kesanya bukan terhadap organ-organ penting sahaja malah rokok memberikan kesan kepada tisu badan dan sel-sel badan kamu.


Merokok bukan sahaja memberikan kesan yang negatif kepada diri kamu malah mampu menjadi pembunuh senyap kepada ahli keluarga kamu yang terdedah dengan asap rokok yang kamu bakar. Di dalam rokok mengandungi 4000 bahan kimia berbahaya dan 50 daripadanya di yakini oleh pengkaji menjadi penyebab berlakunya kanser.


Begitu bahayanya rokok . Oleh itu dalam atrikel ini kami ingin kongsikan tips dan cara untuk berhenti merokok  yang anda boleh cuba dan amalkan . Tekad anda untuk berhenti merokok adalah penting untuk berjaya berhenti merokok . Ok mari baca tulisan kami di bawah ini .


Tips Berhenti Merokok


1) FOKUS KEPADA SEBAB BERHENTI MEROKOK

Untuk berhenti merokok anda boleh meletakkan fokus yang tinggi dan meletakkan suatu sebab kenapa anda harus berhenti merokok . Contohnya anda tidak ingin ahli keuarga anda mendapat penyakit akibat tebiat merokok anda . Jika waktu ini isteri anda mengandung, anda boleh menjadikan sebab ini sebagai alasan untuk anda merokok ,kerana bagi isteri yang mengandung, tetrdedah kepada asap rokok menyebabkan kelahiran pra matang dan yang paling serius boleh menyebabkan risiko keguguran.


Oleh itu fokuskan sebab kenapa anda harus berhenti merokok , bukan sahaja sebab diri sendiri malah untuk orang lain boleh menguatkan keinginan anda berhenti merokok.



2) PILIH TARIKH UNTU BERHENTI

Pilih tarikh untuk kamu berhenti merokok adalah penting untuk memberikan kamu masa untuk berfikir masak-masak apa tindakan-tindakan yang kamu ingin lakukan untuk berhenti merokok sebelum ketibaan tarikh tersebut.

Penetapan tarikh untuk berhenti merokok juga memberikan anda ketenangan emosi dan masa yang cukup untuk kamu merokok sepuas-puasnya sebelum berhenti terus . Perlu di ingat kegagalan berhenti merokok biasanya di sebabkan seseorang itu tergesa-gesa untuk berhenti dan tidak mempikirkan tindakkan-tindakan yang ia harus lakukan untuk berhenti merokok.

Paling lama untuk anda tetapkan tarikah berhenti merokok adalah dalam tempoh 14 hari dalam paling kurang 7 hari dari tarikh anda berniat untuk berhenti . Jangan terlalu lama penetapan tarikh berhenti merokok tu, nanti boleh hilang niat berhenti merokok kamu hehe . 




3) MINTA SOKONGAN ORANG TERDEKAT

Cara berhenti merokok yang ketiga adalah dengan meminta sokongan kepada ahli keluarga dan rakan -rakan kamu yang rapat . Setiap kali anda ingin merokok mintalah mereka untuk menasihati kamu,merampas rokok kamu ataupun memarahi kamu .Ini sedikit sebanyak membantu kamu bersemangat untuk berhenti merokok.

Tindakan meminta sokongan orang terdekat ini haruslah di lakukan sebelum kamu mula berhenti merokok ,agar mereka yang kamu minta pertolongan ini sudah bersedia membantu kamu.




4) MENGENAL WAKTU-WAKTU KAMU MEROKOK

Jika anda seorang perokok tegar ,tentu anda mengetauhi sendiri waktu-waktu keinginan kamu merokok meningkat dan memuncak , contohnya setelah makan , setelah minum kopi ,memandu, saat melepak bersama rakan .

Dengan mengenal waktu-waktu keinginan merokok kamu memuncak , kamu boleh elakkan aktiviti tersebut ataupun memikirkan cadangan bahan yang kamu boleh gunakan untuk berhenti merokok . Contohnya merokok setelah minum kopi, kamu boleh gantikan aktiviti merokok itu dengan mengunyah gula-gula getah. Di pasaran kini terdapat gula-gula getah yang sihat dan tidak mengandungi gula yang banyak yang kamu boleh beli . cobalah.




5) SIBUKKAN DIRI KAMU

Mempunyai masa lepang yang panjang dalam satu hari ketika cuti pastilah membosankan dan akan membuatkan di dalam fikiran anda akan muncul keinginan untuk membakar rokok untuk menghilangkan kebosanan itu .

Sebenarnya anda boleh elak fikiran anda untuk memikirkan rokok ini . Caranya dalah dengan apabila memiliki masa lapang usahakan untuk mengisi masa itu dengan pelbagai aktiviti yang membuatkan anda sibuk seperti membersihkan rumah, berjoging dan bermain game yang memerlukan kosntrasi tinggi . Ini membuatkan fikiran anda sibuk dan tidak memikirkan rokok.




6) HADKAN DUIT SETIAP HARI

Cara untuk anda berhenti merokok ke enam adalah dengan hadkan duit belanja dalam sehari anda . Hadkan duit anda yang berada di dompet untuk kegunaan penting-penting sahaja ,duit selebihnya kamu simpan di kad bank kamu . Hadkan duit hanya untuk makan, dan isi bahan minyak kereta sahaja. Dengan ini jika keinginan memeli rokok kamu muncul ,akan segara terhapus kerana tiada duit untuk membelinya .

Anda juga boleh menyimpan duit kecemasan di bahagian-bahagian kenderaan anda yang sukar untuk anda akses dan memerlukan tempat itu di buka barulah dapat mengambil duit tersebut . Duit itu untuk kegunaan jika terdapat keperluan duit kecemasan.




7) MINUM AIR PUTIH DAN MENGUNYAH GULA - GULA GETAH

Ketika perasaan ingin merokok anda memuncak pastinya fikiran dan emosi anda tidak stabil dan akan seperti di luar kawalan anda , Hal ini biasa terjadi dalam seminggu anda berhenti merokok . ini adalah kesan sampingan nikotin yang masuk ke dalam tubuh kamu melalui rokok.

Tahukah kamu air putih dapat meneutralkan tindak balas ketagihan nikotin ini dalam tubuh kamu, oleh itu ,minumlah secawan air putih jika gejala ketagihan ini muncul . Juga kamu boleh mengunyah gula-gula getah sebagai penganti rokok .




8) POSITIFKAN DIRI ANDA

Sokongan dan galakan bukan sahaja boleh di lakukan oleh orang lain tetapi anda juga boleh memberikan sokongan dan dorongan kepada diri sendiri . Kuatkan niat dalam hati untuk tidak merokok dan sentiasa positifkan fikiran kamu dengan kata kara semangat untuk diri anda . Contohnya "saya sayang keluarga saya""saya bukan perokok" "saya ingin berjimat untuk kawangan keluarga saya" dan macam-macam lagi kata yang anda boleh gunakan ,yang anda rasa boleh memberikan semangat kepada diri anda.


Catat Ulasan for "8 Tips cara berhenti merokok yang berkesan untuk perokok tegar"