Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

9 Cara harumkan bilik tidur yang berbau masam ... 9 tips wangikan kamar jimat


cara harumkan kamar
Cara harumkan kamar. Photo by Christopher Jolly on Unsplash




Cara Harumkan Kamar - Bilik adalah ruang persendirian untuk kita berehat dan bersantai selain tidur , oleh itu kebersihan dan wangiannya haruslah sentiasa di jaga agar kita dapat bersantai dengan lebih tenang .


Sering kali kerana kita banyak menghabiskan masa berada di bilik apabila berada di rumah membuatkan bilik berbau kepam, bau badan dan berbau hapak yang menyengat di hidung. Sungguh memalukan jika  rakan dan adik beradik anda selalu memasuki bilik anda  . Di depan anda tentulah mereka tidak komplain di belakang anda siapa yang tahu hahaha .

 
Ada sebilangan orang cukup menyembur pewangi saja sudah cukup untuk mewangikan bilik mereka, tetapi dalam setengah jam bau bilik yang kurang menyenangkan itu datang kembali , sunguh perbuatan yang sia-sia .Ini kerana pewangi jenis penyembur hanya bertahan di udara dalam tempoh 30 minit hingga 1 jam sahaja kemudaian hilang .


Baiklah seperti tajuk artikel kami pada hari ini "cara harumkan bilik" , kami akan kongsikan cara untuk bilik anda kekal wangi dalam tempoh yang lama . Teruskan membaca artikel kami di bawah ini.



Cara Mengharumkan Kamar Tidur Anda Dengan Mudah




1) BUKA JENDELA 

Untuk membuatkan bilik anda kekal harum dan tidak hapak . Haruslah membuka jendela bilik tidur kamu itu sekali sekala agar udara yang segar dapat masuk dan mengantikan bau hapak masam bilik.



Dengan membuka jendela bilik juga, sinar matahari dapat memasuki ruangan bilik anda dan membunuh kulat dan bau lain yang di sebabkan oleh bakteria . Bakteri dan kulat penyebab bau sangat suka bilik yang lembab dan basah kerana senang untuk ia membiak . Mungkin terdapat tumpukan air liur ,tumpukan peluh di cadar dan bantal bolehlah di keringkan dengan memberikan sinar matahari memasuki ruangan bilik .





2) BERSIHKAN TILAM,CADAR , SARUNG BANTAL

Bersihkan barang-barang yang ada di tilam anda seperti cadar dan sarung bantal  seminggu sekali dapat mengelakkan munculnya bau yang kurang menyenangkan di bilik kamu. Kurangnya anda membersihkan tilam dan barang-barang yang ada di atasnya secara teratur memnyebabkan bau kurang menyenangkan muncul.



Tubuh kita mengeluarkan kelembapan semasa tidur yang membuatkan cadar,tilam dan sarung bantal menjadi lembab . Adalah baik jika ada kelapangan di waktu pagi anda membuka cadar yang menutupi tilam dan biarkan tilam itu terkena sinar matahari pagi lebih kurang 1 hingga 2 jam agar tilam anda terhindar dari kelembapan dan sentiasa kering . 



Sarung bantal dan cadar juga harus sentiasa di pastikan tidak lembab akibat peluh dan air liur anda , oleh itu sentiasalah cuci dua barang ini , jika masih bersih bolehlah di jamur sahaja tampah membasuh ,untuk membuang kelembapan saja .






3) BERSIHKAN TONG SAMPAH

Jika bilik anda terdapat tong sampah ataupun plastik sampah tidak hairanlah bau sentiasa menghantui bilik anda jika anda tidak membersihkannya selalu . Perpaduan bekas-bekas makanan anda di dalam tong sampah itu menyebabkan bau kurang enak merayak ke bilik .



Oleh itu sentiasalah tukar plastik sampah dan bersihkan tongnya agar tidak berbau . Sisa-sisa sampah basah juga kamu harus elakkan membuangnya di tong sampah bilik, buanglah di tong sampah luar rumah kamu, ini kerana sisa sampah barang basah akan mudah mengeluarkan bau kerana proses pereputan .







4) GANTUNGKAN PEWANGI 

Untuk mewangikan bilik anda , bolehlah mengantungkan pewangi gantung di kipas ataupun penghawa dingin kamu tu , setiap kali kipas atau penghawa dingin di pasang wangian dari pewangi gantung ini akan ikut menyebari melalui angin .



Jika anda seorang yang gemar mengunakan pewangi spry , berhentilah melakukan hal sia-sia ini kerana pewangi spry akan hilang wangiaannya dalam waktu yang singkat sekitar 30 minit hingga 1 jam sahaja dan anda perlu menyemburnya kembali untuk menapatkan wangiannya .







5) BAKING SODA

Tahukah kamu apa itu baking soda? , Jika kamu seorang yang tahu membuat kuih pasti tidak asing dengan baking soda kerana ia di gunakan untuk mengembangkan kuih. Baking soda di sebut juga sebagai " serbuk pengembang kuih" boleh di dapatkan dengan harga yang lumayan murah di kedai sekitar 3 hingga 5 ringgit sahaja .



Baking soda boleh di gunakan untuk menyerap bau-bau yang berada di ruangan bilik kamu dengan meletakkanya dalam mangkuk di sudut bilik dan biarkan selama 12 hingga 24 jam dan lihatlah hasilnya .






6) PASANG PENYEGAR UDARA

Penyegar udara adalah cara paling ringkas dan cepat untuk menyingkirkan bau di bilik kamu . Penyaman udara dapat menarik bau yang ada di dalam bilik kamu dan menggantikkannya dengan udara yang segar dan nyaman dari luar rumah . 


Tapi pastikan dulu ketika anda memasang penyegar udara ti tiada lori sampah yang melimpas kalau ada , habislah bau lori sampah pula di sedutnya .







7) MENGGUNAKAN BUNGA 

Cara ke tujuh untuk mengharumkan ruangan bilik anda adalah dengan menggunakan bunga . Gunakanlah bunga yang mengeluarkan bau yang wangi jangan bunga tidak wangi pula,sia-sia saja tindakan anda .


Contoh bunga yang mengeluarkan bau yang wangi adalah bunga lili,levender, dan melati . Menampatkan bunga di bilik bukan sahaja dapat mengharumkan bilik anda malah dapat menyegarkan dan menapis udara berbahaya yang mungkin berada di bilik anda.







8) JANGAN MEROKOK

Jika anda seorang perokok ,elakkan merokok di dalam bilik , Asap dan sisa rokok membuatkan bilik anda berbau hapak dan masam . Asap rokok akan melakat di barang barang dalam bilik anda seperti langsir dan baju yang membuatkan barang-barang ini berbau dan hapak sekaligus menyebabkan bilik berbau .


Terlebih lagi jika anda tidak membuka tingkap bilik, lebih berbaulah bilik anda , Asap rokok yang terkurung dalam ruangan juga lebih membahayakan kesihatan anda berbanding asap yang di sedut melalui rokok . jadi elakanlah merokok di bilik.






9) SINGKIRKAN BARANG BASAH 

Barang basah tidak asing berada di bilik anda, barang basah yang kami maksudkan bukanlah barang basah makanan melainkan baju bekas dan kasut anda . 



Kasut yang sudah di gunakan dan baju yang sudah di gunakan sehari-hari haruslah di elakkan menyimpannya di bilik kerana dua benda ini setelah di gunakan pastinya akan ada kelembapan yang terperangkapa padanya , kelembapan akan menyebabkan pembiakan bakteria dan menyebabkan dua barang ini mengeluarkan bau .



Catat Ulasan for "9 Cara harumkan bilik tidur yang berbau masam ... 9 tips wangikan kamar jimat "