Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

5 Cara hilangkan bau kaki anda dengan benar dan berkesan cepat

 

kaki bau berbau cara hilangkan
cara hilangkan bau kaki .Photo by Rune Enstad on Unsplash

Kaki yang berbau sering kali menjadi masalah seharian kita . Lagi teruknya apabila seseorang itu mengalami kaki berbau tidak menyedari bau kaki yang kurang menyenangkan ini ketika mereka membuka kasut mereka . Padahah bau itu sangat kuat dan menganggu orang di sekitar anda .Pastinya akan membuat anda malu jika benda ini berlaku kepada anda .Jika kamu adalah orang yang menghadapi masalah ini ,jangan risau dan panik kerana dalam tulisan ini kita akan menggupaskan cara-cara untuk menghilangkan bau kaki dengan benar dan berkesan.



Bau kaki ini biasanya disebabkan oleh udara lembab di dalam kasut anda. Biasanya terjadi jika anda tidak memakai stokin ini di sebabkan peluh di kaki anda yang selalunya di serap oleh stokin tidak kering , lama-kelamaan akan akan menyebabkan kasut anda menjadi lembab. 



Jika udara lembab ini berkontak dengan bakteria ,ai akan menghasilkan bau kaki yang sanggat mengganggu . Dari mana bakteri ini muncul? , Sebenarnya bakteria boleh muncul di mana sahaja ,stokin yang kotor, ruang dalaman kasut yang kotor,kaki yang kotor,kasut yang jarang di cuci dan sebagainya yang berkaitan dengan kekotoran.



Ada beberapa cara yang boleh kamu lakukan untuk mengatasi masalah bau kaki yang sering kamu hadapi . Namun perlu di lakukan dengan rutin dan konsisten . Jika di lakukan jarang-jarang pastinya masalah bau juga tidak akan hilang. Samua masalah tidak akan selesai jika kamu sambil lewa menyelesaikannya.



Nah , Berikut ini adalah beberapa cara mudah yang boleh kamu lakukan dirumah setiap hari . mudah saja lah.Mari baca di bawah ini.


1) MEMAKAI STOKIN

Stokin berfungsi untuk menyerap peluh yang di keluarkan kaki kamu . Setiap kali berjalan atau melakukan aktiviti , kaki kamu akan mengeluarkan peluh , jika anda memakai stokin pastinya peluh ini akan di serap oleh stokin , Jika peluh sudah di serap pastinya kelembapan di dalam kasut juga tidak akan terjadi.


2)RENDAM KAKI DENGAN CUKA

Cuka boleh membantu kamu membesmi bakteria yang terdapat pada kaki kamu , kalau kaki tiada bakteria , secara automatik bau juga tidak akan terjadi walau ada kelembapan di kasut anda.


Cara membuat rendaman ini adalah dengan mencampur cuka dan air dengan nisbah 1:2 cuka 1 air dua , Yang bermaksud campurkan lebih air berbanding cuka .Rendamkan kaki anda di cuka sekurang-kurangnya 30 menit setiap sesi rawatan . Lakukan sekurang-kurangnya satu kali seminggu jika anda agak pemalas untuk melakukannya hari-hari .


Jika kamu melakukannya selalunya pastinya bakteri tidak akan lekat di kaki anda kerana kelembapan kakai jadi mengurang . Pastikan dahulu kaki anda terdepat luka atau tidak untuk melakukan rawatan ini , kerana luka yang terkena cuka , amatlah sakit ya gais . menangis anda nanti hehe.



3)GUNAKAN BEDAK BABY

Mempunyai kesan khas yang lembut dan aroma yang harum, ternyata bedak bayi boleh kamu gunakan untuk menghalang kaki kamu dari mengeluarkan bau , Cara ini juga amat berkesan dan sangat simple . Hanya perlu taburkan bedak pada kasut anda dan selesai . Bedak dapat menyerap kelembapan pada kaki anda dan  dapat juga anda mewangikan kaki anda . Tapi yang lecehnya apabila anda membuka kasut pastinya kaki kamu akan putih dengan bedak .


4)SELALU CUCI KASUT

Jika kasut anda jenis kain dan telah di gunakan dalam waktu yang lama pastinya akan mewujudkan aroma yang kurang menyenangkan juga , walaupun kaki anda sudah bersih dan tidak lembap . sebaiknya cucilah kasut anda seminggu sekali untuk mengelakkan bau kasut ini melekat di kaki anda . sangat mudah loh, selain mengelakkan bau, ia juga memastikan kasut anda sentiasa bersih dan kemas setiap masa .


5)GUNAKAN UNCANG TEH

Teh bukan saja untuk di minum tetapi banyak manfaatnya untuk rawatan luaran diri anda. Teh mengandungi antoksida yang boleh membantu anda menghilangkan bau kaki . Untuk melakukan rawatan ini, sedikan dua uncang teh dan rebus bersama satu liter air selama 15 minit .selepas itu tambah lagi dua liter air ke dalam campuran tadi dan bolehlah rendamkan kaki anda. Rendamkan kaki selama 30 minit, lakukan satu kali seminggu . Kandungan khasit dalam teh ini dapat membantu mengecilkan pori-pori kaki sehingga mengurangkan penghasilan peluh di kaki anda.

 



Catat Ulasan for "5 Cara hilangkan bau kaki anda dengan benar dan berkesan cepat"