Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cadangan Jarak Tanam Durian Dalam Tanah Satu Ekar - Jabatan pertanian

 

jarak tanam pokok durian
Jarak Tanam Durian 1 ekar tanah 


Jarak Tanam Pokok Buah - Jarak ketika menanam pokok durian adalah amat penting untuk memastikan pokok durian yang di tanam mengeluarkan hasil dan produktif . Hal pertama yang di fikirkan ketika membeli bibit durian dalam jumlah yang banyak adalah berpa kepasiti penanaman durian dalam 1 ekar tanah .



Banyak manfaat yang anda boleh dapatkan jika menanm durian dalam jarak yang tepat antara 1 pokok ke 1 pokok yang lain antaranya adalah :



Kebaikan menanam durian dalam jarak yang tepat 

  • Memastikan pokok durian mendapat cahaya yang cukup
  • Memastikan tidak terjadi kelembapan pada pokok durian , Pokok durian yang terdedah kepada kelembapan pohonya akan mudah di serang penyakit dan mudah di tumbuhi rumput perasit.
  • Pokok dapat menyarap baja dengan lebih banyak, kerana kurangnya pesaingan akar-akar pohon durian lain, Jika pohon durian di tanam terlalu rapat , pastinya pesaingan mendapatkan makanan di dalam tanah akan terjadi.
  • Bunga dan buah yang di hasilkan oleh durian akan lebih banyak kerana pokok durian mendapat  baja dan cahaya yang cukup. Yang sangat berpengaruh dalam perkembangan buah.
  • Kawalan binatang perosak akan lebih mudah di lakukan . Binatang perosak seperti tupai dan monyet sangat memanfaatkan dahan durian untuk beralih dari 1 pokok ke 1 pokok yang lain jika pokok itu di tanam rapat , Jika di tanam tidak rapat , mereka akan sukar berpindah pokok untuk merosakkan buah dan senanglah anda memasang perangkap. 



Itulah manfaat yang akan kamu dapatkan jika kamu menanam pokok durian dalam jerak yang betul.


Kali ini penulis akan kongsikan jarak tanam durian yang sangat di syorkan oleh jabatan pertanian dan perkebun durian yang berpengalaman lama dalam bidang penanaman durian .



JARAK MENANAM DURIAN 


Dalam 1 ekar tanah , ada 3 jarak tanam durian yang di syorkan iaitu :

  • 40x40 Kaki = 27 Pokok durian 1 ekar
  • 35x35 Kaki = 36 Pokok durian 1 ekar
  • 30x30 Kaki = 48 Pokok durian 1 ekar

Ini adalah cadangan menanam durian di tanah rata dan juga berbukit ( bukit yang tidak di buat teres)



Untuk menanam pohon durian di kawasan bukit yang di buat teres bolehlah memama durian dalam jarak 20X25  . Kerana jika ada cerun matahari akan lebih sampai ke kanopi pokok . Itupun kalau anda mahu menanam durian dekat-dekat la.


Jika tidak mahu menanam durian dekat-dekat di lereng bukit la. Tetapi jika kawasan tanah itu mempunyai banyak binatang perosak  , bolehlah gunakan cadangan jarak di atas. Itu adalah jarak yang amat terbaik dan terbukti berkesan.


Catat Ulasan for "Cadangan Jarak Tanam Durian Dalam Tanah Satu Ekar - Jabatan pertanian"