Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara menjaga anak kucing baru lahir yang di tinggalkan oleh ibunya .Pencinta kucing wajib baca jika ingin anak kucing anda hidup lama!!!

 

kucing kecil baru lahir
Photo by George Bonev on Unsplash

Kebarangkalian hidup untuk anak kucing yang di tinggalkan induknya adalah kecil atau langsung tiada jika manusi tidak campur tangan menggurus anak kucing itu.

Ini kerana anak kucing bergantung 100% pada susu induknya untuk mendapatkan tenaga dan pertumbuhan .Jika tiada induk , tentunya anak kucing itu akan mati.

Berikut adalah cara tips yang kamu boleh gunakan untuk menjaga anak kucing baru lahir . mungkin kamu boleh menggunakan salah satu darinya.


1)CARIKAN INDUK ANGKAT

Jika kamu mempunyai kucing betina yang mempunyai anak ,kamu boleh campurkan anak kucing yang di tinggal itu dengan anaknya.

Sapukan bekas lapik yang mempunyai bau anak-anak kucing yang kamu mahu jadikan induk angkat tadi di badan anak kucing yang di tinggalkan itu . Ini agar kucing induk angkat itu dengan  mudah menerima anak angkatnya itu .

Jika tidak melakukan itu di khwatiri, induk angkat itu akan membunuh anak kucing itu kerana bau tidak sama dengan anak-anaknya.



2)MEMBERIKAN SUSU KEPADA ANAK KUCING

Jika kamu tidak menjumpai induk angkat untuk menyusui anak kucinh itu ,Terpaksalah anda memberikan anak kucing yang di tingal induk itu susu setiap hari . 

Berikan susu 3 kali sehari .Anda boleh menggunakan picagari untuk memberikan susu kepada anak kucing itu atau jika anda mempunyai duit lebih, boleh juga membeli botol susu khas yang di jual di kedai-kedai kucing.

Jangan menggunakan susu tin , gunakanlah susu tepung . Jika menggunakan susu tin, boleh mengakibatkan anak kucing itu bercacing.



3)SIMPAN DI TEMPAT HANGAT

Tubuh anak kucing belum boleh menghasilkan panas yang cukup untuk menghangatkan tubuhnya jika cuaca sejuk. 

Jika ada induknya pastinya induknya yang akan memberikan kehangatak kepada anak kucing itu. Jika terlalu terdedah kepada sejuk , anak kucing akan mudah jatuh sakit dan kemudian mati.

Kamu boleh menyimpan anak kucing di kotak yang kecil dan memberikan selimut ringan kepada anak kucing itu , Jangan memberikan selimut yang berat nanti mati lepas pula anak kucing itu .



4)MENJAGA KEBERSIHAN TUBUH ANAK KUCING

Anak kucing sangat mudah di jangkiti penyakit jika badan mereka kotor. Area sekitar mata mereka harus di perhatikan selalu , kerana kotoran mata biasanya menumpuk di kawasan itu dan menyebabkan mata anak kucing melekat.

Bekas pemberian susu juga perlu di perhatikan . sentiasa bersihkan bekas tumpahan susu pada badan anak kucing .Jika terdapat tumpahan susu pada badan anak kucing,segaralah bersihkan.



5)MEMBERIKAN VAKSIN

Anak kucing amatlah mudah di jangkiti penyakit . Terutama anak kucing yang  hanya meminum susu buatan . Oleh itu agar anak kucing tumbuh sihat jangan lupa memberkan mereka vaksin.



Catat Ulasan for "Cara menjaga anak kucing baru lahir yang di tinggalkan oleh ibunya .Pencinta kucing wajib baca jika ingin anak kucing anda hidup lama!!!"