Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Awas ! Ini 8 penyakit Yang di bawa oleh tikus. berhati-hati

Penyakit bawaan tikus
Penyakit berbahaya di sebarkan tikus. Image by Here and from Pixabay.

 


Penyakit Yang Di Sebabkan Tikus - Tikus adalah haiwan penganggu yang sering masuk ke rumah manusia dan sering merosakkan harta-benda rumah yang di tingalinya . Tikus sangat suka merosak , bekas makanan, perabot dan barang elektrik dengan menggit benda-benda ini, walaupun bukan untuk di makan , mungkin memang tebiat semua jadi haiwan kecil ini sebagai perosak alami .


Selain merosakkan harta benda di rumah , tahukah kamu bahawa tikus boleh menyebarkan penyakit yang bebahaya di rumah kamu dan sesetengah penyakit bawaan tikus ini berpotensi mengakibatkan kerosakan yang parah pada organ-organ penting manusia dan boleh menyebabkan kematian .


Badan tikus sangat mudah menjadi perumah bagi virus yang sangat berbahaya untuk manusia, sebelum virus ini menyebar di manusia, tikus akan menjadi perumahnya terlebih dahulu. Inilah mengapa tikus sangat sering di jadikan binatang kegemaran untuk menjalankan kajian dan uji cuba saintis di seluruh dunia.


Baiklah berbalik kepada tajuk kita pada hari ini iaitu penyakit yang di sebabkan oleh tikus, Apa saja penyakitnya. Lanjutkan baca info yang kami kongsikan di bawah ini . Jika mendatangkan manfaat kepada anda jangan lupa di share button shar ada di bawah artikel ini. Agar lebih banyak orang yang mengetauhi bahaya yang di datangkan oleh tikus.


Penyakit Yang Di Sebabkan Oleh Tikus 



1) VIRUS HANTA

Virus hanta atau di kenali juga sebagai Hantavirus Pulmonary syndrome (HPS) . Biasanya perumah bagi virus ini sebelum menyebar ke manusaia adalah tikus rusa,tikus bekaki putih,tikus kapas dan tikus padi .


Virus ini di sebarkan melalui sentuhan dah udara . Kamu boleh terkena virus ini jika mencium partikel bau najis yang di tinggalkan oleh tikus seperti  urin , tahi dan air liur tikus. Boleh juga di jangkiti jika kamu menyentuh kawasan-kawasan yang pernah tikus jejaki .Makanan juga boleh menyebarkan virus ini jika makanan kamu pernah di oleh tikus yang memliliki virus ini di dalamnya.


Jika kamu di gigit tikus yang menjadi perumah virus ini, kamu juga boleh di jangkiti virus hanta .

Antara gejala jika kamu di jangkiti virus ini adalah :

  • Demam
  • Sakit Kepala
  • Muntah
  • Cirit birit (Diare)
  • Sakit Perut
Selepas 10 hari gejalanya lebih berbahaya

  • Batuk keras
  • Sesak nafas
  • Penumpukan cecair di paru-paru






2) SALMONELLOSIS

Cara penyebaran penyakit yang berasal dari tikus ini adalah melalui sentuhan urine dan Tahinya, Pendek cerita ia adalah penyakit yang di sebarkan melalui najis . Salmonellosis ini akan menyebabkan masalah pencernaan seperti cirit-birit, perut krim dan demam .


Walaupun orang dewasa biasanya akan sembuh tanpa membuat rawatan hospital dengan cepat tetapi penyakit ini berpotensi menyebabkan masalah kesihatan yang serius dalam jangka waktu yang panjang. Dan yang paling parah adalah jangkitan sudah mula memasuki saluran pembuluh darah dan akan tersebar di seluruh angota badan.







3) PENYAKIT BUBONIC

Penyakit pes atau wabak bubonic bukanlah di sebabkan oleh tikus namun ia membawa perumah penyakit ini iaitu "kutu" kepada kamu .Penyakit pes di sebabkan oleh kutu yang biasanya menumpang di badan tikus yang kemudiannya kutu itu akan menggigit kamu, di sinilah kamu terkena penyakit pes.

Tanda umum yang akan kamu dapati jika kamu tertular penyakit ini adalah pembengkakan kelenjer limfa di kelengkang, ketiak dan leher . Penyakit ini berpotensi menjadi serius apabila sudah menyerang paru-paru, jika ini berlaku pastinya boleh mengancam nyawa. Namun gejala serius akibat penyakit ini jarang terjadi .


Penyakit pes bukan sahaja di sebarkan oleh tikus tetapi boleh juga di sebarkan oleh binatang berbulu lain yang menjadi tempat kutu menumpang seperti kucing dan anjing jika kutu sudah di jangkiti pes.





4) RAT BITE FEVER 

Penyakit bawaan tikus ini sangat jarang terjadi kerana penyakit ini di sebabkan oleh gigitan tikus . Kontak yang terjadi saat tikus menggit seseorang akan terjadi luka dan dari luka inilah penyakit ini menjangkiti tubuh manusia.


Penyakit jangkitan tikus ini diketegorikan kepada duia iaitu streptobacillary dan spirillary dengan gejala seperti berikut.


Streptobacillary

  • Muntah 
  • Sakit sendi
  • Sakit otot
  • Ruam
  • Demam
Spirillary
  • Demam berulang
  • Pembengkakan kelenjer limfa
  • Ruam






5) LEPTOSPIROSIS

Penyakit bawaan ke lima tikus ini adalah penyakit yang di sebarkan memalui sentuhan dan di sebabkan oleh bakteria. Kebiasaanya pesakit yang terkena penyakit ini terjangkit melalui  luka terbuka yang terdapat pada tubuh mereka  yang bersentuhan dengan barang-barang yang tercemar oleh air kencing tikus.


Walaupun bakteria leptospirosis ini kebiasaanya berjangkit melalui luka terbuka, menyentuh langsung urin tikus juga mempunyai risiko untuk di jangkiti bakteria ini. Bakteria leptospirosis walaupun penularannya dari tikus ke manusia namun bakteria ini tidak akan berjangkit dari manusia ke manusia.


Kesan paling parah jika terjangkit bakteria leptospirosis adalah radang selaput otak, kerosakkan ginjal,Ganguan Pernapasan dan menyebabkan kematian jika tidak cepat di rawat.




6) LYMPHONIC CHORIO-MANINGITIS(LCM)

Seterusnya, penyakit yang di sebabkan tikus yang ke enam adalah "LCM) .Penyakit lcm bawaan tikus ini adalah di sebabkan oleh virus choriomeningitis limfositik(lcmv) keturunan virus Arenaviridae.


Virus ini tersebar melalui gigitan, air liur dan kencing .Jika terkena memang berisiko terinfaksi penyakit ini .Gejala terinfaksi penyakit ini sangatlah sukar di kesan pada peringkat awal, ia cuma menunjukkan kesan setelah 8-13 hari setelah infaksi. Pesakit yang terinfeksi virus ini akan sakit tenggerokan,batuk,sakit sendi ,sakit dada, sakit testis dan sakit parotid(kelenjer ludah).


Penyakit LCM ini juga boleh menyerang tulang belakang sumsum dan menyebabkan peradangan,namun kes ini amat jarang terjadi .




7) HEMORRHAGIC FEVER WITH RENAL SYNDROME (HFRS)

Penyakit ini di sebarkan melalui partikel bau dari najis tikus, air liur menyentuh langsung kawasan tercemar najis tikus dan makanan yang pernah di sentuh tikus. HFRS di tendai dengan demam dan berlaku pendarahan (hemoragik) di sertai dengan sindrom ginjal(hfrs). 


Penyakit HFRS ini termasuklah demam berdarah,demam berdarah epidemik dan epidemu nephropathia.


Penyakit ini akan berada dan berkembang di dalam badan selama 2 hingg 8 minggu sebelum menujukkan gejalanya. Antara gejala awal penyakit ini adalah.:

  • Selalu sakit kepala
  • Sakit punggung
  • Sakit perut
  • Demam
  • Mengigil
  • Mual
  • Penglihatan kabur
  • Syok
  • Gagal ginjal
  • Tekanan darah rendah





8) PLAGUE 

Penyakit ini berasal dari kutu tikus yang menyebar dari haiwan ke haiwan dan dari haiwan kepada manusia  . Apabila kutu mengigit manusia, akan terinfeksi penyakit ini . 

Plague biasanya akan hinag sendiri tanpa melakukan rawatan kerana tidak berapa bahaya dari penyakit lain di atas ,Namun jika mendapatkan antibiotik di hospital adalah lebih baik untuk mempercepatkan kesembuhan tubuh dari penyakit ini.

Antara gejala penyakit ini adalah:

  • Demam
  • Mengigil
  • Lemah
  • Pembengkakan kelenjer limfa



Itulah antara penyakit-penyakit yang di sebarkan oleh tikus , beberapa dari penyakit itu sangat berbahaya dan berpotensi membawa kepada kematian . Untuk kamu yang ingin mengetauhi cara untuk menghalau tikus di rumah kamu bolehlah kunjungi artikel kami sebelum ini . "cara menghalau tikus di rumah".

Catat Ulasan for "Awas ! Ini 8 penyakit Yang di bawa oleh tikus. berhati-hati"