Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara tanam lada di rumah untuk kegunaan sendiri - Mudah dan cepat

 

Cara tanam cili dan lada di rumah
Cara tanam cili dan lada. Image by Hans Linde from Pixabay 


Cara tanam cabe atau lada - Lada adalah adalah tumbuhan yang mudah di tanam dan sangat mudah tumbuh,penjagaannya juga tidak terlalu susah berbanding tanaman lain.


Oleh itu adalah bagusnya jika anda mula menanam lada di rumah sendiri. Tidak perlu menanamnya dengan banyak cukup 1 atau dua pokok sahaja sudah cukup untuk keperluan sehari-hari , kerana lada adalah benda wajib di campurkan dalam makanan untuk penambah perisa ketika makan , jika tiada lada makanan itu seperti tidak sedap.


Dengan menanam lada kamu juga boleh menjimatkan duit kamu. Baiklah pada hari ini saya akan berkongsi cara tanam sendiri lada di rumah hanya dengan menggunakkan pasu . Baca setiap satu step by step ya.


Cara menanam lada sendiri di rumah


  • Pertama yang anda harus lakukan adalah dengan mendapatkan biji benih lada , Boleh di beli di kedai pertanian atau menggunakan lada yang berjual di pasar tu.

  • Jika kamu menggunakan lada yang berjual di pasar tu , Kopek isi lada itu dan dapatkan biji lada yang terdapat di dalamnya . Kemudian jemur selama 1 hari.

  • Setelah biji benih di jemur 1 hari , boleh lah kamu mula menanamnya.


  • Sebelum menanam biji benih itu, Rendamkan dahulu biji benih tersebut untuk melembutkan kulit dan merangsang pertumbuhan biji benih di dalam biji lada itu , Perandaman selama 1 jam adalah sangat di galakan, jika mahu randam 15- 30 minit juga tiada masalah tapi lada lambat tumbuh nanti.

  • Selepas itu sediakan pasu dan tanah . Penggunaan pot tanaman adalah tidak perlu,kamu bukan nak tanam secara besar-besaran ,untuk kegunaan rumah saja.


  • Tanah yang di gunakan haruslah gembur dan tidak keras, tanah yang keras akan menyebabkan pokok lada terbantut dan kurang subur kerana akar lada akan sukar berkembang dalam tanah keras.

  • Di syorkan menggunakan tanah hitam di gaul dengan sedikit pasir untuk mendapatkan tanah yang gambur . 


  • Sesudah itu, masukkan tanah ke dalam pasu , Jangan padatkan tanah ,Kerana nanti tanah akan padat sendiri .Biarkan tanah memadat secara semula jadi .


  • Setelah itu basahkan tanah di dalam pasu menggunakan air paip / hujan .


  • Setelah tahan sudah basah, bolehlah kamu tanamkan biji lada yang kamu sudah siapkan tadi.


  • Sudah tanam, tutup permukaan tanah selama 10 hari. Hari ke 11-14 biasanya lada akan tumbuh .



  • Jika lada sudah tumbuh ,bolehlah kamu siram lada 1 hari sekali atau 2 hari sekali . Jangan terlalu kerap menyiram ,menyiram lada terlalu kerap akan membuatkan tanah menjadi lembab dan lada akan mudah di serang penyakit. 


  • Rutin pembajaan mengunakan baja NPK di syorkan 2 minggu sekali , jangan terlalu kerap membaja . Kerana jika terlalu kerap membaja, akan berdampak buruk kepada lada contohnya, lada menjadi layu dan mati .


  • Penggunaan baja organik adalah amat di syorkan dalam pertumbuhan lada. Baja organik tahi ayam dan tahi arnab adalah sangat di syorkan , akan membuatkan baja lebih subur dan cepat membesar tanpa terdapat kesan sampingan jika terlebih menggunakannya.


  • Bahan buangan dapur juga boleh di gunakan untuk membaja lada . Klik sini untuk menegtauhi bahan buangan dapur yang boleh di gunakan untuk suburkan lada.


Baiklah itulah step by step cara mudah menanm dala di rumah yang kamu boleh gunakan . semoga bermanfaat untuk kegunaan bersama.

Catat Ulasan for "Cara tanam lada di rumah untuk kegunaan sendiri - Mudah dan cepat"