Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

9 Penyakit Kesan Rokok Akibat Merokok berterusan Yang boleh kamu dapat

kesan buruk merokok pada tubuh badan
Kesan buruk rokok pada tubuh badan. Photo by Elsa Olofsson on Unsplash




Penyakit Akibat Merokok - Pelbagai peringatan dan sebaran risalah telah lama di sebarkan oleh kerajaan untuk memeringatkan rakyat tentang bahaya rokok kepada kesihatan manusia . Malah kilang-kilang rokok juga di suruh untuk menampalkan gambar yang mereka yang sudah terkena penyakit akibat merokok di kotak rokok jenama mereka. 



Namun peringatan ini hanya di ambil mudah oleh para perokok. Di dalam islam juga ada ulama yang sudah melebelkan rokok sebagai HARAM setaraf dengan alkohol kerana rokok mengandungi toksid dan racun yang memudaratkan tubuh badan jika menghisapnya berterusan.



Umumnya ketika anda menghisap rokok tiada tiadak ada satupun organ dalaman kamu yang tidak terpengaruh oleh asap rokok . Dari organ-organ vital kamu,darah,sel,kulit otak dan gigi adalah organ yang paling terpengaruh .



Ini kerana di dalam rokok yang kamu hisap itu mengandungi ,satu batang rokok sahaja mengandungi 4000 senyawa kimia aktif dan 40 darinya termasuk dalam golongan toksid yang meningkatkan risiko kamu terkena kanser dan pelbagai jenis penyakit.



Baiklah seperti tajuk artikel kita pada hari ini , Apa saja penyakit yang boleh di dapati akibat tabiat merokok . Teruskan membaca di bawah ini . Bagi yang mempunyai niat untuk berhenti merokok boleh lah baca artikel kami sebelum ini yang bertajuk cara berhenti merokok " sila tekan sini" untuk beralih ke artikel tersebut.





Penyakit Akibat Rokok





1) KANSER PARU-PARU

Penyakit akibat kebiasaan merokok yang pertama adalah kanser paru-paru . Merokok boleh meningkatkan resiko seorang perokok terkena kanser paru-paru . Di laporkan 87 peratus kematian akibat  kanser paru-paru adalah kerana merokok  dan 90 peratus kes kes kanser paru-paru adalah seorang perokok .


Perlu anda ketauhi bahawa kanser paru-paru adalah kanser yang susah untuk di ubati . Kajian perubatan baru-baru ini menyatakan hanya satu daripada lima orang yang menghidapi kanser paru-paru akan bertahan dan kemungkinan boleh sembuh selebihnya meninggal dunia akibat kanser tersebut.


Kanser paru- paru terjadi apabila zat racun daripada asap rokok yang masuk ke paru-paru merangsang sel-sel di paru-paru dan membentuk ketumbuhan. Bahaya bukan.





2) DIABETES (KANCING MANIS)

Jika kini anda sedang menghidapi diabetes tahap 1 dan meneruskan amalan merokok anda seperti kebiasaan anda. Anda berisiko untuk terkena penyakit diabetes tahap 2 . Laporan perubatan menunjukan 30 hinga 40 peratus penghidap diabetes tahap 2 adalah seorang perokok .


Apabila anda sudah menghidapi diabetes tahap dua ,anda berisiko untuk terkana komplikasi diabetes yang menyebabkan rendahnya aliran darah ke bahagian kaki dan boleh mengakibatkan kerosakan saraf . 

Merokok boleh menyebabkan diabetes tahap 2 kerana apabila anda merokok resisten insulin akan meningkat dan menyebabkan penyakit diabetes.






3) ASMA

Seorang perokok boleh menerima sarangan asama secara tiba-tiba . Asma merupakan penyakit kronik yang berkaitan penapasan . Ketika merokok , Asap rokok akan melalui bahagian penapasan dan mengakibatkan keradangan dan menyempitnya saluran penapaan yang mengakibatkan kesukaran bernafas .






4) PPOK

PPOK adalah ringkasan bagi penyakit paru obstruktif kronik dan merupakan penyakit paru-paru jangka panjang . Semakin kerap dan lama kamu merokok semakin tinggi risiko untuk seorang perokok itu terkena penyakit ini .


Penyakit ini tidak terjadi dalam jangka waktu yang singkat tetapi ia akan menyerang secara perlahan - lahan dan akan semakin kronik di masa ke semasa . Penyakit ini juga belum mempunyai ubat untuk mengawalnya .


Tanda awal seseorang perokok menghidap penyakit ini adalah sesak nafas dan batuk berkahak.







5) PENYAKIT BUERGER

Penyakit ini berisiko terkena kepada seorang perokok dan juga orang terdekat perokok yang tinggal sebumbung bersamanya . Penyakit ini di sebabkan oleh pendadahan terhadap asap rokok secara terus menerus.


Penyakit ini di tandai dengan rasa ngilu yang amat sanag di engota badan seperti  lengan dan angota badan yang lain. Pembusukan pada ujung jari juga boleh terjadi . Selalunya Penderita penyakit ini terpaksa melakukan operasi pemotongan jari-jari kerana pembusukan pada angota tersebut .







6) SERANGAN JANTUNG

Seorang perokok tegar berisiko untuk terkena serangan jantung ini kerana nikotin dalam asap rokok boleh menyebabkan jantung bertegup dengan lebih cepat dan meningkatkan tekanan darah dalam tubuh. Pada saat yang bersamaan karbon monoksida mengambil oksigen dalam darah dengan lebih banyak yang membuatkan jantung mempump darah lebih banyak dari biasanya.


Ketika jantung berkerja terlalu keras di tambah pula tekanan darah tinggi , ini mengakibatkan serangan jantung terjadi . Serangan jantung boleh terjadi secara tiba-tiba ,oleh itu seorang perokok harus waspada perkara ini.






7) PELBAGAI PENYAKIT PADA MULUT

Pereputan gigi , mulut berbau dan gigi kuning adalah kesan kecil yang akan kamu dapat jika kamu seorang perokok .


Kesan besar dan paling serius pada mulut akibat tebiat merokok adalah seorang perokok memiliki 6 peratus lebih tinggi terkena kanser mulut berbanding mereka yang tidak merokok . 


Bukan sahaja kanser mulut tetapi mulut yang terdedah pada asap rokok dalam waktu yang lama meningikan risiko kamu terkena kanser tengorokan , kanser lidah,bibir dan pita suara .Penyebabnya 1 sahaja tetapi risiko penyakit yang boleh datang akibat merokok begitu banyak terhadap mulut , bertapa ngeri dan bahayanya rokok ini.







8) KANSER BUAH PINGGANG

Seorang perokok mempunyai potensi yang tinggi terkena kanser buah pinggang . Kandungan rokok boleh mempengaruhi fungsi buah pinggang .


Bagaimana ini terjadi ? . Ketika asap rokok masuk ke dalam badan kamu . Kandungan nikotin dan tembakau dalam asap rokok akan menyebabkan perubahan denyut jantung. kandungan tar dan karbonmonoksida menyebabkan ganguan pada seluran penafasan dan kadar tekanan darah tubuh . Semua ini akhirnya akan di proses oleh ginjal . Ginjal akan menyaring karsinogen dan mengeluarkan dari tubuh, Dalam prose pembuangan ini, bahan-bahan bahaya ini boleh mengubah sel dna dan merosakkan sel-sel buah pinggang.






9) IMPOTENSI 

Penyakit impotensi ini sebenarnya tidak bahaya ,Tetapi amat mengangu nafsu bersetubuh anda  , lagi-lagi jika anda baru berkahwin dan masih mudah ,keperluan bersetubuh sangat memuncak waktu tu hehe . 

Penyakit impotensi adalah keadaan di mana penis anda tidak mampu keras atau tidak dapat mempertahankan ketegangannya terhadap ransangan seksual . Biasanya penyakit ini menyerang perokok yang berusia 30 hingga 40 tahun , walau bagaimanapun kamu yang masih berusia remaja juga perlu berhati-hati kerana penyakit tidak mengenal mangsanya .


Penyakit ini terjadi akibat kerosakan pada pembuluh darah dan penyempitan arteri yang mengakibatkan kurangnya aliran dan tekanan darah ke penis anda .




# Kesan merokok # penyakit merokok #akibat Merokok  # Keburukan merokok # sakit merokok # kesan buruk merokok # Merokok Kesihatan # rokok tubuh


Catat Ulasan for "9 Penyakit Kesan Rokok Akibat Merokok berterusan Yang boleh kamu dapat "